Mungkin gerakan penyatuan Iranun yang dilaungkan semenjak beberapa minggu kebelakangan ini, tidak dapat kita samakan dengan gerakan Revolusi Perindustrian di Perancis beberapa dekad yang lampau. Kerana walaupun Revolusi itu juga bermula dari peringkat masyarakat bawahan tetapi unsurnya ialah "Revolusi " itu perubahan besar-besaran secara kekerasan. Manakala gerakan penyatuan Iranun hanya bersifar "reform" iaitu pembaharuan iaitu agak perlahan sifatnya ,tetapi juga bermula dari peringkat akar umbi.
Justeru itu gerakan penyatuan Iranun yang diilhamkan diperingkat akar umbi ini dijangka akan panjang jangka hayatnya, itu pun jika pelopor kepada gerakan ini mempunyai jati diri dan naluri serta idealisme penyatuan yang kental. Kerana mendidik dan membawa masyarakat untuk melupakan soal resis, soal perbedaan, soal dendam. soal kesumat, soal kemurnian diri , bukan ssesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketekunan dan pengorbanan besar. Itu yang kita harapkan tatkala ada idea-idea penyatuan ini dikumandangkan.
Biasanya diperingkat pimpinan masyarakat, maka soal penyatuan bangsa ini dilahirkan oleh peringkat pimpinan tinggi..ia dikenal sebagai gagasan penyatuan. Situasi sebegini agak mudah diurus, ditadbir kerana ia hanya "turun" ke peringkat kelas pertengahan dan kemudian di peringkat bawahan. Para pemimpin yang punya kekebalan idea penyatuan ini akan memastikan gagasan itu berjalan dengan baik dan rakyat hanya berfungsi sebagai 'penerima' dan 'pelksana' gagasan sedemikian. Misalnya, Gagasan 1 Malaysia yang dipelopori oleh datuk Najib..membawa situasi yang saya maksudkan. Apa yang menjadi masalah kepada gagasan penyatuan bangsa dari peringkat pimpinan kelas atasan ini ialah, ia senang bergolak dan berubah kerana, jika kepimpinan berubah,idea dan gagasan itu juga turut berubah. Namun ada juga byang berjaya. Dan kejayaan gagasan penyatuan itu adalah atas dukungan rakyat atau bangsa berkenaan.
Gerakan penyatuan yang bermula dari peringkat akar umbi nyata boleh bertahan lama. kerana ia lahir atas kesedaran, keinsafan, dan ketekunan untuk membawa apa yang diistilahkan sebagai "reform" atau pembaharuan. Gagasan penyatuan sedemikian akan melahirkan bakat-bakat pemimpin kelas pertengahan dan kelas atasan. Kebangkitan akar umbi yang inginkan penyatuan menyeluruh akan dapat melahirkan pembaharuan yang kekal dan teratur.
Inilah yang saya maksudkan dalam gerakan penyatuan Iranun yang lebih awal disuarakan oleh peringkat akar umbi. Bermula dari hanya cakap-cakap kosong dalam FCb akhirnya ia terlaksana sebagai satu gerakan penyatuan. Pada hari sabtu ini, satu lagi perjumpaan peringkat pimpinan penaja akan berlangsung dan tentunya akan membuahkan hasil yang baik.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, kita mengharapkan agar penyatuan bangsa yang tidak berpaksi kepada politik semata-mata akan berjalan dengan baik dan mencapai matlamatnya. para cendikawan dan pemikir Iranun, dialu-alukan untuk memberikan komitmen dalam gagasan penyatuan akar umbi ini.
18 ulasan :
harap gerakan penyatuan Iranun ini berjaya.
gerakan penyatuan ini memerlukan komitmen semua. memang baik jika para cendikawan dan pemikir Iranun, dialu-alukan untuk memberikan komitmen dalam gagasan penyatuan akar umbi ini. ini kerana golngan cendikiawan pasti mempunyai idea yang bernas untuk disumbangkan.
Dengan adanya TSPA, diharapkan dapat menyatukan orang Irranun, beliau merupakakan pemimpin tunggal Irranun yang berjaya dan mampu membantu bangsanya sendiri. Harap Irranun akan dapat memberi sumbangan kepada negara dan juga berjaya kelak.
penyatuan kaum Iranun memerlukan kesungguhan yang tinggi daripada semua. usaha yang berterusan diperlukan agar Iranun menjadi lebih maju pada masa akan datang.
Artikel yang menarik untuk dikomen bagi memartabat dan memperkasakan suku kaum Irranun dalam persada politik.
salam KM,
penyatuan irranun merupakan satu isu yang perlu diperhalusi secara ilmiah juga secara gambaran luarannya. pada saya, jika dari segi ilmiahnya irranun merupakan satu bangsa yang masih kuat perpaduannya jika dibandingkan dengan lain-lain bangsa di kota belud amnya. namun dari segi gambaran luarannya irranun tampak lebih mudah dialihkan tumpuan dan prinsipnya. hakikatnya apapun persengketaan dalaman bangsa kita ini seharusnya ada penambahbaikan atau dalam bahasa DSN transformasi. mungkin PAGISA dan PISBA perlu direbrandingkan. saya melihat apa yang dikatakan rakan blogger sebagai perpecahan dalaman itu sebenarnya menjadi kunci kepada irranun bersatu dalam satu nada secara tidak langsung dan tidak disedari pun. harus di ingat, tersemat dalam hati seorang irranun itu semangat irranunnya yang terlalu kuat malah jauh lebih kuat dari semangat kenegerian orang kelantan. semangat ini jarang ditunjukkan kepada umum kerana masing-masing menyimpannya umpama keramat.mungkin ada dikalangan kita tidak mengakuinya namun itulah hakikatnya. mungkin apa yang diperkatakan sebagai perpecahan itu lahir akibat dari sifat hasad dengki dimana sifat inilah mendorong irranun maju kehadapan berlumba mencapai sesuatu yang lebih dari orang lain. seterusnya pada suatu titik kemuncak tanpa tidak disedari irranun kembali bersatu. renung2kanlah..tatap PAS jugalah..amun aku pesut tigad kubetisku.
salam...
saya amat tertarik dengan ulasan adinda watasikadi...hakikat yang penuh kebenaran....
"tersemat dalam hati seorang irranun itu semangat irranunnya yang terlalu kuat malah jauh lebih kuat dari semangat kenegerian orang kelantan".
Di harapkan WBI ini dapat di realisasikan dengan lebih baik dan bermatlamatkan satu konsep iaitu penyatuan Kaum Irranun...teruskan sekalipun mapaittantu...kebenaran tetap diutamakan...
salam...
saya amat mengharapkan penyatuan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan bukan sahaja politik bahkan ekonomi...sosial...agama...dan kebudayaan...
semoga usaha ini mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah....Amin...
Salam Kelapa Mawar,
Saperti DATU SI RINGGIT ( DATU sudah kah?) saya juga amat tertarik dengan analysis yang di utarakan oleh anak muda watasikadi . Dimana beliau menekan kan beberapa perkara asas yang dikira sebagai ‘core’ perpaduan bangsa. Dalam kes ini bangsa irranun.
Antara ayat beliau yang menarik saya ada lah ‘hakikatnya apapun persengketaan dalaman bangsa kita ini seharusnya ada penambahbaikan atau dalam bahasa DSN transformasi. mungkin PAGISA dan PISBA perlu direbrandingkan. saya melihat apa yang dikatakan rakan blogger sebagai perpecahan dalaman itu sebenarnya menjadi kunci kepada irranun bersatu dalam satu nada secara tidak langsung dan tidak disedari pun.’
Ayat-ayat saperti ‘transformasi, penambahbaikan , rebranding dan akhir nya ‘kunci kepada irranun bersatu dalam satu nada secara langsung dan tidak di sedari’ ( atau pun saya tambahkan lagi dengan ayat 'restructuring') bagi saya sungguh bermakna dan perlu juga kita hayati bersama .
Bukan sahaja untuk bangsa irranun tetapi juga golongan bumiputera yang lain.
Apa yang saya lihat disini, golongan muda di KB khas nya dari suku kaum irranun kini telah mempunyai ahli fikir yang dikirakan telah jauh kehadapan.. ‘May be looks simple but your idea is full of surprises, meaningful and easily understood’ ( dengan izin).
Ini menampakkan betapa perlu nya suntikan idea-idea baru dari anak-anak muda di sana di ambil kira sebagai panduan, rumusan dsn.
Disamping itu, beliau juga mempunyai ulasan yang jelas tanpa mempebesar2kan atau pun memperkecial2kan nama-nama individu yang di gelar pemimpin.
SYABAS Anak Buah watasikadi.. terus kan madah punjanga anda dengan harapan ia nya serba sedikit akan dijadikan sebagai ‘catalyst’ demi untuk meneruskan penyatuan bangsa mu yang sedia ada.
Namun ayat-ayat ‘ tatap PAS jugalah..amun aku pesut tigad kubetisku’, bagi saya ia nya melambangkan satu provokasi yang menarik..
Semuga kalian sukses
Harap usaha ini membuahkan hasil yang diingini :)
Bagi saya penyatuan sebenarnya agar sukar dilakukan jika setiap individu/pihak tidak mempunyai semangat kesatuan... Namun kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - so asalkan ada usaha, keazaman yang teguh; semuanya pasti berjalan lancar!
Betul tu jieah. Semoga semua golongan yang mahukan suatu perubahan yang lebih baik, bersatu dan berusaha mencurahkan segala idea bernas :)
Setuju dengan pandangan kamurang semua :)
Semoga setiap pandangan akan diambil kira bagi memastikan gerakan penyatuan Iranun ini berjaya:)
Apa-apa pun, diharapkan semuanya berjalan lancar.
Salam,
Tidak penting di mana kita bermula yang penting di mana kita berakhir dengan kejayaan yang cemerlang
Usah diungkit sengketa lama,
Usah didindang lagu tak berirama,
Fokus kepada penyatuan Bangsa,
lahirkan bangsa berjiwa bahasa,
Bajakan bangsa...,
Siramlah bahasa...,
Agar subur dan mampu bersaing dengan jayanya
HARAP DIRENUNG BERSAMA
Berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan
Kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar
SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA...!
Martabatkan penyatuan bangsa irranun agar jadi kenyataan. Jangan jadikan omongan kedai kopi sahaja. Sebagai anak tulen irranun saya menunggu dengan penuh harapan agar impian ini tercapai.PAGISA & PISBA war2 kan lar peranan anda.tunjukan kepada generasi muda tentang kewujudan anda. jangan hanya di war2 kan di kalangan anda sahaja.
Penyatuan bangsa. ibarat kita memperbaiki empangan yang sedang pecah. tampal menampal memerlukan kerjasama dari semua pihak bukan hanya mendengar bunyi ayam riuh sekampung.
Kawan2 ku bangsa irranun...kita ini bangsa yang berjaya suatu masa dahulu (kajiam Milus dalam master sejarahnya)kita punya kerajaan tersendiri. tapi sekarang kita menuju ke arah itu..persoalannya impian akan jadi kenyataan kah kalau kita sendiri bercakaran sesama sendiri. renung2 kan lar...
Warga Iranun patut bersatu.
Post a Comment