Thursday, March 22, 2012


Walaupun dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud yang diadakan pada Hari Jumaat minggu lepas tidak langsung menyebut nama Datin Saidatul Badru, kakak kepada Datuk Salleh Tun Said dalam penyenaraian calon pilihan UMNO Bahagian itu pada PRU 13 akan datang, NAMUN dari sumber primer politik 'membisikkan' bahawa Datin Saidatul mengakui sendiri akan bertanding di kawasan Parlimen P169. Cuma yang tidak pastinya ialah atas TIKET apa? Walaupun sebelum ini Datin Saidatul Badru pernah memenangi pemilihan G7 UMNO KB sekembalinya ke pangkuan parti itu setelah sekian lama berkelana dalam parti PKR,namun sekiranya Datin Saida bertanding di Parlimen, bermakna cadangan penyenaraian calon oleh UMNO KB itu sebenarnya hanya bermatlamat 'meredakan' ketegangan di kalangan AJK Bahagian yang mahukan calon yang banyak menyumbangkan bakti kepada Parti berkenaan di KB.

Sepekara yang perlu diingat ialah walaupun UMNO KB telah menyenarikan calon pilihan mereka, namun kepedulian UMNO Negeri dan UMNO Pusat sangat besar kemutlakannya untuk menentukan Siapa bakal Calon pilihan yang tepat dan boleh menang. Kini semakin dekat PRU 13 ibi, medan lobi melobi masih berjalan.Justeru apakah akan termakbul hasrat Datin Saida untuk bertanding dalam parlimen KB atau tidak, masih terlalu awal untuk disimpulkan.Besar kemungkinan jika tercapai, akan berlaku sabotaj di kalangan ahli UMNO KB ,bahkan di kalangan AJK bahagian kerana nama calon yang mereka cadangkan tidak diambil penduli. Ketua Menteri Sabah selaku pemutus lebih sentiasa berwaspada jika mahukan kemenangan UMNO  yang bersinambungan di Kota Belud.

Sebagai rekod, Jawatan terakhir Datin Saidatul Badru dalam PKR ialah Naib Presiden. Datin Saida pernah bertanding pada PRU 2004 di N 12 Karambunai dalam Parlimen Sepanggar atas tiket PKR dalam satu lawan satu dengan calon BN Jainab Ahmad. Dalam Pertandingan itu, Datin Saidatul Badru tewas dengan  memperolehi undi 3834,manakala Jainab memperolehi undi 6360. 

Pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud Jumaat lepas menyenaraikan calon-calon berikut bagai Parlimen P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan (Penyandang), Sdr Awadnir Matanggal ( Timbalan ketua Bahagian UMNO KB), Sdr Roslan Hj. Manshor ( AJK Biro Pendidikan UMNO KB)  Sdr Tungking ( OKK) dan Sdr Marali Adim.

Desas desus sebelum ini menyatakan bahawa Datuk Rahman Dahlan tidak akan dicalonkan semula di KB. Bermakna kepimpinan UMNO KB mempunyai 4 pilihan lagi seperti yang diputusan dalam mesyuarat berkenaan.

6 ulasan :

Anonymous said...

jika benar ddia bertanding, moga dia akan mendapat sokongan.

TuhauBam said...

tunggu saja mengumuman rasmi calon2 yang dipertandingkan.

Hamdan Hadillah said...

Mengenai calon yang terbaik rasanya itu terpulang dengan mereka yang mampu melakukan kerja dengan sebaiknya.

Anonymous said...

Tunggu dan lihat. Itu saja mampu dibuat.

Anonymous said...

Berharap merek yang bertanding jelas dengan perjuangan sebenar. Ini bukan tiket untuk tebalkan kocek.

nickko said...

jangan terlalu ikutkan nafsu.. lihat dulu penerimaan rakyat sekeliling..