Wednesday, December 28, 2011

Setelah gelora politik Sabah mula menampakkan akan reda,ramalan kajicuaca politik pula berbeda. Kerana diramal satu gelombang besar akan menhempas pantai perjuangan UMNO dan BN di Sabah. Gelombang besar ini bukannya angkara tsunami dasar laut tetapi tiupan kencang angin timur laut yangh datang disebelah dalam pakatan parti-parti politik BN di Sabah.Jika sebelum ini, dua gajah politik diadu- domba hingga melahirkan semut gula yang mengerumuni setiap Projak KKLW,lantas keretakkan UMNO Sabah semakin parah, kini tidak ada lagi cerita 'perang' antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Pembisuan kedua pemimpin ini menjadi ubat paling mujarab sehingga pengadu domba menemui jalan buntu lantas mengingatkan mereka mencari Jalan Pulang sendirian.

Angin taufan yang bertuip mengancam keharmonian pantai dan benteng politik UMNO dan BN di Sabah, kononnya datang dari seorang pemimpin politik yang pernah 'menjahanamkan' kekuasaan PBS sehingga UMNO dan BN dapat merampas kekuasaan itu. Siapa lagi kalau bukan Datuk Lajim yang disinonimkan oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai "raja" segala Katak di Sabah. Datuk Lajim yang kini menjawat sebagai pembantu menteri Perumahan dan kerajaan tempatan sabah juga merangkap ahli parlimen P177 Beaufort dikatakan mengetuai parti baru di Sabah yang dikenali sebagai SABAH PEOPLE  FRONT (SPF).

Jika sebelum ini Datuk Lajim dikatakan sebagai orang harapan Datuk Shafie, namun kita landskap itu telah berubah. Lajim dikatakan menubuhkan SPF untuk menghadapi PRU 13 akan datang. Berpaksikan kepada beberapa alasan seperti hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan negeri, hkabar angin juga memuktamadkan bahawa pada PRU akan datang, Lajim 'terlucut' dari menjadi calon di Beaufort yang dikatakan digantikan oleh anak Ketua Menteri Sabah, Hafiz Musa. Khabar ini juga turut menyatakan beberapa ahli politik veteran telahpun menyatakan persetujuan awal untuk menyertai SPF.

Apakah taufan yang bertiup ini akan bertambah kencang sehingga menenggelamkan banyak kapal-kapal yang mahu turut berlabuh di pelabuhan Sabah? 

28 ulasan :

Unknown said...

KM, jawatan Datuk Lajim Okin ialah timbalan menteri. dia juga ahli majlis tertinggi yg menang dalam pemilihan 2008.

SPFP bukan parti baru tapi ditukar nama dari parti BERSEKUTU pimpinan Berman Angkap.

Saya dimaklum, Berman kekal Presiden parti dan Datuk Lajim adalah Ketua Umum.

Apapun komen, saya anggap Lajim seorang pejuang tulin negeri Sabah.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan Sdra Musli,

Pada pandangan saya, soal katak lompat katak ini bukan lagi isu besar di Malaysia, khas nya di Sabah...Terlalu lumrah. Namun dalam kes Lajim diberitakan menyertai parti lain hanya akan dapat diredakan sekiranya, Musa campur tangan untuk menangani nya.
Otherwise, mungkin banyak lagi yang akan mengatakkan diri untuk bersama Lajim dalam perjuangan menentang Musa.

Menurut sumber, punca nya berlaku kemelut ini bukan disebabkan oleh karena UMNO pusat tetapi UMNO negeri Sabah itu sendiri.
Ada yang merasakan Musa selaku ketua perhubungan negeri tidak berlaku adil.

Apa-apa pun kesudahan nya akan kita tahu tahun hadapan sekiranya ia nya tidak dapat dibentung dengan sebaik mungkin.

Semuga sukses

Anak Sabah said...

Rakyat pasti akan pandai membuat penilaian mereka sendiri, jika Lajim adalah pemimpin yang baik, rakyat pasti akan mengundi beliau lagi.

Anak Sabah said...

Harap semua pemimpin tempatan akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat supaya boleh mendapatkan sokongan daripada mereka.

Anonymous said...

jika Lajim tidak dicalonkan nnti, kita kena terima keputusan yang dibuat, menubuhkan parti baru bukan jalan yang terbaik.

Anonymous said...

harap Lajim akan membuat keputusan yang terbaik, rakyat juga akan menilai mana yang terbaik.

Anonymous said...

SPF bukan parti baru? Bermakna Lajim masih bersama UMNO. Rasanya ia hanya khabar angin tentang konon2nya Lajim akan bertanding di atas tiket SPF. Budaya lompat memang berlaku di mana2 saja. Cuma kes Lajim ni 'special' sikit sebab tindakan beliau dulu telah mengubah senario politik Sabah selepas itu.

Anonymous said...

Adakah Lajim masih relevan di kalangan pengundi2? Kita tunggu saja pengumuman calon2 yang bakal bertanding untuk PRU13 nanti. Jika Lajim tidak dicalonkan, mungkin juga benar beliau akan bertanding di atas tiket lain. Dan jika ini berlaku, sudah tentu mengundang spekulasi baru lagi.

zam said...

macam-macam kahbar angin yang didengar tapi ianya belum tentu benar.

zam said...

sebaiknya jika semua fokus terhadap isu-isu lain yang lebih dekat kepada rakayat.

zam said...

apa pun, kepentingan rakyat haruslah sentiasa menjadi keutamaan.

Smookiekins said...

Mungkin ada rasa tidak puas hati. Tapi walau apa pun pergolakan politik harap rakyat tidak menjadi mangsa.

Anonymous said...

adakah Lajim bukan winnable candidate sehingga perlu dilucutkan dan digantikan dengan wajah baru?? tidak mustahil akan lebih ramai pemimpin2 BN yang digugurkan pada PRU akan datang keluar menyertai SPF..

Hamdan Hadillah said...

SPF belum pasti lagi adakah diketuai oleh Lajim atau tidak. Maka kita tunggu saja cerita seterusnya,.

Hamdan Hadillah said...

Nampaknya semakin hangat mengenai cerita Datu Lajim akan menubuhkan parti baru. Apa sebenarnya penubuhan tersebut adakah untuk menjadi pembangkang atau pun sebaliknya. Apa pun seharusnya perbincangan perlu bagi mencari penjelasan tepat mengenai perkara ini.

Unknown said...

Salam sejahtera kepada pembaca blog,
Saya tertarik dengan cerita hangat sekarang ini. Pelbagai cerita kedengar tetang Datuk Lajim mengenai SPF yang dikatakan merupakan parti baru yang sudah diluluskan oleh ROS. Benarkah ketua adalah Datuk Lajim untuk parti SPF ini? Kedengaran juga ada beberapa ahli tertinggi UMNO juga akan mengikut jejak Datuk Lajim. Benar atau tidak perkara ini masih menjadi tandatanya kepada kita. Hanya tuan punya badan saja yang dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai parti baru ini.

Kepada mereka yang ada masa terluang boleh berkunjung ke Blog saya..

bayausbh.blogspot.com

No name said...

Anything could happen in politics. Hope they didn't forget their responsibility to work for the people.

No name said...

Jika Lajim disingkir dari lembaga, harus juga meneruskan usaha dan tanggung jawab kepada rakyat.

No name said...

Adakah Lajim dijawat jawatan penting di SBF? Apakah missi Lajim jika bertanding atas tiket SBF?

No name said...

Sabah memerlukan Parti yang berkualiti dan bukannya kuantiti. kalau lajim ikhlas untuk berkhidmat untuk rakyat, parti mana beliau berada sebenarnya tiada beza.

No name said...

Apakah corak dan konsep parti baru Lajim?

Anonymous said...

tidak payah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh

Anonymous said...

it is up to the people who they want to vote during GE-13

Anonymous said...

terpulanglah jika rakyat masih mahukan Lajim

Anonymous said...

jika benar Lajim akan tersingkir, wajarlah jugalah jika beliau memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk menggantikan beliau

Anonymous said...

walau apa pun, rakyat Sabah masih perlukan pimpinan KM untuk memajukan negeri termiskin ini

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Dengar khabar anak DT Musa,Hafiz Musa calon yg menggantikan Dt Lajim.

Jika betul Dt Lajim digugurkan, carilah anak tempatan Beufort,
lantaran org Beaufort tdk marahkan Dt musa.

Sesiapa pun dalam kedudukan Dt Lajim. Akan melompat ke parti lain.Kerana calon pengganti anak DT Musa sendiri.

Akhirnya UMNO sabah jadi parti keluarga.Jika ini berterusan,isu pembangkang semakin dierima oleh rakyat.

Di harap kebarangkalian ini tidak jadi realiti. Risau sokongan rakyat kpd UMNO mati.

Lompat Katak said...

Ha, ha, ha,

Lompat Si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Jangan sampai jatuh,
Cepat Lajim cepat,
Pembangkang menang jadi Menteri,
Ada projek kita tutuh!