Ada kewajarannya jika warga Politeknik Kota Kinabalu dan rakyat Sabah secara keseluruhannya perlu , merasa bimbang dan 'terancam' keselamatan anak-anak mereka berdasarkan perkembangan terkini politeknik yang siap dibina pada tahun 2003 itu. Kawasan yang pada mulanya adalah kawasan paya bakau, yang kemudiannya ditimbus untuk tujuan pembinaan menyebabkan politeknik ini mengalami masalah mendapan Tanah yang serius. Selain daripada struktur pembinaannya yang tidak bermutu sehingga beberapa blok bangunan ini turut mengalami keretakan yang kronik.
Daripada beberapa sumber yang dipercayai juga mengakui bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF dari pihak berkuasa Tempatan. Namun yang menghairankan ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan pengajian Politeknik (JPP) Kementerian pengajian Tinggi yang menawarkan pengajian peringkat Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama hampir 9 tahun.Malahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa Politeknik ini tidak selamat.
Gambar menunjukkan bumbung bangunan ini terturun kerana mendapan tanah.
Selain itu beberapa rungutan mengenai keselamatan harta benda juga berlaku. Dikhabarkan kes kecurian peralatan di Politeknik ini turut berlaku. Beberapa kes kecurian seperti aircorn dan peralatan lain juga berlaku walaupun di sebelah pintu utama politeknik ini ada pondok kawalan keselamatan.
Daripada tinjauan yang dilakukan, memang ada asasnya dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini. beberapa gambar yang disertakan juga menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih kerana mengalami masalah mendapan yang serius.
Jika benar berlaku salah guna kuasa ketika pembinaan Politeknik ini, atau terdapat unsur ketidaktelusan dalam pengurusan yang membabitkan pemberian 'kebenaran' untuk menduduki bangunan yang tidak selamat ini, satu laporan kepada SPRM perlu dibuat dan sewajarnya pihak SPRM mengambil tindakan mengenai perkara ini.
Jika benar berlaku salah guna kuasa ketika pembinaan Politeknik ini, atau terdapat unsur ketidaktelusan dalam pengurusan yang membabitkan pemberian 'kebenaran' untuk menduduki bangunan yang tidak selamat ini, satu laporan kepada SPRM perlu dibuat dan sewajarnya pihak SPRM mengambil tindakan mengenai perkara ini.
Pihak kerajaan negeri dan juga kementerian Pengajian Tinggi seharusnya peka kepada masalah yang berlaku ke atas politeknik ini , jangan hanya apabila berlaku kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang parah barulah mengambil tindakan. Waktu itu mungkin "nasi telah menjadi bubur".
13 ulasan :
This is a serious matter as it concern the life of the children/youth who study there.
It is best to investigate and check on the structure of the building before anything happen.
Lebih baik selenggara dengan secepat mungkin.
jika benar keadaan politeknik tidak selamat, ia harus diselenggara dan dieprbaiki, jgn risikokan nyawa warga politeknik.
Pihak yang bertanggungjawab perlulah menyelesaikan masalah ini. Tidak ada guna menunding jari kearah orang lain.
Inilah akibat apabila membina bangunan dikawasan paya bakau. Kerana keadaan tanah pasti tidak kukuh dan akan cepat mandap.
"Daripada beberapa sumber yang dipercayai juga mengakui bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF dari pihak berkuasa Tempatan."
Jadi siapa yang bagi kelulusan untuk menggunakan bangunan ini walaupun tiada CF? Jumlah pelajar dan pensyarah bukannya sikit dan keselamatan mereka berada dalam risiko. Siapa mahu bertanggungjawab jika sesuatu terjadi?
Segerakan kerja2 pembaikan dan dapatkan CF. Pemilihan kawasan pembinaan sesebuah bangunan bukan saja perlu strategik, malah keadaan struktur tanah pun kena pastikan kuat.
jika kita lihat gambar2 diatas, memang agak kritikal kerosakkan struktur bangunan ini.. baik ambil tindakan segera sebelum berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini..
sprm juga perlu tampil menyiasat pembinaan bangunan politeknik ini jika wujud sebarang unsur2 penyelewengan..
the student's hostel also was crack everywhere..i saw when i sent my brother..its so dangerous..somebody must take action to resolve this problem..
Saya ialah pelajar Politeknik KK semester 3. Terdapat ura-ura mengatakan bahawa poli ini akan ditutup untuk di baikpulih semula(mungkin dirobohkan semula kali..). keputusan akan diberitahu oleh pihak2 tertentu pada tahun ini juga. dan maybe,sewaktu saya semester 5,pasti sudah ditutup jika keputusannya 'ya'. pelajar2 dan lecturer2 akan dipindahkan ke tempat2 lain. dengar2 lagi,maybe pelajar sem2 atas(6,7,8,9) pindah di cawangan poliKK Telipok. sem lain,maybe pigi poli Sandakan,Mukah(Sarawak) or bangunan lain yang akan disewa. apapun tunggu ja la keptusannya....
SALAH SIAPA?? SALAH TANAH??? ATAU PIHAK2 BERTANGGUJAWAB MEMBINA BANGUNAN INI YANG HANYA MAKAN RASUAH,MAKAN DUIT HARAM,SEHINGGA BANGUNAN INI JADI SEPERTI INI??? Padahal kawasa perindustrian lain yang berdekatan malah bersebelahan ok ja... and kalau kami p Sarawak,minta bayaran transport dibagi kerajaan(time awal sem,akhir sem,cuti raya,cuti seminggu).takkan kami tanggung sendiri.
seandainya perkara ini berlaku yang mana mutu kerja, penyeliaan, bahan2 yang digunakan, pengurusan yg boleh dikatakan sub-standard..semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan suatu ketika dulu, seharusnya SPRM tampil menyiasat dimanakah, pihak bertanggungjawab berwajib yang menyebabkan mendepan, keretakan yang amat serius bg membawa mereka2 ini ke muka pengadilan. Kerana ini melibatkan kurang lebih 5000 org di institusi tersebut...
Dalam pada itu, Kerajaan yang memimpin skg harus peka ttg hal ini.
politeknik tawau beroperasi x lama lagi
Post a Comment