Monday, March 26, 2012


Datuk Nasir Tun Sakaran, ADUN Senallang melahirkan kekecewaan apabila dalam setiap majlis yang dihadirinya dalam kawasan DUN SENALLANG terdapat rakyat yang membuat protes dengan menaikkan bendera Parti pembangkang terutama bendera PKR. Rasa tidak puas hati rakyat itu berikutan, sikap Datuk Nasir sendiri yang dikatakan sekali-sekala turun padang hanya apabila ada majlis yang diadakan.Kawasan Pengkalangan yang terletak berhampiran dengan kampung Pokas yang dilawati baru-baru ini oleh Nasir kerana merasmikan pembukaan balairaya baru berkata bahawa 'menaikkan bendara pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menunjukkan seolah-olah kerajaan dan parti yang memerintah.Semacam ada kekhuatiran Nasir di saat menjelang PRU 13 ini.

Sebelum ini dikhabarkan ketika mengadakan lawatan di Kg Tampi-Tampi, insiden menaikkan bendara pembangkang juga turut berlaku ketika Nasir berucap.Begitu juga ketika menemui rakyat di Masjid Nur Salam, Kg Menteritip,Pegagau, tahun lepas,Datuk Nasir  yang datang menemui masyarakat kampung adalah semata-mata 'memujuk' untuk menyertai skim pajakan SLDB .    Dari Blog  Sdr Arshad Hussin menukilkan berikut:

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan rakyat negeri ini sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi kaum dan bermuafakat menyelesaikan masalah dalam kampong dengan semangat perpaduan sesama kaum demi keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Katanya,sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk boleh membawa kerugian kepada diri sendiri dan masyarakat kampong. 

Nasir berkata, sikap sesetengah penduduk yang kekadang suka merajuk dengan menaikkan bendera pembangkang apabila mendepani masalah dalaman dalam pentadbiran kampong bukanlah tindakan yang bijak malah menggambarkan pemikiran yang cetek dan kurang matang. “ Apapun masalah dalam kampung hendaklah diselesaikan dengan cara bermuafakat dan bukannya sikit-sikit merajuk dan mengibarkan bendera pembangkang seolah-olah menyalahkan parti dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada rakyat,” kata Nasir.

 Beliau menegaskan,apa pun permasalahan dalam kampong hendaklah diselesaikan secara bermuafakat dan bukannya membawa perasaan menunjukkan keegoan yang akhirnya merugikan diri sendiri dan keluarga. Nasir menjelaskan,kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan menyandarkan harapan kepada segenapan lapisan masyarakat bersatupadu memberi sokongan mantap kepada pemimpin-pemimpin peringkat kampong bagi menjana transformasi pembangunan sesebuah kampong. Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian balairaya Kampung Pakalangan dekat sini.


 Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Kampung Pakalangan,Johari Lumtunani;Pengerusi JKKK,Muhammad Abd Ghafar;AJK Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Abd.Malik Tahir dan kakitangan UPKR Dun Senallang. Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,mengingatkan penduduk kampung sentiasa bermuhasabah diri dengan mengenang sejarah pahit manis kehidupan semasa berada dalam kerajaan pembangkang. Menurut beliau,walaupun situasi itu telah lama berlalu namun ianya hendaklah dijadikan sempadan supaya tidak berulang kerana kehidupan dalam kerajaan Barisan Nasional hari ini telah banyak membawa perubahan pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat negeri ini. 

Katanya,tuduhan sesetengah pihak yang menafikan pembangunan di daerah itu menunjukkan mereka tidak mensyukuri nikmat pembangunan dan tidak berterima kasih kepada pejuang bangsa serta pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang tulus ikhlas membela nasib rakyat marhaen. “ Setiap warga hendaklah sentiasa mengingat sejarah untuk dijadikan sempadan dan pemangkin kea rah perjuangan serta menjana pembangunan berterusan,” kata Nasir. Nasir berkata,keadaan pembangunan daerah itu kini berbanding beberapa dekad lalu sudah lama berubah dengan pelbagai pembangunan yang disalurkan kerajaan termasuklah pengwujudan Pangkalan Tentera TLDM yang telah menjana keselamatan kepada sempadan perairan Negara yang telah memungkinkan golongan nelayan merasa selesa dan aman mencari nafkah di laut tanpa gangguan lanun. Selain itu kerajaan juga telah membangunkan pelbagai prasarana pendidikan,kesihatan dan perhubungan jalanraya yang telah memberikan manfaat kepada penduduk daerah itu. Sehubungan itu Dato Sri Nasir,mengingatkan semua ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK lebih menghargai sumbangan kerajaan yang telah menaikkan elaun mereka dengan memberikan perkhidmatan yang lebih tulus membantu masyarakat kampung

8 ulasan :

Anonymous said...

itu hnylah mainan psikologi dari pembangkang, Bn tak perlu terpangaruh sangat, teruskan usaha dalam mendapatkan sokongan rakyat.

TuhauBam said...

Macam2 gimik2 politik.

Anonymous said...

Setuju dengan ferlo. Sekarang ni setiap parti pasang strategi masing2. Sebagai pemimpin lama, Dtk Nasir tidak perlu gentar apabila rakyat naikkan bendera. Malah beliau sepatutnya berusaha lebih untuk dapatkan semula kepercayaan rakyat.

Unknown said...

Jadi Datuk perlu mendengar masalah mereka mengenai protes yang berlaku itu.

Unknown said...

Inilah dia politik. Pelbagai masalah tidak dapat kita jangkakan. Apatah lagi pendapat dan pandangan penduduk sendiri. Kerana kita tidak tahu akan apa yang mereka inginkan sebenarnya.

Hamdan Hadillah said...

Pasang bendera pembangkang tidak akan menggugat sokongan rakyat terhadap kerajaan juga. Yang pasti jika kerajaan telah melakukan yang terbaik pasti akan dapat balasan daripada rakyat.

evan medhousky said...

jika pemimpin pembangkang yang berucap atau membuat lawatan, kemudian ada rakyat yang menaikkan bendera umno, pasti dituduhnya didalangi oleh pemimpin politik umno..

Senallang said...

p sana jauh2...DUN Senallang terguris sudah hati durang..time PRU jak ni baru ko datang bagi baras sama tangki..masalah durang tidak parnah ko mau dangar..pigi luar nagara jak karja ko..buduh!!!