Sebelum ini, ramai pemerhati politik lebih suka dan selesa menyebut "gandingan Musa-Salleh" sebagai gandingan mantap dalam landskap politik Sabah. Lebih-lebih lagi apabila Salleh ketika itu berjaya memulihkan hubungan politik dengan Musa Aman selepas PRU 2008. Tambahan lagi bila berlaku 'ketegangan' antara Musa dengan Shafie berkaitan dengan pengagihan peruntukan melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Sabah, maka yang paling sesuai digandingkan dengan Musa pada waktu itu adalah timbalan Pengerusi perhubungan UMNO, Datuk Salleh yang kemudiannya merangkap Penasihat Sains kepada Musa Aman bertaraf menteri.
Setelahj beberapa lama landskap politik Sabah diadu domba oleh pihak-pihak ketiga yang berkepentingan mahu melihat Shafie Apdal menjadi ketua menteri, maka sudah nampak bibit-bibit keredaan apabila Najib dikatakan melihat gandingan Musa-Shafie lebih sesuai dalam mewarnai landskap politik Sabah menjelang PRU 13.
Justeru menyedari itu, Shafie Apdal yang sebelum ini hanya 'bertahan' dan 'berdiam' mengenai spekulasi hubungannya dengan Musa Aman, akhirnya mula bersuara dan meminta supaya rakyat Sabah berdiri teguh di belakang kepimpinan Musa Aman pada PRU 13.
Dalam satu majlis pengagihan bantuan kepada bekas warga KEMAS di ibu negeri semalam, Shafie dalam satu kenyataannya bahawa beliau secara konsisten menyokong kepimpinan Musa Aman di Sabah dan meminta rakyat memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada ini.
Pemerhati politik Sabah menyifatkan kenyataan Shafie ini sebagai "paling selamat" dalam abad hubungannya dengan MUSA. Kepakaran Musa menundukkan 'musuh' politiknya sebagai sangat efektif dan berjaya. Kini dalam menjelang PRU13 ini, gandingan MUSA-SHAFIE dilihat lebih relevan dan konsisten membawa BN dan UMNO sekali lagi menerajui kerajaan Sabah.
Tapi yang mengejutkan kelapamawar ialah apabila satu kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UMS mendapat yang sebaliknya.
10 ulasan :
nampaknya hubungan antara Musa dan Shafie adalah dalam keadaan baik, mereka saling menyokong satu sama lain.
setiap pemimpin harus saling menyokong satu sama lain, kerjasama dan perpaduan penting dalam mengukuhkan parti.
Datuk Seri Musa Aman menekankan kepentingan untuk semua alhi Umno dan BN untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.
ni adalah kerana perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan seorang individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon-calon pembangkang
Isu Musa Shafie ini kadangkala sengaja di'panas'kan untuk merancakkan lagi senario politik di Sabah.
Satu Berita yang gembira untuk BN Sabah.
Kita percaya dengan ada kerjasama antara Datuk Musa dan juga Datuk Shafie sememangnya membuka wajab baru politik Sabah.
Sewajarnya kepentingan parti diutamakan melebihi kepentingan diri
Pergandingan yang hebat pasti berlaku jika Datuk Musa Aman dan Datuk Shafie bersama berjuang untuk Kerajaan di Sabah. Semoga dapat mengukuhkan hubungan yang baik antara kedua pihak dan bersatu menentang pembangkang yang hanya tahu bercakap kosong.
terkedu lidah pihak yang sebelum ini mengatakan bahawa Shafie dan Musa berkonflik..
Post a Comment