Thursday, April 7, 2011


Setelah selesai proses penamaan calon, kita rakyat Sabah begitu terkejut dengan polarisasi politik yang berlaku di Sarawak terutama melibatkan parti pembakang SNAP dan PAKATAN RAKYAT. Apa tidaknya sebelum, pembubaran DUN Sarawak, ketua umum Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa Pembangkang akan meletakkan calon satu lawan satu pada PRN Sarawak nanti. Namun setelah selesai proses penamaan calon semalam, niat dan tekad itu nyata melencong setelah lebih 40 kawasan di tandingi oleh sekurang-kurangnya 3 hingga 6 penjuru melibatkan parti SNAP dan PAKATAN RAKYAT serta calon BN sendiri.


Walaupun DSAI tahu dan sangat mengetahui bahawa hanya dengan strategi satu lawan satu akan memberikan kelebihan sokongan kepada Pembangkang, namun kerana masing-masing mahukan 'kuasa' sehingga mengenepikan matlamat asal untuk menidakkan kemennagan lkebih 2/3 BN Sarawak pada PRN ke 10 ini, akhirnya institusi parti pembangkang 'gagal' menjadi pencabar terdekat buat BN. Sekaligus ini menjadikan BN lebih selesa dan mampu mengekalkan majoriti DUN nanti.

Kesilapan PKR,DAP,PAS dan SNAP ini seharusnya dijadikan post mortem utama ketika pengumuman keputusan PRN Sarawak Nanti. Ini adalah untuk memudahkan pihak pembangkang sendiri untuk mencari formula keramat buat Sabah ,jiran Sarawak yang selalu diwar-warkan sebagai fixed deposit buat BN.

Walaupun senario politik di Sarawak nyata begitu lebar jurang beza dengan di Sabah, namun ketiadaan parti pembangkang tempatan yang kuat selain dari SAPP akan menguburkan niat PR untuk menguasai Sabah. Kelemahan serta keretakan hubungan diantara parti-parti komponen di Sabah terutama melibatkan sokongan moral kepada Musa Aman dilihat tidak akan memberikan kelebihan buat PR di Sabah, kerana dijangka apabila PRU 13 semakin dekat segala perselisihan faham antara parti-parti komponen BN Sabah ini akan menemui jalan penyelesaiannya.

Justeru itu adalah merupakan satu penagajaran besar buat Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku di sarawak kini, jika tidak pasti PR akan sekali lagi menggigit jari untuk menunaikan apa yang termaktub dalam Buku Jingga lakaran mimpi politik mereka.

0 ulasan :