Dua isu paling dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa NCR telahpun lama dibatalkan.
Pemilikkan Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh dimanipulasikan. Lihat kenyataan Media ini :
KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:
“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).
“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
19 ulasan :
Memang tidak dinafikan wujud pemberian Sijil Anak Negeri Sabah kepada bukan Anak Negeri melalui jalan songsang. Inilah antara yang menjadi punca tanah adat dan tanah yang berstatus Anak Negeri NT terlepas kepada bukan Anak Negeri yang dengan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan atau membeli Sijil Anak Negeri tanpa melalui prosedur yang ditetapkan menurut undang-undang.
Ini merupakan masalah besar yang perlu ditangani segera kerana bimbang mereka yang telah mendapat status Anak Negeri ini akan mengambil kesempatan merampas hak dan keistimewaan Bumiputera Sabah yang termaktub dalam perlembagaan negeri dan persekutuan.
siji anak negeri hnyalah untuk anak asli Sabah sahaja, bukan anak asli tidak boleh memilikinya.
sebelum keluarkan sijil tersebut, kena pasti mereka benar2 anak asli Sabah.
Salam Kelapa Mawar,
Keputusan yg dibuat kerajaan terdahulu untuk tidak lagi mengeluarkan sijil ini adalah keputusan yg betul..
Banyak betul orang mengambil kesempatan untuk dapatkan sijil ini dulu, yg bukan anak negeri pun boleh jadi anak negeri....
Tengok saja kes Jimmy Wong ini, sudah ketara bukan anak negeri, masih lagi mahu menegakkan benang yang basah...
Ini untuk memastikan hak sebagai seorang anak tempatan sendiri.
Kita harap masalah ini akan dapat diterangkan lebih kepentingan mengenai Perkara ini.
Kami adalah anak jati KDM di Sabah bukannya orang yang bukan tapi masih ingin mengaku jadi Sino.
I don't know why Jimmy insists to say he is a native.
For whatever reason, I think Jimmy should just back off.
I have one question. Why one of the assemblymen proposed to make Arab as one of the Bumis in Sabah? Totally B.S.
Native cert is for those eligible ones.
Kenapa baru sekarang Jimmy Wong didapati tidak layak dapat status Anak Negeri? Bagaimana dengan segala keistimewaan yang beliau dapat selama ini? Tidak adil!
Mereka yang telah mendapat status Anak Negeri tapi sebenarnya tidak layak, lebih baik tampilkan diri. Patut dikenakan tindakan ke atas mereka yang menipu status untuk kepentingan diri.
Sabah Chief Minister responds to allegations
KOTA KINABALU: Sabah Chief Minister Datuk Seri PangIima Musa Hj Aman puts it on record once again that he has no business association whatsoever with an individual named Michael Chia.
"I deny all these allegations. I have no business relationship with this person," he said in a statement today. Musa said these allegations are trumped up by his political opponents and desperate individuals who will resort to anything to gain political mileage especially since election is around the corner. "It is unfortunate that there are people out there who will keep using recycled allegations to get to the top when election is near. The people of Sabah can decide on my track record. Not faceless and nameless people who use blogs to serve their political interest." Musa said he would give his full cooperation to the authorities if needed but in the meantime his responsibility is to ensure the well being and development of Sabah. Musa said he did not have the time to refute these frivolous allegations adding that his first priority was to serve the people of Sabah and administer a state.
memang tamaha ba si Jimmy Wong ni.. kalau dia jadi KM Sabah, habis semua kerabat2nya dia bagi sijil anak negeri..
Untuk mendapatkan sijil anak negeri seseorang harus mempunyai kelayakan selaras dgn peruntukan dibawah Ordinan tafsiran anak negeri. Sehubungan itu pihak berkuasa harus menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya perkara tersebut agar ia tidak berulang dimasa akan datang.
Saya ialah sino kadazan, saya dilahirkan di semenanjung tetapi membesar di sabah lebih dari 20 tahun. Bapa saya org KL sungai buloh Dan ibu saya ialah sabah penampang. Bolehkah saya memohon untuk memdapatkan keistimewaan bumiputera? Apa yg perlu saya lakukan?
Mau tanya cmana proses untujk membuat sijil anak negeri saya sino runggus lahir di sabah ibu saya yang runggus ?
Post a Comment