"keberanian' Najib memohon maaf kepada rakyat Kedah atas kesilapan lampau BN di negeri jelapang Padi negara itu diakui oleh banyak pihak sebagai sifat 'political budiman" yang harus dicontohi. Kelemahan serta kesilapan BN terutama UMNO di Kedah menjadi tajuk utama ucapan Najib ketika mengadakan lawatan di Kedah sebagai 'lawatan kempen' menjelang PRU 13.Rakyat Kedah tentu terharu dengan mohon maaf Najib itu serta janji-janji Najib akan kembali berada pada landasan yang betul apabila BN diberikan peluang untuk menerajui Kedah pada PRU 13.
Sebahagian ramai pemerhati politik di Sabah juga mengsyorkan supaya Najib 'memanjangkan' mohon maafnya itu kepada rakyat Sabah yang menjadi negeri termiskin di negara ini menurut laporan Bank Dunia. Permohonan maaf Najib itu atas alasan UMNO pada 1994 telah 'merampas' kuasa melalui cara tidak sopan dengan memancing beberapa wakil rakyat PBS untuk melompat sehingga kerajaan PBS yang dipilih rakyat Sabah tersungkur.
Kemudian selepas tragedi 'sulit' itu ,UMNO melalui janjinya "SABAH BARU" 'memukau' rakyat sabah dengan rancangan 100 harinya selepas memegang tampuk kuasa negeri. Janji BN dan UMNO itu 'gagal' dan rakyat Sabah sebaliknya menjadi pengemis di negeri sendiri dengan kehadiran PATI yang hampir menyamai bilangan penduduk asal di negeri di bawah bayu ini. Najib harus melebarkan tangannya 'menjunjung' maaf kepada rakyat Sabah dan segera menubuhkan RCI untuk mengatasi masalah PATI ini.
Skandal dan kes rampasan Tanah Adat di Sabah juga adalah angkara pihak-pihak tertentu yang berselindung di atas nama "sijil Anak negeri" yang dimanipulasi oleh golongan kaya. Malahan beberapa pemimpin UMNO di Sabah juga dikatakan terlibat dan ini gagal diatasi oleh kerajaan negeri di bawah UM
Pencabulan hak-hak dalam Borneosasi dan 20 perkara merangkumi hak royalti minyak, pegangan dalam jawatan kanan kerajaan dan beberapa lagi seperti Imigresen juga sepatutnya dilunaskan oleh UMNO dan BN . Najib menyedari perkara ini.Justeru perlu memohon maaf.
0 ulasan :
Post a Comment