Monday, March 5, 2012



Timbalan menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang sebelum ini 'menggemparkan' politik Sabah dengan tindakannya berucap di Majlis Sambutan Krismas pemimpin Pembangkang di Kuala Penyu, bersetuju supaya lebih ramai anak tempatan seharusnya diberikan peluang dalam Projek Terminal Minyak dan  Gas Sabah (SOGT) di Kimanis.


Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID 


Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), yang dibangunkan oleh Petronas di Kimanis akan menjadi nadi kepada pembangunan negeri ini. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata projek itu, bukan sahaja dapat dinikmati oleh masyarakat di sekitar Kimanis, namun akan memberikan impak yang positif kepada daerah berdekatan termasuk daerah Beaufort . 

Menurut beliau projek tersebut bukan sahaja menggalakkan industri petroleum di negeri itu, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain kerja kontrak. 

Bagaimanapun, beliau bersependapat dengan pandangan beberapa orang pemimpin politik di negeri ini yang diutarakan sebelum ini; agar lebih ramai rakyat tempatan diberikan peluang untuk menikmati kemajuan melalui peluang kepada usahawan baru yang ada hubung kait dengan industri gas dan minyak. 

"Dengan perkembangan ini, secara langsung, akan membawa kemajuan kepada negeri Sabah di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya rakyat Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort, Hajah Johair Matlani bersama suaminya Jawarin Nasar yang juga Pegawai khas Pembangunan Parlimen Beaufort. 

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, berkata demikian ketika diminta mengulas impak dari perlaksanaan projek (SOGT) di Kimanis kepada daerah-daerah berdekatan termasuklah di kawasan Parlimen Beaufort yang beliau wakili. 

Menurut Lajim, dengan kewujudan projek itu di sini, bukan sahaja pekan Kimanis akan mula menerima pembangunan, malah akan memberikan banyak peluang peningkatan ekonomi dalam usaha menaiktaraf kehidupan rakyat. 

“Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan untuk direbut oleh golongan belia termasuk peluang untuk memulakan atau menjalankan perniagaan akan terbuka luas kepada rakyat setempat dan sekitarnya,” tambah Lajim. 

Mengulas kritikan parti pembangkang mengenai kedatangan Petronas ke Sabah, Lajim berkata, kritikan mereka (pembangkang) tidak membena dan tidak berasas sama sekali. 

Menurut Lajim, mereka (pembangkang) hanya meletakkan kehadiran Petronas sebagai merampas hak anak negeri walhal kehadiran Peronas ke negeri ini terutamanya dalam projek cari gali memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan dan juga pelaburan yang dilaksanakan . 

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang yang ada terutamanya dalam industri yang dibangunkan oleh Petronas di negeri ini dan meminta Petronas membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk khususnya golongan muda untuk terlibat dalam industri yang sedang dan akan dimajukan oleh Petronas. 

Tambah Lajim, Petronas perlu melaksanakan program latihan seawal yang mungkin iaitu sementara SOGT sedang dibina bagi melatih tenaga mahir tempatan untuk diserapakan sebagai kakitangan dalam syarikat mereka. 

"Jika mereka tidak ada pengalaman dan kelayakan, tentu sekali mereka tidak boleh bekerja dengan Petronas dan pekerja-pekerja terpaksa diimport dan dibawa dari negeri lain. Keadaan ini menyebabkan kita semua kecewa kerana segala kekayaan dan peluang pekerjaan akan jatuh di tangan orang lain,” jelas Lajim.

21 ulasan :

Anonymous said...

penduduk tempatan mmg seharusnya mendapat manfaat daripada SOGT. projek ini adalah untuk membantu penduduk Sabah.

Anonymous said...

dgn projek ini, pasti Sabah akan makin maju dan membangun.

Green Sabah said...

Agree with Datuk Lajim Ukin that more of our local youth's should be given chances in the SOGT project. This can help our state go forwards to a more developed nation if our people are able to gain high income jobs.

Green Sabah said...

It can bring positive outcome for Kimanis as well as those surrounding areas, I'm sure the developments there will be improved as well.

Sanih Alias said...

Itu yang kita mahukan..Diberikan lebih banyak peluang untuk penduduk Sabah sendiri dalam SOGT kimanis akan datang.

Sanih Alias said...

Ini bagi memastikan penduduk Sabah dapat menikmati pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas.

Kris Jr said...

Salam,
Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

Anonymous said...

"Petronas perlu melaksanakan program latihan seawal yang mungkin iaitu sementara SOGT sedang dibina bagi melatih tenaga mahir tempatan untuk diserapakan sebagai kakitangan dalam syarikat mereka."

Memang ini yang sewajarnya dilakukan oleh Petronas. SOGT akan lebih bermakna jika orang Sabah sendiri boleh menyumbang tenaga ke atas projek ini.

Nemia said...

Locals should be prioritized.

onong said...

Berilah peluang yang setaraf dengan orang tempatan.

Ezef said...

I concurred with you Lajim.Locals should come first.

Anonymous said...

sementara projek itu masih belum beroperasi, baik para menteri dan pemimpin2 masyarakat memberikan galakan, dorongan serta bantuan kepada belia2 tempatan untuk mempersiapkan diri mereka dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi memenuhi peluang pekerjaan yang bakal disediakan kelak..

drako drakonius said...

The Kimanis Petroleum Training Centre, operated by Petronas, here will offer career opportunities for Sabahans in the state''s oil and gas sector.

drako drakonius said...

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said the training centre can cater for 50 trainees at any one time and that the involvement of Sabahans were crucial in developing the oil and gas sector, especially the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis which would be fully operational in 2013.

drako drakonius said...

"Rapid development of Sabah''s oil and gas sector can only be ensured if it is supported by skilled and knowledge workforce.

drako drakonius said...

"As such, training programmes conducted at the centre would serve to meet the human capital requirements of this industry," he said when officiating the training centre''s temporary campus here today.

drako drakonius said...

The text of his speech was read, on his behalf, by Anifah''s political secretary Datuk Norhaidi Che Dan.

drako drakonius said...

Anifah, who is also Kimanis Member of Parliament, said Sabahans must realise that the opportunities provided by Petronas should be used wisely to develop their own state and simultaneously improve their socio-economic standing.

drako drakonius said...

He said more than 4,000 employees were required to operate the SOGT which was expected to have a positive impact on the economic well-being of the community.

drako drakonius said...

Meanwhile, Vice-President Petronas Petroleum Management Ramlan A. Malek said Petronas was already providing training to Sabah youths in the oil and gas sector while waiting for the permanent campus to be ready in 2013.

drako drakonius said...

A total of 25 youths have become the first batch of trainees to undergo a two-year Industry Control and Instrumentation programme at the training centre.