Friday, March 30, 2012


UMNO KB mengambil langkah berani apabila 'merestui' ketua Bahagiannya ialtu Datuk Salleh dicalonkan di DUN USUKAN, walaupun ramai yang mengetahui Datuk Japlin Akim masih berstatus 'wakil rakyat' di kawasan berkenaan.Mungkin seperti kata pepatah melayu "Sirih pulang ke gagang' begitulah ibaratnya senario politik di Usukan itu. Kerana apa? kerana sebelum itu, dua penggal sebelumnya, wakil rakyat yang menunjukkan prestasi memberangsangkan ialah Datuk Salleh sebelum kerusi "usukan' itu di'serah-rela' kepada Datuk Japlin mantan ketua pemuda UMNO KB dan UMNO Sabah.

Dalam rekod politik, Datuk Salleh kalau dicalonkan di Usukan, tidak akan menghadapi masalah besar 'mengekalkan' penguasaan di Usukan , sekalipun pada hemat saya, berlakunya situasi 'satu lawan satu'. Setakat calon anak tempatan Kota Belud, rasanya tidak cukup menandingi 'keampuhan' pengaruh Datuk Salleh di usukan.

Persoalan yang sangat penting dalam bab ini bukan keutuhan pengaruh Datuk Salleh tetapi apakah bentuk "jasa' dan "janji' baru yang akan Datuk Salleh perjuangkan sekembalinya di Usukan. Sebelum ini, dalam rekod, Datuk Salleh adalah wakil rakyat yang paling lama 'bersemayam' di bumi Usukan, namun ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, bahawa selama itu juga Bumi Usukan tidak pernah 'bermandi' dengan limpahan pembangunan. Masalah Jalanraya, masalah pendidikan, masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih membelenggu masyarakat bajau dan Iranun di kawasan ini. Sistem pengairan dan perparitan sbagi penanaman padi, masih berada pada zaman nenek moyang mengharapkan air hujan. Begitu juga dengan sektor perikanan, masyarakat bajau dan Iranun di kawasan Usukan masih berada pada tahap 'cukup-cukup makan' .Yang menghairankan kita ialah kawasan Usukan adalah antara pesisir pantai yang dibangunkan untuk industri Gas dan petroleum.

Bagi saya, soal menang pada PRU 13, boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, baik dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang. tetapi yang lebih besar dari meraikan kemenangan itu ialah apakah bentuk 'timbal balas' pemimpin yang dimenangkan oleh rakyat itu kepada bentuk peningkatan keperluan asas penduduk? kalau saban waktu bercerita tentang kejayaan mengukuhkan kekayaan dan kehebatan mengumpul harta benda, sehingga melupakan apa yang seharusnya dilakukan untuk rakyat, baik pada PRU 13 ini rakyat Usukan memikirkan bagaimana keperluan asas mereka dipenuhi dengan mengatur kembali landskap politik di kawasan mereka.

Jangan bila PRU 13 berlalu baru ada penyesalan. Waktu itu rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.


11 ulasan :

nickko said...

jika benar Salleh tidak mampu membangunkan kawasan yang diwakilinya, untuk apa2 penduduk dikawasan itu mengambil langkah kebelakang dengan memenangkan beliau??

Anonymous said...

Tunggu keputusan di peringkat pucuk pimpinan BN mengenai winnable candidate yang bakal dipilih.

Anonymous said...

kita tgk siapa calon yang dipilih nnti.

Anonymous said...

siapa pun calon yang dipilih, pasti sokongan tidak berbelah bagi.

Anonymous said...

Baru calon pilihan, belum lagi calon sebenar. Relaks.

Anonymous said...

Pengundi kali tentu tentu lebih matang dan berani berbanding sebelumnya. Tunggu dan lihat saja kejadiannya nanti.

Kris Jr said...

Semua ahli UmnoBN disarankan untuk menyokong sesiapa saja yang menjadi calon.

Sanih Alias said...

Calonkan mereka yang mampu melakukan tanggungjawab kepada rakyat. Itulah yang penting untuk meletakkan calon.

parang timbang dayang said...

jika umno masih mahu mencalon kan sama ada salleh atau japlin...umno pasti akan kalah teruk diusukan...

Anonymous said...

sebenarnya bn tetap jadi pilihn rakyat selagi ada orang melayu..takkan melayu hilang di dunia..pembangkang hanya pandai cakap je tapi tak tau mentadbir...tengok apa jdi dgn selangor, penang dn kelantan?

hang nadim said...

selagi orang melayu cintakan agama bangsa ,raja dn negaranya...maka umno tatap menjdi pilihan!