Mengikuti ucapan Datuk Salleh said dalam perhimpunan UMNO yang baru berlangsung sebelum penamaan calon di DUN GALAS dan PARLIMEN BATU SAPI, saya menjadi begitu tidak sabar untuk mengulas dan memberikan pandangan, meskipun mungkin ia sekadar pandangan namun ia boleh dimanfaatkan dalam perkongsian maklumat dalam dunia cyber ini. Selain daripada isu betapa perlunya UMNO tidak terkongkong oleh sifat malu, segan dan rendah diri untuk memertabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera, Datuk Salleh yang juga mantan Ketua menteri Sabah dalam sistem pengiliran yang dibawa oleh UMNO setelah melebarkan sayapnya di Sabah pada 1991. Selain itu DSSK juga kini adalah ketua UMNO bahagian Kota Belud, juga timbalan ketua perhubungan juga penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah. Isu lain yang begitu menarik untuk diulas ialah berkaitan dengan keperluan 'meluaskan' skop Pasukan kepada satu entiti besar yakni "kumpulan".
Walaupun pada ketika sesi ucapan DSSK itu, seorang rakan saya membisikkan bahawa inti ucapan itu "biasa-biasa" saja, dan beliau merasa kecewa kerana sebagai mantan CM Sabah, ucapan begitu langsung tidak menganjak minda perwakilan kepada satu bentuk pengupayaan program parti yang mendekati rakyat, namun bagi saya ada logiknya isu "Pasukan" dan "Kumpulan" itu ditimbulkan. Selain kerana realiti dalam UMNO Sabah adalah mula berpecah kepada beberapa "puak" politik yang didukung oleh pemimpin tertentu..isu menjunjung idea kumpulan adalah perlu dalam menjamin keutuhan parti.
Politik Sabah sejak pasca merdeka dalah penuh dengan "pasukan' dan "kumpulan' tertentu yang masaing-masing bersaing antara satu sama lain. Baik persaingan itu bersifat suku dan kaum, ataupun mungkin persaingan itu dilandaskan kepada kepentingan peribadi dan 'kesumat' yang teruk dalam politik. Kerana itu, bagi saya isu 'seremeh' ini sudah 'terlepas pandang' oleh pimpinan sehingga ia sudah berakar umbi dan hanya menunggu 'menumbangkan' pokok yang besar.
Situasi politik Sabah masa kini 'dipanaskan' oleh beberapa isu besar yang berlaku pada PRU 12 yang lepas. Seharusnya DSSK dan TSP yang mula mewujudkan 'pasukan' setelah digugurkan pada PRU itu, segera mendambakan satu KUMPULAN untuk menyelamatkan politik mereka yang semakin menemui penghujungnya. Oleh yang demikian apabila USBO yang mungkin dilabel sebagai "satu Pasukan" ibarat pasukan bola Sapek Arsenal, telah menunjukkan tanda-tanda kegagalan untuk membentuk KUMPULAN besar, wajarlah bagi TSP dan DSSK kemkbali semula kepada PASUKAN yang ditinggalkan itu. Konsep ini yang barangkali masih belum difahami oleh ramai penganalisis politik tempatan, hinggakan DSSK dan TSP ini dilabel sebagai "pengkhianat" oleh orang-orang tertentu kerana dikatakan 'meninggalkan' pasukan mereka untuk menyertai KUMPULAN yang besar.
Walaupun niat dan nawaitu kedua-dua pemimpin KB ini sukar dibaca, tetapi ada yang beranggapan bahawa "Percaturan" mereka itu tepat pada waktunya. Dan apabila pengesahan diterima bahawa keduanya telah diterima dalam KUMPULAN besar itu, maka apakah 'terjamin' kebajikan masyarakat KB yang mendukung mereka selama ini? Atau apakah akan berlaku lagi 'gigit jari', masyarakat daerah lain lebih maju dari masyarakat KB dari segi ukuran keperluan asas dan pembangunan?
Dalam politik "Pasukan" amat dihargai dan diterima dalam menyumbang kepada pencapaian kumpulan. KUMPULAN tidak akan terbentuk tanpa pasukan. Oleh itu adalah lebih elok jika Pasukan USBO dibubarkan dan memberi ruang kepada pembentukan KUMPULAN kepimpinan. Namun apa yang ditakuti ialah pembubaran pasukan itu 'beragenda" sepertimana mula-mula membentuk Pasukan USBO.
17 ulasan :
SALAM SAUDARA KM.TAJUK INI MEMANG BAIK U NTUK DIKUPAS DAN DIRUNGKAIKAN PERSOALANNYA.BAGAIMANA PUN PASTI ADA SAHAJA KOMEN2 YANG PRO DAN KONTRA.INI ADALAH PERKARA BIASA.YANG PENTING SEBAGAI SEORANG YANG BERFIKIRAN TERBUKA KITA PERLU MENERIMA KOMEN2 ITU SECARA POSITIF.
bagi saya apa yang penting adalah semua pemimpin boleh bekerjasama dan mampu menjalankan tugas dengan baik kepada rakyat.
sebaiknya semua pemimpin bersatu dan bekerjasama untuk berkhidmat dengan rakyat.
Bagi saya, setiap peminpin ada pandangan masing2 yang sepatutnya diberi perhatian.
Ada kerjasama dan komitmen tinggi di kalangan pemimpin mampu mengatasi pelbagai masalah.
Mungkin DSSK memberikan satu penyampaian yang baik. tapi mungkin mesej sebenarnya itu tidak difahami oleh mereka pendengar. tapi apa pun kita memang mengharapkan setiap pewakilan dapat berkerja sama antara satu sama lain.
Yang penting kerjasama! Dengan kerjasama member2x dalam parti,tidak susah untuk sesuatu matlamat tercapai.
yang paling pening adalah, setiap pemimpin perlulah menjalankan tugas dan peranan mereka dengan baik.
kerjasama dan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawab perlu diutamakan.
Salam hormat,
1. Setahu saya DSSK menyeru agar 'pasukan' diutamakan berbanding kumpulan dan, cadangan tsbt telah menerima sambutan yang baik daripada PM sendiri. Kalau ucapan beliau tidak baik, takkan PM boleh mengambilkira saranan beliau sebagai bahan penggulungan yang akhirnya PM gariskan sebagai perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua lapisan pemimpin Dan ahli umno. Barangkali telinga atau daya pemahaman kawan sdra KM tu sudah kurang betul Dan perlu dibawa ke workshop.
2. Kedua, 'pasukan' lebih besar daripada kumpulan.
3. Matlamat penubuhan USBO ialah berjuang untuk meletakkan 'rumpun' bajau ditempat yang sepatutnya. Ini adalah kerana seams PRU12 lalu, rumpus bajau telah seolah-olah disisihkan oleh pihak tertentu dpd pentadbiran negeri. Semarang, setelah rumpus bajau diletakkan ditempat yang sewajarnya, apa lagi yang kita mahu komplen?.. Saya takut kalau kita komplen lagi, orang Akan kata rumpun bajau ini tamak. Tidak pandai bersyukur. Sudah diberi tempatpun masih lagi bising. Maka itu, saya fikir isu ini sebenarnya tidak releven. USBO berjuang untuk rumpus bajau, bukan DSSK, TSPA ataupun DSA. Ingatlah, mereka semua ini suatu hari kelak akan pergi. Tetapi, rumpun bajau Akan kekal. Jangan hanya kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Salam
BELUM PENDEKAR
Salam Kelapa Mawar,
Sebelum saya mengulas serba sedikit dalam blog ini, saya ucapkan syabas kerana maseh lagi dapat meneruskan sumbangan kepada pembaca atau pun para komentator yang selalu mengutarakan idea-idea yang boleh kita kongsi bersama..seada nya.
Sama ada ia di anggap pro atau pun kontra, bagi saya bukan lah isu utama. Yang penting mereka berkebolehan untuk menulis pandangan masing-masing.
Pertaining to the isu, saya lebih tertarik kepada ulasan terhadap peranaan dan keujudan USBO sebagai satu pasukan di bumi Sabah ini.
Memang tidak dapat di nafikan bahawa pasukan tersebut nampak seakan-akan tidak berfungsi di kaca mata mereka yang bukan menganggotai nya. Atau pun mereka yang kabur terhadap perjuangan jarak jauh pasukan tersebut.
Ini terbukti kerana selalu nya komen-komen sinis atau pun analisis bercorak negatif di utarakan oleh mereka yang bukan orang dalam tersebut. Maksud nya sama ada AJK peringkat cawangan atau pun AMT pusat USBO.
Justru itu, komen-komen yang kita lihat, selalu nya hanya di fokuskan kepada pemimpin klass 1 USBO sahaja. Saperti DSSK, TSP, DSA dan sebagai nya. Hingga setakat ini kita Jarang kita melihat mereka-mereka yang lain saperti saya sendiri dan lain-lain selaku AMT USBO di kritik atau pun dikutuk kerana menyertai pasukan tersebut.
Kemungkinan kerana kami hanya di anggap sebagai ‘filler’ yang tidak penting . Atau pun kerana kami hanya di klasifikasikan sebagai ‘ elemen penyukup korum’ kumpulan tersebut?
Walau macam mana pun cerita-cerita saperti itu tidak mencabar ‘ integrity’ saya. Tetapi bilamana syor untuk mebubarkan pasukan tersebut timbul kerana pada jangkaan kumpulan/individu2 yang tertentu bahawa USBO tidak lagi releven atas dasar pemimpin klass 1 nya tidak memenuhi cita rasa individu2 tersebut; bagi saya isu ini ada lah agak keterlaluan atau pun tidak adil sama sekali kepada kami yang maseh bersama USBO.
Saperti juga pasukan bola sepak, tidak semesti nya pasukan itu, di bubar semata-mata kerana andaian bahawa pengurus dan ketua pasukan nya gagal atau lemah mejalankan peranaan.
Kan orang puteh pernah bekata ‘anyone is replaceable except the mountains, sea and the sky’. So, kenapa tidak dibagi ruang atau syor untuk yang lain menarajui pasukan tersebut? Kalau perlu?
Kadang-kadang peranaan pasukan USBO ini lebih bermakna kepada mereka yang memahami hala-tuju nya. Untuk itu, sekali lagi saya pinjam ungkapkan peri bahasa orang puteh ‘Love lies on the eyes of the beholder’ ( correct me) .
Fikir-fikirkan lah
1.SALAM.MEMBUBARKAN USBO BUKAN PENYELESAIAN UNTUK MENGANKAT,MEMPERKASA DAN MEBELA KAUM BAJAU.ITU SATU CADANGAN YANG KETERLALUAN DAN SETUJU YANG DIPERKATAKAN OLEH SAUDARA S0 DAN BP "MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR".
2.KITA PERLU RATIONAL DAN LOGIK BILA MEMBUAT KEPUTUSAN JANGAN SEKALI DIPENGARUHI OLEH PERASAAN BENCI DAN MARAH.KEWUJUDAN USBO PERLU KITA BANGGAKAN DAN MENJADI SANDARAN DALAM MEPERJUANGKAN KEBAJIKAN,KEBUDAYAAN,PENDIDIKAN,EKONOMI KAUM BAJAU.
3. SECARA IKHLAS SAYA JUGA MEMERHATI USBO KINI LESU DAN TIDAK BERMAYA SEPERTI SEMANGAT AWAL PENUBUHANNYA.APAKAH ADA HALANGAN LAIN YANG MEMBUAT USBO BERDIAM DIRI HINGGA MEMBERI IMPLIKSAI NEGATIF KEPADA PEMIMPIN2NYA YANG SEMUA MEMANG HEBAT DAN BERKARISMA.
4. KETRAMPILAN PEMIMPIN2 USBO SEPERTI DSSK DAN TPA MEMANG SUDAH TERBUKTI.MUNGKIN MEREKA BERDUA AMAT SIBUK DGN TUGAS DAN DIHARAP AJK PERLU MENJANA MEREKA DENGAN MENCETUS IDEA DALAM MEMPERKASAKAN USBO.CUBA ELAKAN USBO ITU DILABEL SEBAGAI POLITIK DAN SEBAIKNYA SEBAGAI NGO YANG MEPRJUANGKAN KAUM BAJAU DI SABAH.
5. USBO PERLU BERUBAH STAIL KEPIMPINAN DAN PENGURUSANNYA JIKA USBO MAHI DISEGANI OLEH KAUM LAIN.USBO PERLU TELUS DAN BERSIKAP PINTU TERBUKA.SYA YAKIN RAMAI GOLONGAN INTELEK INGIN MENYUMBANG DALAM USBO SAMADA USAHAWAN ATAU PEJAWAT AWAM.TETAPI KERANA PENGURUSAN DAN SISTEM YANG ADA SEOLAH-OLAH MACAM PSSB YANG LALU.JIKA USBO MAHU TERUS MAJU DAN DISEGANI PERLU DITRANFORMASIKAN PENGURUSANNYA DALAM MEMENANGI JIWARAGA DAN MINDA KAUM BAJAU DI SABAH.JIKA INI TIDAK BERLAKU MAKA BAK KATA SAUDARA SAYA KAUM BAJAU (SAMA) DI KOTA BELUD..."BAH GAI-GAI YO PAN SIGO.."GENEREASI BAHARU PERLU DIBAWA BERSAMA DLAM AJK DALAM MEMIKIRKAN HALATUJU USBO DALAM ABAD KE 21 DAN PEMIMPIN PELAPIS DI MASA-MASA MENDATANG.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.
Salam sdra sekelian,
1. Barangkali perlu untuk saya perjelaskan bahawa KM tidak berminat dengan 'apa terjadi kpd usbo' sebenarnya. Pada hemat saya, sasaran beliau ialah DSSK Dan TSPA. Dan, oleh kerana sudah tidak ada lagi japan lain, maka usbo digunakan sebagai alasan. Lihat saja bagaimana hujah beliau dipesongkan ke arah kedua-dua pemimpin berkenaan. Oleh sebab itulah maka tiada komen mengenai pemimpin usbo yang lain oleh sesiapapun pun. Bukan bermakna mereka tidak mengiktiraf sumbangan ajk atau mt usbo ini, tetapi kerana ruang lingkup perbincangan selalunya terarah kepada serangan terhadap DSSK dan TSPA.
2. Kalau kaolin perhatikan kebelakangan ini, orang yang dahulunya mengatakan bahawa tulisan beliau adalah sekadar untuk perbincangan Dan percambahan fikiran telah menunjukkan belang yang sebanarnya. Lihat sexual posting KM kebelakangan ini, beliau tidak lain hanya memaparkan isu 'pengkhianat' yang sebenarnya hanyalah tafsiran mereka.
3. Ringkasnya, apa saja yang ditulis oleh KM, maka akhirnya isu yang dibentangkan akan menghala kepada DSSK Dan juga TSPA. Maka, tidak perlulah kita bercerita sangat mengenai usbo kerana bukan itu niat 'KM'
Salam
BELUM PENDEKAR
Salam,
1.Saya memang amat bersetuju apa yang dikomen oleh saudara BP.Suatu ketika saya amat meminati cetusan minda saudara KM.Bagaimana pun sejak akhir2 ini tulisan KM mempunyai agenda sendiri untuk mengeritik TPA dan DSSK.Sepatut jika ada kelemahan kedu-dua pemimpin ini saudara KM sebaiknya menegur secara mebina dan bukan membunuh secara halus kepimpinan mereka atau meracun fikiran pembaca blog KM.Saya menegusr KM dengan ikhlas.Semoga pandangan saudara BP itu di ambil secara positif oleh saudara KM.Kembalilah ke asal visi dan misimu dalam blog ini.
Salam hormat.
Salam KM,
Sebenarnya UMNO itu satu dan bulat, hanya ahli-ahlinya sahaja yang mencorakkan segala isi kandungan dan isi perut UMNO itu sehinggakan bercabang-cabang dan penuh dgn ranting-ranting yg berduri...BERWASPADA LAH, jika hulubalang bijak mencongak dan mencaturkan diri UMNO itu, maka selamat lah semua yang bernaung dibawah limpahan payung UMNO tersebut..AMINNNNN, jika disebaliknya maka karam lah bathera UMNO itu sendiri ke dasar lautan.
Pertama sekali, kena mula dari diri sendiri. Jika ingin menjadi pemimpin, perwatakan diri dan segala yang berkaitan dengan diri mesti la baik dan tidak terlibat sebarang jenayah dan tidak ada rekod yang buruk. Hal ini kerana pemimpin akan menjadi role model kepada rakyat.
Tak baik kalau satu parti berpecah-belah. Kerjasama dan kesatuan diperlukan supaya dapat mencapai matlamat bersama.
Post a Comment