Thursday, March 8, 2012



Semalam 8hb.03.2012, sekali lagi buat beberapa kalinya hampir seluruh daerah dan bandar utama di Sabah terputus bekalan elektrik menyebabkan bandar-bandar besar terbabit 'lumpuh' selama hampir 7 jam. Di Sabah gangguan bekalan elektrik bukanlah satu perkara baru tetapi telah lama terjadi dan belum ada usaha berkesan mengatasi masalah itu sekalipun SESB telah lama menaiktaraf Kapasiti bekalan elektrik di negeri itu kepada bekalan bervoltan tinggi. 

Sebelum ini, kawasan Pantai Timur melibatkan Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Sandakan adalah antara kawasan di Sabah yang mempunyai purata gangguan bekalan elektrik yang tertinggi.Dan kes semalam menyaksikan sekali lagi Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan termasuk beberapa daerah seperti Semporna, Kunak, Kota Belud, Tuaran turut menerima tempias terputus bekalan elektrik.

Gangguan bekalan elektrik ini bukan sahaja menyusahkan pengguna tetapi juga menyebabkan sektor industri turut menerima kesannya selain beberapa agensi perbankan dan agensi kerajaan seperti Hospital,Jabatan pelajaran, jabatan Kastam, Jabatan Imigrisen dan lain-lain turut terganggu operasinya.Isu gangguan bekalan elektrik ini telah beberapa kali di suarakan oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah termasuk MP Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh yang begitu lantang memohon penambahbaikan dan jalan penyelesaian terhadap masalah itu.





Menurut laporan BERNAMA



Banyak kawasan di seluruh Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas satu talian penghantaran 132kv di Penampang-Beaufort disambar petir pada 2.20 petang Khamis menyebabkan beberapa Stesen Janakuasa Bebas berkapasiti besar di Kota Kinabalu terpelantit.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ahmad Fuad Md Kasim berkata kejadian ini menyebabkan SESB kehilangan kapasiti janaan di dalam Grid sebanyak 200MW (MegaWatt), seterusnya memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan di beberapa kawasan di seluruh Sabah bagi memastikan kestabilan sistem rangkaian Grid Sabah.

Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik berkenaan ialah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Fuad berkata bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 4.08 petang.

0 ulasan :