keyakinan saya begitu menebal bahawa skandal video seks yang dikatakan melibatkan DSAI selaku ketua pembangkang adalah sati konspirasi jahat yang jijik dan didalangi oleh orang-orang tertentu yang ingin menjahanamkan politik pencetus gerakan reformasi itu. Saya berpendirian sedemikian apabila melihat dan menonton sedutan awal yang dipostkan melalui youtube kelmarin. Dalam soal menegakkan kebenaran dan menjaga air muka orang lain dari dipalitkan dengan fitnah dan noda, kita mengenepikan soal tuntutan ideologi politik. Kita sebelum ini tidak menunjukkan jari kepada sesiapa yang membuat angkara durja itu. tetapi yang kita kesalkan ialah bagaimana orang melayu yang ditafsirkan dalam perlembagaan sebagai orang islam tergamak mendedahkan video seks sebegitu rupa dan berusaha mengaibkan orang lain. Soalnya bukan DSAI, tetapi umat Melayu dan Umat Islam.
Sesiapapun yang mendalangi pendedahan video seks ini tentunya tidak kita dapat merelakan perbuatan terkutuk itu. Jika benarpun itu adalah DSAI, maka ia tidak harus didedahkan sehingga memalukan seluruh keluarga dan umat Islam di negara ini. Walaupun pada dasarnya saya berkeyakinan lebih 100% bahawa pelakon dalam skandal video seks itu bukannya DSAI berdasarkan gerak hati dan penelitian saya. Wajah bukan sahaja boleh dimekapkan, bahkan terlalu banyak persoalan yang tergantung termasuk kenapa perlu merakam video itu dalam keadaan hitam putih? Bukankah teknologi sekarang akan lebih jelas jika dirakam dalam keadaan berwarna. Selain dari gaya dan lenggok 'pelakon' seks itu jauh dari gerak dan lenggok badan ketua pembangkang itu.
Seperti yang dikatakan oleh media luar negara bahawa skandal video seks ini dilihat memberikan kesan besar dalam politik DSAI. Sokongan rakyat dijangka akan menjadi gelombang yang maha besar sehingga meruntuhkan pihak pemerintah. Saya lebih suka jika pihak pemerintah memberikan pendirian yang telus dan berada ditengah-tengah mengenai hal ini. Bukan sekadar ingin menyokong tentang ketulenan video itu. Apakah kaitan dengan ketulenan rakaman video dengan tulennya pelakon seks itu?
Rakyat yang berada dalam zon non partisan akan menumpahkan belas kesaihan mereka kepada DSAI yang dilihat tidak putus-putus disusahkan oleh peihak lawan dengan berbagai skandal seks yang memalukan. Asas dan sebabnya ialah kerana DSAI dikatakan satu-satunya tokoh paling berprestij untuk menganggu gugat pucuk pimpinan pihak pemerintah. Tidak ada tokoh paling besar dan licik percaturan politiknya selian dari DSAI hatta Tok Guru Nik Aziz sekalipun. Kerana itu DSAI dilihat punya kepakaran memanipulasi sokongan rakyat peringkat anak-anak muda untuk menggerakan satu gerombolan besar dan gerakan reformasi yang tidak putus-putus dilaungkan. DSAI di mata anak-anak muda adalah pejuang yang tegar, berpendirian, dan berani merlangkaui pemimpin sedia ada. Justeru itu pada hemat saya . bawakan apa saja cerita panas dan aibkan semampu yang boleh, reka skandal sebanyak mana, keatas DSAI dan kelurganya,namun iatu tidak akan mematikan sokongan kepadanya. Seperti yang selalu dikatakan oleh DSAI, "lawan tetap lawan".
Adalah lebih berhemah jika pihak lawan memikirkan untuk menyaingi kemaraan politik DSAI itu pada pentas padang yang rata dan luas. Buktikan kemampuan masing-masing. Soal perancanganm, soal penghujahan, soal pengambilberatan tentang kebajikan rakyat. Jika itu dapat dilakukan, sekalipun kalah namun kekalahan itu adalah kekalahan yang bermaruah dan tercatit dalam sejarah politik tanahair bahawa negara ini mengalami proses kematangan yang cukup mendewasakan.
2 ulasan :
Beginilah bila moral sudah tidak lagi penting sebagai pre syarat seseorang pemimpin.
Layari website "Blog Mik". Dapat ditonoton filem video seks ini dari babak satu hingga ke episod akhir. Tanpa di tapis.
KM tidak perlu emosi dan marah kepada penyebarnya. Penyebar rasa sudah puas hati keranan video ini dapat ditonton orang ramai.
Seharusnya kelapa Mawar, sarankan pandangan berupa nasihat atau alternatif yg terbaik. Dan KM tidak perlu terikut ikut, marah dengan penyebar, lantaran marah dengan Kerajaan.
Tidak akan rugi jika buat ulasan tentang video ini secara berhema.
Tiada keuntungan jika buat ulasan sehingga marah marah dengan pihak kerajaan. Melenting kepada penyebar.
Kelapa Mawar wajib tampilkan ulasan yang matang. Jika KM diposisi pemimpin demikian, sememangnya banyak juga fenomina fitnah. Inilah ragam dalam arena politik. kalau tidak bukan ahli politik. Mungkin arena betitik.
Ketentuan Dosa atau PAHALA, kepada mereka yang penyebar atau individu yang sebagai pelakon, ditangan yang MAHAKUASA RABUL ALAMIN.
Post a Comment