Pertelingkahan Tun Mahathir dengan Datuk seri Anwar Ibrahim mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam perjanjian pinjaman yang dibuat oleh kerajaan kepada Bank Dunia telah membawa kepada cabaran Tun Mahathir kepada DSAI supaya melafazkan sumpah jika benar DSAI tidak bertanggungjawab sepenuhnya dalam 3 siri pinjaman kewangan dengan pihak Bank Dunia.
Hari ini PKR membuat kejutan apabila mengemukakan beberapa salinan perjanjian pinjaman itu kepada umum walaupun sebenarnya dokumen rasmi itu adalah sulit.Pendedahan dokumen itu adalah sebagai menangkis dakwaan Tun Mahathir dan UMNO mengenai penglibatan DSAI dalam pinjaman kewangan itu:
KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.
Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.
“Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.
“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.
“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.
Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.
“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.
Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.
Rekod kewangan di bawah Anwar baik
Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.
Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.
“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.
“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi
14 ulasan :
Wah...nampaknya makin menarik pula isu ini...tak tahu lepas ni apa pula yg akan didedahkan...
Sabaheco
Rakyat perlulah pandai menilai bukti yang dikemukakan ini.
Tidak pasti apa lagi yang akan didedahkan selepas ini. Bagus kita tunggu dan lihat nanti.
jadi, adakah pinjaman tersebut sudah dilangsaikan?
saling menghentam pula mereka dekat2 PRU ni..DSAI & Dr M, siapa yang benar??
adakah dokumen tersebut benar2 asli? kita semua tahu bahawa Mahathir menolak tawaran pinjaman dgn IMF semasa kegawatan ekonomi. jadi mustahi pinjaman tersbut wujud.
hal ini perlu disiasat dan diperjelaskan secara terperinci. rakyat pasti nak tau hal sebenar.
Jika PR menang siapa yang akan jadi PM? Anwar?
adakah perlu lagi pembukaan kes untuk mencari kebenaran mengenai isu ini
entah benar atau tidak apa yang diyatakan oleh PKR.
tunggu dan lihat sajalah perkembangan pekara ini.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..permainan politik ini semakin hangat..kita tengok siapa yang akan jatuh tersungkur nanti.
isu pinjaman ini telah dijelaskan oleh Tun M di blog peribadinya www.chedet.cc secara terperinci bersama fakta2nya sekali.. jika Tun M sanggup bersumpah, adakah Anwar juga sanggup berbuat demikian bagi membuktikan bahawa tuduhan beliau itu benar??
Benarkah apa yang dikatakan? Tapi kita mahu bukti yang kukuh dan jika perlu mari kita tunggu kes ini dibawa kemahkamah.
Post a Comment