Inilah wajah terkini SK Tamau,yang 'gagal' disiapkan setelah 2 tahun berlalu. Di Mana Datuk Musbah dalam hal ini?
Isu kelewatan pembinaan SK Tamau belum menemui penghujungnya. sekalipun telah berlalu lebih 2 tahun daripada jangkaan awal ia disiapkan iaitu pada 2009,namun hingga kini dipenghujung tahun 2011 dan merangkak awal ke tahun 2012 di mana tinggal hanya kira-kira seminggu lagi sesi persekolahan akan bermula, bangunan baru Sk Tamau yang merangkumi 4 tingkat dengan 2 blok kelas pembelajaran,1 buah dewan serbaguna dan 1 blok kelas Pendidikan awal Kanak-kanak (prasekolah) serta sebuah kantin masih 'GAGAL' disiapkan oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan.
Beberapa kali isu ini dipublishkan dalam blog dan FCB serta suratkhabar,Berita Harian dan Borneo Post, namun hingga kini bangunan itu nampak hanya kiri-kira 80% yang berjaya disiapkan. Apa yang menjadi persaoalannya ialah SK Tamau ini adalah termasuk dalam Kawasan DUN TEMPASUK, dimana Datuk Musbah Hj Jamli adalah ADUN di kawasan ini, namun wakil rakyat itu bukan sahaja membiarkan isu kelewatan ini berlalu tetapi juga tidak ada tindakan susulan yang dilakukan termasuk menemui masyarakat setempat mengenai perihal isu berkenaan.
Datuk Musbah yang disinonimkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat kerana kerajinannya turun padang menemui masyarakat dalam majlis perkahwinan dan kematian, nampak gayanya,tidak menyantuni golongan anak-anak kecil yang memerlukan pendidikan sempurna dengan kelengkapan asas yang mencukupi termasuk kesempurnaan bangunan seperti yang berlaku kepada masyarakat setempat yang terlibat dan terpaksa menerima musibah atas kelewatan SK Tamau ini.
Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bahkan mengejutkan, bilamana bangunan SK Tamau ini mengalami kelewatan mencecah lebih 2 tahun. Datuk Musbah selaku wakil rakyat di kawasan ini seharusnya mengambil tindakan drastik dan tidak hanya tenggelam dalam projek Jepalang padi dan Aggropolitan yang diwar-warkan oleh beliau sebagai projek berimpak tinggi dengan mengatasi isu kemiskinan tegar di Kota belud. Apakah Datuk Musbah juga lupa bahawa Pendidikan juga adalah pembasmi kepada kemiskinan jangka panjang? Atau apakah Datuk Musbah sengaja membiarkan isu ini kerana beliau mengalami kekalahan pada PRU 12 yang lepas dalam peti undi Tamau.?
Jika benar tanggapan bahawa pada PRU 13 , Datuk Musbah bakal dicalonkan di kawasan Parlimen Kota Belud, rasanya akan ramai yang mempertikaikannya atas kemampuan dan kewibawaan Datuk Musbah mengatasi pelbagai masalah berderet puluhan ribu masyarakat Kota Belud. sedangkan Isu Kelewatan Sk Tamau ini pun, Datuk Musbah gagal mengatasinya, apakah pula akan berlaku kepada masalah di peringkat Parlimen nanti.
27 ulasan :
Good question, where is Datuk Musbah????
Datuk Musbah must explain this matter to the public. Why are they delay in completing SK Tamau.. the contractors that were assigned to build the project should be brought in for questioning.
Soalan yang bagus Jason. Lain kali kalau tersempak dengan Datuk Musbah, bolehlah tanya beliau tentang kelewatan SK Tamau untuk beroperasi.
Sesi persekolahan 2013 sudah hampir. Jika diikutkan sekarang, tidak sempat bangunan itu untuk disiapkan. Tidak tahu bila sekolah ini siap sepenuhnya dan selamat untuk digunakan. Takkan kena tunggu 2014 pula?
sekolah tersebut hingga kni masih belum siap, sekolah tersebut harus disiapkan segera, jgn biarkan ia begitu sahaja.
sekolah itu amat diperlukan bagi menampung murid2 yang makin ramai. hrap sekolah itu dpt disiapkan segera.
Hope that those who are involved in this project will step forward to explain about the late completion of the school buildings. The taxpayers have the rights to know.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
The relevant authorities must ensure that the projects will be completed in time as stated within the contract, which means the contractors, architects... must complete the project as promised.
mungkin ada sebab..sebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini.
harap sekolah tersebut akan dapat disiapkan agar dapat digunakan.
Datuk Musbah should explain about such delay.
Adakah kelewatan ini menjejas pembelajaran di Sk Tamau?
Masalah ini harus diselesaikan agar tidak menjejas jumlah murid yang makin bertambah.
Kontraktor harus juga menanggung sebarang kerugian dengan kelewatan yang berlaku.
Keadaan dan masalah ini tidak harus diteruskan, tindakan wajar harus diambil.
tarik saja lesen atau senarai hitamkan mana2 kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.. masih banyak lagi kontraktor di malaysia yang layak diberikan peluang untuk melaksanakan projek2 kerajaan.
Di mana silapnya kelewatan sekolah tersebut. Tindakan susulan perlu dalam memastikan sekolah tersebut siap secepat yang mungkin dan selamat digunakan.
Harap Datuk Musbah tidak terlepas pandang keadaan SK Tamau.
We wait for Daruk Musbah to explain.
Apakah sebab? Adakah ini akan menyebabkan masalah semasa sekolah bermula nanti?
Contractor should charge penalties for such delay that may causes bad consequences.
Datuk Musbah tidak harus berdiam diri keatas inciden ini, harus mencari kaedah untuk menanggani masalah tersebut.
Projek pembangunan harus dipantau selalu untuk memastikan projek dijalan dengan lancar dan mencapai kejayaan.
Kelewatan seperti ini seharusnya diambil perhatian. Berikan sebab kenapa berlaku kelewatan dalam pembinaan tersebut.
Datuk Musbah Hj Jamli adalah ADUN di kawasan ini, namun wakil rakyat itu bukan sahaja membiarkan isu kelewatan ini berlalu tetapi juga tidak ada tindakan susulan yang dilakukan termasuk menemui masyarakat setempat mengenai perihal isu berkenaan.
Jadi Datuk Musbah perlulah memberikan perhatian terhadap masalah ini. Sebagai seorang wakil rakyat perlu meninjau projek besar seperti pembinaan sk Tamau ini.
Janganlah membiarkan masalah ini meneruskan. Harap pihak berkuasa akan menyelesaikan masalah ini.
tidak hairan jika perkara ini mempengaruhi sokongan beliau pada PRU-13 nanti. baik bagi penjelasan segera.
Post a Comment