Saturday, March 17, 2012



Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dijadualkan berada di Tawau pada hari ini 17.Mac.2012 dalam satu lawatan ke negeri Sabah.Maklumat mengenai lawatan tersebut dipetik dalam satu laporan di lidah rasmi parti itu iaitu Harakah.

TAWAU, 17 Mac 12:Esok hari Tuan Guru akan menyampaikan tazkirah subuh di Masjid Tawau sebelum bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi.

Setelah sekian lama tidak mengunjungi Negeri Sabah, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat datang ke negeri di bawah Bayu dan mengikuti beberapa program di negeri ini.

Antaranya yang diatur oleh PAS Kawasan Tawau dan Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (Perakan).

Tuan Guru dan rombongan dijangka tiba pada 17 Mac 2012 jam 2.30 petang di Tawau.

Beliau dan rombongan kemudian akan mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau dan Perakan Tawau.

Pada pukul 4.30 petang Hi-tea bersama Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia di Kawasan Ranggu Batu Lapan Tawau yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Ranggu.

Sebelah Malam pula, Tuan Guru menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Quba Taman Wawasan sempena program Ramah Mesra Bersama Ulamak.


Seusai program ramah mesra bersama ulamak, Tuan Guru akan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pas Kawasan Tawau, Pas Kawasan Kalabakan, Perakan Tawau dan Masyarakat Tawau yang akan diadakan di Hotel Emas Tawau. Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bersama Exco Belia, Sukan dan Ngo Kelantan Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia. (Sumber Harakah)

0 ulasan :