Perjuangan reformasi Anwar,tulang belakangnya ialah ratusan anak-anak muda yang masih belajar di Universiti.Malahan yang merusuh,yang berdemontrasi itu kebanyakannya ialah pelajar Universiti.Mengapa Anwar suka sangat memilih golongan ini menjadi pengikut idealisme reformasinya?
AMANAT ANWAR kepada MAHASISWA
Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk ‘Takut 66, Takut 98′.
“Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.
“Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,” kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974.
Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota.
“Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara),” kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.
Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.
“Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara,” katanya.
Beliau memberikan contoh, ‘Great Economic Debate’ yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan.
“Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu (budaya) yang mesti kita kembalikan,” katanya
13 ulasan :
Salam Kelapa Mawar,
Pada suatu ketika, saya juga pernah terasa betapa ghairah dan berlonjak-lonjak nya suara hati untuk menyuarakan protest atau tidak setuju dengan sesuatu yang tidak sealiran dengan kemahuan serta kehendak sentimen saya selaku seorang yang dilabelkan sebagai intelektual. Or shall I say, 'a leader in a making'.
Selaku seorang jejaka yang berdarah muda lagi membara, seakan-akan saya sanggup berjuang dan berkorban semat-mata untuk perubahan... Perubahan yang kini dimodenesasikan lagi dengan jolokan Reformasi. Maka untuk ini, jawapan nya ada pada Anwar Ibrahim.
Mungkin sinonim dengan apa yang Dr Jeffery Kitingan ilhamkan di Sabah. Cuma bezanya Jeffrey lebih memikirkan survival untuk bangsa beliau KDM dan Sabahan (Sabah For Sabah)... Manakala Anwar mahu satu perubahan mega yang lebih universal(Malaysia For All), sehinggakan beliau sendiri mungkin kurang pasti sebanyak mana kah resiko dan bila kah 'ending' perjuangan ini nanti.
Justeru, sama ada para mahasiwa tersebut akan meneruskan doctrine Anwarisma ini, hanya masa jua akan menentukan nya.
Cuma harapan saya, para mahasiwa ini jangan terjerat dengan inspirasi yang belum tentu dapat menjaminkan masa depan mereka serta keluarga yang sangat mengharapan satu kejayaan dari mereka setelah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang graduan yangg bertauliah lagi berwibawa.
Untuk itu semoga sukses selalu
golongan mahasiswa adalah golongan yang paling mudah dipengaruhi, sebab itu Anwar memilih mereka. kamu sebagai pelajar utamakan dahulu pada pelajaran.
Sedia maklum bahawa pelajar atau belia inilah yang mudah dipengaruhi. Tidak salah untuk berjuang jika perjuangan itu ada asasnya tetapi jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Most parties are starting to target the youths in the country, the younger generation will be the determinant of the country's future.
Hope that the people will make the right vote during the next GE 13, this is our chance to let our voices heard.
kenapa mesti pelajar?? kenapa bukan belia muda yang telah menghabiskan pengajian dan sudah mempunyai kerjaya tetap??
siapa yang boleh mamberikan jaminan bahawa Anwar tidak menyebarkan agenda politik beliau kepada pelajar2 ini bagi menimbulkan rasa benci pelajar kepada kerajaan sekaligus mendapatkan sokongan mereka?? tokoh2 lain memberikan motivasi kepada pelajar, dan itulah yang patut dilakukan Anwar sebagai tokoh yang dihormati dalam arena politik..
golongan pelajar merupakan bakal pemimpin masa depan, tapi mudah dipengaruhi.
pelajar seharusnya bijak menilai dan berfikirlah secara rasional.
Golongan muda-mudi adalah golongan yang mudah terpengaruh sesuai dengan darah muda. Golongan ini akan lebih cepat menyerap element2 yang diterima yang sesuai dengan hati/kehendak hati masing2. Disebabkan keadaan negara yang semakin panas dengan isu2 semasa seperti harga minyak naik, ekonomi tidak menentu, harga barang asas naik dan segala macam pergolakan politik. Ditambahkan Anwar yang pandai memberi hujah dan dapat mempengaruhi golongan ni. Disebabkan juga golongan ni adalah golongan muda, mereka akan menjadi pelapis kepada parti PKR.
eNampaknya, Anwar sangat bijaksana dalam mengatur strategi. Golongan muda dijadikan sebagai pelapis parti PKR. Jadi, biar pun Anwar masuk penjara atau tidak PKR tidak akam mati ditelan segala macam karenah politik. Anwar pun semakin tua. sudah tentu dia tidak mahu melihat PKR kekurangan pemimpin yang boleh terus memimpin PKR.
Jiwa muda katakan. Sebab itulah Anwar memberikan penumpuan kepada mahasiswa kerana Anwar menjangkakan mahasiswa lebih mudah diracun fikiran berbanding dengan orang yang veteran ini. Anwar sendiri mesti sedar akan kelemahan itu sebab itu sasaran adalah mahasiswa yang senang diubah pemikiran mereka dengan kata-kata yang boleh menguasai minda mereka.
inilah salah satu strategi yang digunakan oleh Anwar, menjadikan pelajar sebagai sasaran. Anwar memperjuangkan kebebasan tetapi kebebasan yang agak melampau.
Post a Comment