Thursday, October 21, 2010


setelah menunggu sekian lama iaitu selepas PRU 12 yang lepas, Keadaan politik di sabah hanya diselimuti oleh beberapa insiden ketidakaturan pemimpin parti pemerintah di negeri bayu ini. Nun di seberang laut china Selatan, Tanah besar semenanjung telahpun beberapa kali menyaksikan berlangsungnya beberapa PRK yang berkesudahan dengan kemenangan yang lebih memihak kepada PR. Di Sarawak PRK Sibu juga memperlihatkan satu bentuk gelombang baru kepada pendirian pengundi . Keyakinan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak bergoncang apabila kawasan Sibu lebih suka memilih pembangkang daripada parti pemerintah yang dikatakan banyak membawa pembangunan kepada mereka.

Akhirnya di Sabah, situasi politik mula berkocak dengan kematian Wakil rakyat Kawasan Batu Sapi dan ini membawa kepada PRK yang akan berlangsung selepas penamaan calon pada 26 Oktober ini. Kempen secara tidak langsung sudah pun bermula, walaupun senarai calon masih menjadi rahsia parti masing-masing. Namun tidak menghalang PKR mengeluarkan kenyataan bahawa calon mereka akan mencabar calon BN iaitu dari PBS. Manakala SAPP pula telah lebih awal memberikan kenyataan akan bertanding di Batu Sapi nanti.

Sekali lagi "sapi-sapi" politik akan berlegar di batu sapi dengan membawa pelbagai isu. Antara yang menjadi tumpuan ialah isu Pakatan Rakyat. Selain daripada pemberian Autonomi kepada Sabah jika PR memerintah, isu Tanah yang menjadi isu masyarakat setempat jufga dijangka akan menghangatkan kempen pilihanraya itu nanti.

Pakatan Rakyat dikhabarkan akan mengadakan satu perhimpunan pada 24 Oktober ini untuk menghimpunkan ribuan rakyat Sabah yang dikatakan menghadapi kemelut dan isu pengambilan tanah oleh Kerajaan. Tidak kurang juga yang gagal memperolehi pampasan akibat daripada langkah -langkah pembangunan yang dijalankan.

Jika bersandarkan kepada sentimen setempat Isu Tanah ini akan menjadi bahan kempen yang paling mendapat sambutan. Ini berikutan kerana masalah pengambilan tanah dan pemberian status tanah menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh ribuan penduduk di pantai timur. walapun pelbagai langkah diambil, termasuk mengadakan pertemuan dengan YDP Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin, namun masalah itu gagal diselesaikan oleh kerajaan Sabah secara "win-win situasion". Berikutan itu, jika benar bahawa sentimen masyarakat setempat ini menjadi kenyataan, maka satu lagi kubu kuat BN akan jatuh ke tangan PR. Pengundi Cina yang mewakili 32% akan menjadi "king maker" dalam PRK ini. Dan jika bersandarkan kepada situasi sindrom sokongan masyarakat Cina di semenanjung dan Sibu..adalah terlalu awal dikatakan bahawa undi Cina akan menyebelahi Pakatan Pembangkang.

Namun yang tidak harus diperkecilkan ialah kredibiliti Datuk Musa Aman selaku pengarah Pilihanraya bersama gandingan beliau Tan Sri Pairin Kitingan. Musa Aman dikatakan akan mempertahankan kemenangan BN di Batu Sapi walau bagaimana keadaan sekalipun, kerana ia akan melonjakkan popularitinya yang dilaporkan mula merudum setelah menghadapi pelbagai isu terutama melibatkan keyakinan parti-parti komponen BN di Sabah, selain dari pemimpin Umno sendiri. Apakah Musa Aman akan membiarkan Fixed Deposit BN ini akan berkubur? Pastinya tidak!.

Di satu pihak pula parti SAPP yang bertindak keluar dari BN semasa era Pak Lah, dilihat mengambil kesempatan ini untuk menjadi "hero' masyarakat Cina. Sekalipun mengetahui bahawa PKR akan meletakkan calonnya, namun SAPP tetap bertegas akan turut menyertai PRK ini. Jika ia menjadi kenyataan, maka PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru, dan seperti yang dikhabarkan oleh ramai pemerhati politik, jika keadaan ini berlaku , kemenangan kepada calon BN akan lebih cerah. Namun jika SAPP berkompromi dengan memberikan laluan kepada PKR, maka ramai juga yang meramalkan, BN akan dapat ditundukkan di Batu Sapi. PRK Batu Sapi, kata mereka akan menjadi PRK terakhir sebelum PRU 13 diadakan. Ia akan menjadi penanda aras kepada kekuatan BN Sabah. Sama ada BN Sabah akan kecundang pada PRU 13 atau PR akan memerintah Sabah, segala-galanya boleh ditafsirkan setelah PRK ini diumumkan keputusannya.

20 ulasan :

evan medhousky said...

juga menjadi penanda aras kepada SAPP setelah keluar dari BN, dan PKR setelah melalui laluan2 sukar dan keretakan diperingkat negeri mahupun nasional. satu pertemuan dan persaingan sengit yang sudah tentu menjadi tumpuan rakyat Sabah..

samm said...

PRK Batu Sapi ini akan melihatkan kekutan dan kemampuan parti-parti yang bertanding. masing-masing ada peluang untuk memenangi pertandingan ini. namun BN dilihat mempunyai lebih peluang kerana Batu Sapi memang merupakan kawasan kuat BN.

Sanih Alias said...

Salam kepada KM,

memang PRK batu sapi ini sangat hangat sekarang di Negeri Bawah Bayu ini. Memang pelbagai janji manis telah diberikan oleh pembangkang. Memang janji manis akan keluar dekat Pilihanraya seperti sekarang. seperti Pembangkang mengatakan, Autonomi kepada Sabah jika PR memerintah, isu Tanah yang menjadi isu masyarakat setempat juga dijangka akan menghangatkan.

Bujang Senang said...

Isu tanah di Sabah, memang akan dibangkitkan oleh pembangkang untuk tujuan menarik ramai penggundi. tapi adakah ini hanya dimulut saja. mungkin jugakan para rakyat. Jadi para rakyat yang rasa was-was dengan semua ini diharapkan berhati-hati dijalan pembangkang. Janganlah mudah dihasut dengan janji-janji manis mereka.

Hamdan Hadillah said...

Kita sangat menantikan siapa yang akan menang dalam PRK batu sapi ini. Tidakkah akan berlaku seperti di Sibu sarawak yang telah di menangi oleh PKR. Tapi kita tidak perlu risau, PKR tidak akan dapat berbuat demikian di Sabah kerana pasti rakyat sabah lebih memilih mereka yang telah berjuang untuk mereka.

mandau said...

dalam piliharaya ini, satu pertempuran sengit akan berlangsung melibatkan 3 parti iaitu BN, PR dan SAPP.

Anak Sabah said...

Tidak dinafikan bahawa PKR berjaya menang beberapa PRK sebelum ini, kita tengoklah bagaimana dengan PRK Batu Sapi kali ini.

Anak Sabah said...

Biar rakyat saja yang menentukan kemenangan sebuah parti. Tidak kira apa jua keputusannya, itulah pilihan raykat dan saya berharap itu juga apa yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi.

onong said...

Masidi sudah membuat kenyataan bahawa kerajaan bersedia untuk menjawab segala soalan yang dilontarkan.

madd said...

bila dalam suasana pilihanraya macam-macam isu yang akan timbul..apa pun setiap parti ada strategi masing-masing untuk mendapatkan sokongan..yang penting cara untuk mendapatkan sokongan itu perlulah adil dan bersih...

Unknown said...

Tidak dinafikan bahawa penulisan suatu pihak walaupun secara kasarnya berbaur neutral, namun jika diteliti isi tersiratnya kita boleh nampak ke mana arahnya. Tapi itu cuma persepsi sendiri. Sama juga dengan persepsi penulis. Masing2 mempunyai pendapatnya sendiri. Oleh itu, saya harap, pengundi akan mengundi berdasarkan akal fikiran sendiri.

Logop said...

Rasa-rasanya siapa akan menang pilihan raya batu sapi ini?

Logop said...

Semoga calon yang terbaik akan menang pilihan raya tersebut.

Ezef said...

It is.Too many confrontations. Interventions by the opposition parties are highly unbearable.

Unknown said...

Terdapat pelbagai isu lapuk yang akan dibentangkan oleh pembangkang. Bersiap sedia la.

Velove said...

Terlalu banyak isu yang akan diungkai.

Nemia said...

I bet PTI issue is the hottest topic to be talked about.

Bi said...

Good for Batu Sapi All are now spot to them, and hopefully the more development in the future.

getah lastik said...

pembangkang pecah,bn solid, so d winner is bn.

Mohd Ishak said...

BN menang akhirnya.