Tidak sudah-sudah dengan kenyataannya memperli PAS, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan ditempelak oleh mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz sebagai 'tidak tahu agama dan jangan cakap sembarangan". Kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu adalah ekoran daripada kenyataan Rahman Dahlan dalam Wacana Sinar Harian ke-12, Rasuah Politik Antara Persepsi atau realiti., yang mendakwa bahawa rasuah politik paling tinggi adalah janji PAS yang menjanjikan syurga kepada pengundi.
Sebelum ini dalam Debat Bicara Rakyat: Politik Baru, MP Kota Belud itu telahpun mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebagai rekod, kenyataan Datuk Rahman itu dipostkan oleh kelapamawar dalam wall FCB dan turut mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang mempertikaikan kenyataan Datuk Rahman itu sebagai tidak tahu hujung pangkalnya.Termasuk seorang blogger Kota Belud , Sayaready yang mendakwa Rahman Dahlan sebagai KOLOT berikutan kenyataannya itu.
KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.
Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.
Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka.
Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan rasa gembira dengan tindakan Kerajaan Pusat yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau meminta projek itu dibangunkan sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas Perdana Menteri itu memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.
Melalui projek itu katanya, beliau mengharapkan Kelantan terkenal di peringkat antarabangsa dengan menjadi persinggahan kapal-kapal dagang dari negara-negara Timur.
“Insya-Allah selepas ini kita akan mendapat persinggahan kapal-kapal dari negara Arab dan negara jiran Asia seperti China dan Kemboja.
“Kita bukan sahaja nak eksport barang kita sahaja, tetapi kita nak eksport perangai sekali, jangan menipu, berbohong dan caj keting, insya-Allah, ia jadi buah mulut, kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
8 ulasan :
kenapa PAS robohkan madrasah di Kedah hanya kerana memberikan laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah?? kenapa tidak timbulkan soal syurga dan neraka dalam kes itu?? mana satu yang membawa ke syurga dan mana satu yang membawa ke neraka??
jika nak dptkan sokongan pun, jgn gunakan isu agama.
Bukankah sebelum ini Nik Aziz pernah katakan bahawa siapa undi PAS, masuk syurga? Apa yang buatkan beliau boleh tentukan siapa masuk syurga, dan siapa yang tidak?
Sekarang ni banyak yang guna isu agama untuk mengharapkan sokongan rakyat. Tidak kurang yang suka timbulkan sentimen agama dan kaum untuk pecah belahkan rakyat. Sadis.
We don't need a fanatic muslim party in sabah.
All leaders should know better that religion don't blend in well with politics.
Rasanya rakyat tahu menilai semua tu
Semua itu akan dinilai sendiri oleh penduduk PAS tidak perlu mengajar orang lain. Sedangkan PAS sendiri telah pun lari dari landas perjuangan mereka.
Post a Comment