Jawatan terakhir Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam parti sebelum menjadi YDP Dewan Rakyat ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.Sebelum itu pada PRU 2008, TSP digugurkan sebagai calon di N6 Tempasuk.Datuk Musbah menjadi pilihan pucuk pimpinan Negeri. Walaupun Datuk Musbah menang tetapi kesemua peti undi dari perkampungan Iranun, Datuk Musbah mengalami kekalahan. Puncanya kerana suku Iranun melakukan protes walaupun TSP juga turut turun berkempen untuk kemenangan Datuk Musbah.
Menjelang PRU 13, isu calon di Kota Belud rancak diceritakan. Ada beberapa versi penceritaan itu termasuk, kononnya Datuk Salleh dan TSP akan bertanding di Kota Belud, sama ada SSK di Usukan Dan TSP di Parlimen.
Mesyuarat UMNO bahagian Kota Beludminggu lepas langsung tidak menyentuh populariti politik TSP. Senarai calon yang disepakatkan juga jelas mengekalkan YB-YB penyandang pada PRU 2008. Di Usukan, Datuk Japlin menjadi pilihan pertama. Di Tempasuk, Datuk Musbah Jamli juga dicadangkan dikekalkan. Parlimen Kota Belud, penyandangnya Datuk Rahman Dahlan turut dikekalkan.
Ini bermakna jika cadangan itu diperkenankan, maka landskap kepimpinan politik Kota Belud tidak akan mengalami perubahan yang besar. Ironinya, segala perancangan YB-YB ini akan dapat diteruskan. Walaupun ada persoalannya perlukah YB-YB ini dilanjutkan sehingga 2 penggal berdasarkan prestasi mereka?
Nyata daripada keputusan mesyuarat UMNO KB itu, TSP tidak akan bertanding di Kota Belud. Dan kalau seperti ramalan banyak pihak bahawasanya selepas berakhir jawatan YDP dewan Rakyat, TSP dikatakan menduduki jawatan TYT Sabah.
Isu ketidak penyenaraian nama TSP dalam pilihan calon pada PRU 13 sangat lojik untuk dikaji bahkan dibahaskan. Dalam waktu terdekat kelapamawar akan mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam politik Kota Belud.
5 ulasan :
kemungkinan besar TSP takkan dicalonkan, apa2 keputusan kena diterima dgn baik.
Untuk kemenangan parti, rasa semua ahli UmnoBN perlu menyokong sesiapa yang dicalonkan pada PRU13.
Politik pun ada pasang surutnya. Jika beliau tidak dicalonkan, ada calon baru. Bukankah ramai yang mahukan muka baru? Selagi tidak diberi peluang, kita tidak akan tahu kebolehan seseorang itu.
Mengenai penetapan calon rasanya perlu difikirkan secara baik. Kita tidak mahu apa salah faham yang menyebabkan kelemahan dalam parti sendiri.
betul tu me gusta.. terima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.. tapi pucuk pimpinan pun perlu berhati2 semasa membuat keputusan.. jangan sampai yang dibuang itu madu, tapi yang diambil pula racun berbisa..
Post a Comment