SOLIDARITI Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang (kanan) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi kelmarin.
"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak 'Kelab Mangsa PTPTN' bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.
Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.
Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.
"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.
Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit
9 ulasan :
bagaimana dengan peminjam yang telah melangsaikan hutang PTPTN mereka?? adilkah bagi mereka jika selepas ini para pelajar diberikan pendidikan secara percuma?? dibagi betis, mahu satu badan..
jumlah pelajar di negara ini kian bertambah, bukannya berkurang.. jika semuanya diberikan pendidikan percuma, mana2 parti yang membentuk kerajaan tetap akan menghadapi ancaman bankrap..
lebih baik mereka undi sahaja pembangkang jika nak PTPTN dimansuhkan dari membut demo yang mengganggu ketenteraman awam. tgklah adakah ia akan ditunaikan oleh pembangkang.
Jangan mudah terpengaruh sangat dengan permainan pembangkang yang boleh janjikan untuk langsaikan hutang PTPTN.
Kalau kerajaan boleh beri pendidikan percuma, dari dulu lagi diberi. Belajar bersungguh-sungguh lah sampai dapat 1st class degree kalau mahu dikecualikan daripada membayar.
Lets be realistic, government could go bankrupt if government were to provide free education to the students.
I agree with Boss ku. If students don't want to pay their debt to the ptptn, then study hard to get a first class. Besides, PTPTN serve as a good motivator for students to strive hard to get first class.
Rakyat bebas mengundi parti mana yang diingini.
Satu perkara yang baik juga. Yuran untuk Sekolah rendah hingga Tingkatan 6 sudah percuma jadi apa salahnya juga kalau Yuran Universiti pun percuma.
Post a Comment