Sunday, March 18, 2012



Kenyataan Datuk Salleh Tun Said dalam majlis Konvensyen Media Sosial di UMS, dua hari lepas bahawa sebenarnya Hak-hak sabah yang cuba diperjuangkan oleh pihak tertentu dalam politik menjelang PRU 13 ini kononnya dirampas oleh Kuala Lumpur adalah tidak benar sama sekali. Mantan Ketua Menteri Sabah itu 'mengejutkan' para hadirin yangt hadir apabila mendakwa bahawa pemimpin Sabah terdahulu yang beri dan serahkan kepada Kuala Lumpur. Timbalan pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan itu turut mendakwa royalti minyak 5 peratus yang dikatakan diberikan kepada Sabah adalah sebenarnya atas persetujuan bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri pada waktu itu. Maka "Hak-Hak Sabah tiada yang diambil..yang sebenarnya KITA YANG BERI, KITA YANG SERAHKAN DAN TENTANG ROYALTI MINYAK..kita yang bersetuju lima persen atas persetujuan kedua belah pihak.." katanya semasa ucapan penggulungan konvensyen yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang itu sehingga mewujudkan lautan Biru kerana rata-rata peserta memakai pakaian biru.

Kenyataan Datuk Salleh ini dianggap 'membuka pekung di dada" BN dan UMNO di Sabah kerana memberi gambaran bahawa Kuala Lumpur yakni kerajaan Pusat tidak pernah berlaku adil kjepada rakyat Sabah, meskipun sudah beberapa kali desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mengenai perkara ini. Isu royalti minyak bukan sahaja diperjuangkan oleh Tun Mustapha berikutan layanan 'tidak' adil itu tetapi juga pernah disuarakan oleh PBS, namun tidak mendapat persetujuan. Perjanjian royalti minyak itu disyorkan dikaji semula kerana nyata Sabah adalah negeri pengeluar minyak, namun 95% hasilnya diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Datuk Salleh juga dicabar supaya menamakan pemimpin-pemimpin Sabah yang dimaksudkanya telah menyerahkan hak-hak Sabah kepada kerajaan Pusat supaya satu bentuk jalan penyelesaian dapat dilakukan. Mungkin kenyataan ini ada benarnya kerana 'kerakusan' pemimpin terdahulu yang mahukan kuasa politik sehingga menggadai keistimewaan Sabah. Contoh paling ketara ialah penyerahan Pulau Labuan oleh Datuk Harris Salleh pada era pemerintahan parti BERJAYA telah membawa kepada kekalahan teruk parti itu ditangan PBS.

Setelah lebih 18 tahun UMNO berada di bumi Sabah, kerajaan Pusat bukan sahaja gagal mengembalikan hak-hak Sabah yang ternoda dek sikap sesetengah pemimpin Sabah yang rakus dan tamak kuasa tetapi juga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.



7 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Satu isu yang rumit kerana pada asasnya apa yang DSSK nyatakan itu ada kebenaran nya dari konteks sejarah...

Persoalan nya ada kah kesalahan yang telah dikenal pasti itu (kerana mungkin pada zaman itu pemimpin2 kita maseh belum lagi pakar dan belum berapa matang dalam hal2 perundangan dan strategi perundingan) akan kita (pemimpin bijak) kekalkan begitu saja? Atau perlu dirunding semula?

Impak kesilapan dalam perjanjian tersebut penyebabkan rakyat Sabah menjadi termiskin di Malaysia. Hak2 yang sepatutnya diurus sendiri oleh rakykat negeri ini kini ditadbirkan mengikut tunjuk ajar sifu dari KL?

Kesedaran yang diluahkan oleh DSSK itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh pemimpin2 negeri ini termasuk DSSK sendiri. Dengan itu, pemimpin2 disini (tanpa mengira fahaman politik) sepatutnya tekankan agar kajian semula dilakukan terhadap isu hak-hak Sabah yang diperkatakan sebagai tercicir dari landasan yang sepatutnya.
Kerana sebagai rakyat Sabah, ada lah juga tanggung kita semua untuk menentukan perjanjian tersebut memanafaatkan negeri ini... Bukan disebalik nya.

Contoh yang ketara ia lah kutipan kekal cukai dari negeri ini sebanyk lebih kurang RM30 billion itu sepatutnya dikembalikan kepada Sabah; sekurang2 nya 40% (RM 12 billion) demi untuk kegunaan (1) pembasmian kemiskinan (2) Menaikkan taraf infrastruktur asas (3) Program yang perlu untuk mengurangkan pangangguran.
RM 4 billion (seda ada) ada lah terlalu rendah untuk menangai semua ini.

Soal subsidi minyak saya tidak sentuhkan disini kerana ia nya bahan yang boleh pupus dan kemungkinan tidak berpanjangan.

Hal-hal yang lain sama lah kita fikirkan.

Salam Kelapa Mawar, semuga sukses

Hinamori said...

Kerajaan sentiasa berusaha berterusan untuk memastikan bahawa kehidupan rakyat Sabah adalah selesa dan membantu mereka yang masih dalam genggaman kemiskinan untuk memperbaiki diri mereka.

Anonymous said...

kesilapan dahulu haruslah diperbaiki dan Sabah harus berjuang dalam mendapatkan apa yang sepatutnya.

Bujang Senang said...

Mungkin boleh diterima pakai dengan apa yang DSSK katakan itu. Ini kerana kalau kita lihat pun memang pemimpin terdahulu yang salah dalam hal hak Sabah dan bukannya pemimpin sekarang. Yang sekarang mereka cuba untuk mempertahankan apa yang terbaik untuk rakyat. penduduk Sabah.

Anonymous said...

Jika berlaku penyelewengan dalam perjanjian royalti minyak, maka si pelaku itu yang harus disalahkan kerana tindakannya yang membawa kepada kesusahan Sabah. Sekarang rakyat yang bermati-matian mahukan kenaikan royalti minyak.

Anonymous said...

Tidak dinafikan segelintir pemimpin terdahulu rakus mengejar kuasa dan wang dan akhirnya rakyat yang menerima kesan negatifnya sehingga sekarang. Menjadi tanggugjawab pemimpin masa kini untuk perjuangkan semula hak2 yang di'lupa'kan selama ini.

evan medhousky said...

semua ini berlaku hanya setelah Sabah bergabung dengan persekutuan.. siapa yang bersetuju supaya Sabah bergabung membentuk Malaysia kalau bukan rakyat Sabah sendiri..