Di sepanjang perjuangan Anwar Ibrahim melalui liku-liku politik yang penuh jijik dan kotor terutama melibatkan diri dan keluarganya, sudah ramai yang telah pergi meninggalkanya. Baik dari kalangan rakan rapat,teman berbicara ataupun kawan seperjuangan. Apa pun alasan mereka meninggalkan DSAI, hanya mereka yang mengetahuinya,namun agak menghairankan kerana DSAI tidak pernah serik,bosan bahkan berputus asa untuk mencapai cita-citanya mereformasikan negara ini. Soal perjuangan untuk dirinya ataupun untuk cita-citanya menjadi PM bukanlah ukuran kerana cukup mengkagumkan seorang politikus sanggup menggadai ketenteraman diri dan keluarganya semata-mata untuk itu.
Di mana-mana Anwar akan berbicara tentang hak rakyat dan keperluannya untuk melindungi rakyat. Mengurus wang rakyat secara berhemah,adil telus dan jujur ,jauh dari sikap boros dan rasuah. Antara rakan yang telah pun pergi meninggalkan Anwar bersendirian :
Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin
11 ulasan :
Anwar tidak akan berhenti selagi hasratnya untuk menjadi PM tidak tercapai.
Apa lagi yang boleh dibuat jika tidak bertahan?
Saya rasa lebih baik Anwar berputus asa sahajalah, biar Wan Azizah yang memimpin PKR semula.
Bila suda tidak sehaluan, buat apa mahu kekal dalam sesebuah parti itu lagi? Apa sebenarnya perjuangan Anwar ini? Untuk bersihkan imej beliau semata-mata?
ramai yang meninggalkan Anwar maksudnya ramai yang sudah tidak mempercayai Anwar.
banyak isu yang melibatkan Anwar ni. jadi kita pandai-pandailah menilai.
kenapa Anwar masih bertahan, kerana hasrat beliau untuk menjadi PM masih belum tercapai..
Ramai meninggalkan Anwar. Sehinggakan Anwar pergi ke Universiti mencari para penyokong baru sebagai pelapis untuk masa depan PKR. Bila Anwar mahu bersara?
Ini kerana impiannya masih belum tercapai. Sebab itulah dia masih mahu meneruskannya.
Anwar mahu menjadi PM..Itulah sebab utama kenapa dia tidak mahu mengalah.
Anwar masih mempunyai penyokongnya tersendiri. rasanya Anwar ni memang ada ada aura sebab tu dia masih bertahan:)
Post a Comment