Tuesday, March 27, 2012


Tindakan ADUN SENALLANG SEMPORNA, Datuk Nasir Sakaran yang mempertahankan tindakannya membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan kelahiran lewat kanak-kanak sejumlah 40,000 orang di DUN berkenaan mendapat reaksi pelbagai pihak. Di saat RCI masih belum berketentuan, sewajarnya tindakan berkaitan dengan isu kewarganegaraan ini harus dipandang berat oleh semua pemimpin politik termasuk Datuk Nasir.Antara yang begitu terasa ialah menteri Luar Datuk Anifah Aman seperti yang  dialporkan media:



MENTERI Luar, Datuk Anifah Aman meminta supaya gerakan untuk memberi sijil lahir lewat dan mykad kepada 40,000 kanak-kanak di Senallang, Semporna dihentikan sehingga kesahihan kanak-kanak terbabit diperiksa dan ditentusahkan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi menghalang rakyat Sabah menjadi pelarian di negara sendiri dan melindungi kedaulatan negara.

"Sebagai rakyat Sabah, saya sangat kecewa membaca laporan akhbar tempatan berhubung 40,000 kanak-kanak di Senallang yang tidak mempunyai dokumen Malaysia," katanya.

Menurutnya, jumlah yang besar itu datangnya dari satu kawasan sahaja dan siapa tahu mungkin di kawasan lain juga mengemukakan 20,000 atau 30,000 orang menghadapi masalah yang serupa.

"Kenapa masalah ini timbul sekarang?".

"Sebagai Menteri Luar, perkara seperti ini tidak harus diambil mudah dan dilihat sebagai remeh. Ini perkara serius dan membabitkan kedaulatan negara dan Sabah," katanya sebagai mengulas laporan akhbar tempatan mengenai isu tersebut.

Beliau menegaskan, "itulah sebabnya kenapa saya meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan di Sabah untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas 40,000 orang ini untuk menentusahkan sama ada mereka layak diberikan dokumen Malaysia."

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mempertahankan gerakan yang sedang berjalan itu untuk memberikan 40,000 sijil lahir lewat di Senallang, yang diwakilinya kerana menghadapi kritikan pelbagai pihak di Sabah.

Menurut Adun Senallang itu, gerakan itu dilakukan dengan kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah kementeriannya.

Anifah berkata, isu serius ini bukan sahaja masalah di Senallang atau Semporna dan bukan juga membabitkan Sabah sahaja tetapi ia adalah masalah negara.

"Sebagai Menteri Luar, saya melihat masalah ini sangat serius kerana ia mungkin menjejaskan kedaulatan negara," tegasnya.

9 ulasan :

Anonymous said...

sebelum pendaftran kena pastikan merrka yang tidak ada sijil lahir itu benar2 anak tempatan atau tidak. jgn hingga pati yang mendapt sijil lahir.

TuhauBam said...

Government must conduct a thorough investigation before issuing birth certificates or identification documents to those 40,000 people in Semporna.

TuhauBam said...

I think the authorities need to seriously handle the issue. Datuk Welfred statement really make sense. I hope Federal govt should now seriously announce the setting up of the RCI.

Anonymous said...

Usah menidakkan realiti yang berlaku di depan mata. Keperluan untuk menubuhkan RCI lebih penting sekarang dan dengan mudah pula Kementerian meluluskan gerakan ini? Lebih berterus-terang dengan rakyat Sabah apa sebenarnya pendirian Kerajaan Persekutuan.

UPKO sendiri telah memberikan TOR dan mencadangkan individu yang sesuai untuk mengendalikan RCI ini. Berapa lama lagi rakyat Sabah kena tunggu?

Anonymous said...

JPN kena lebih teliti dalam menguruskan hal ini kerana banyak PATI yang ingin ambil kesempatan dalam kesempitan. Gerakan ini juga telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat Sabah sendiri. Media juga meng'highlight'kan isu ini. Oleh itu, JPN kena kotakan janji mereka agar untuk lebih telus dan berhati-hati menguruskan gerakan ini.

Unknown said...

Batahan demi bantahan berlaku mengenai pendaftaran sijil lahir yang lewat ini.

Unknown said...

Kita percaya bantahan ini ada kebaikkannya juga. Harap JPN akan menghentikan pemberian sijil lahir yang lewat ini.

Hamdan Hadillah said...

Kita dengar pelbagai bantahan mengenai perkara ini. Namun kita harap JPN akan membuat keputusan yang terbaik kepada semua.

evan medhousky said...

memandangkan ada pihak yang membantah dan ada juga pihak yang mahu program ini diteruskan, bukankah lebih baik jika pihak yang membantah ini turut serta dalam program ini dan bertindak sebagai badan pemantau untuk mengawasi perjalanan program ini agar pihak JPN tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendaftarkan PATI??