Thursday, December 29, 2011



Setiausaha Kerja Umno Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya telah mengangkat sumpah menyandang jawatan Senator di hadapan yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Kadzim,52, yang berasal dari Sandakan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja Umno Sabah selama 20 tahun.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Armani Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Senator kelmarin.

Kadzim berkelulusan undang-undang dari Thames Valley University, United Kingdom dan memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau pernah berkhidmat di sektor awam sebagai Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Tadbir di Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko-Nelayan) selain pernah menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pelabuhan Sabah dari 2007 hingga 2010.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau melahirkan keazaman berkhidmat kepada rakyat Sabah menerusi program pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu.

8 ulasan :

ferlo said...

tahniah atas pelantikan ini, jalankan tanggungjawab dgn baik.

Green Sabah said...

Hope that Kadzim will be able to do a good job as the senator.

Green Sabah said...

Congratulations and all the best to Kadzim.

zam said...

tahniah atas perlantikan tersebut. harap akan dapat menjalankan tugas dengan baik.

me gusta said...

Congratulations and good luck. Carry your responsibility with full of integrity.

Smookiekins said...

Tahniah. harap2 jalankan tangungjawab dengan penuh amanah.

Karin-nah said...

Semoga beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk Sabah.

Irish said...

Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau.