Saturday, December 24, 2011

Beliau yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Bernama melaporkan, pegawai peribadinya Nor Azhar Yusof berkata sebelum serangan itu, beliau kelihatan sihat dan berwatakan seperti biasa namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong dan akan dikebumikan di Puchong selepas solat Zohar esok.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.-23/12/2011

4 ulasan :

Smookiekins said...

Takziah kepada keluarga. Semoga rohnya akan tenang di sana.

Green Sabah said...

My Condolence to the late Tan Sri Hamid Othman's family.

Saya orang Sabah bah!! said...

Sumbangan dan jasa beliau pasti akan dikenang.

Irish said...

ajal maut di tangan Tuhan. kita tidak tahu bila masanya. Takziah kepada keluarga Allahyarham.