Monday, March 5, 2012



Rampasan Tanah Adat atau NCR di Sabah,nampak gayanya tidak ada penghujungnya. Walaupun ia berlaku hampir seluruh negeri Sabah. Pimpinan negeri di bawah Musa Aman semacam membiarkan isu ini berlarutan tanpa penyelesaian yang berkesan.Justeru itu NGO di Sabah mula merangka strategi mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pejabat Ketua Menteri Sabah itu yang dijadualkan pada 12 Mac ini.


KOTA KINABALU, 29 Feb: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 12 Mac hadapan bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah adat yang semakin meruncing kini.


sdr Lahirul Latigu,Ketua Pemuda PAS Sabah.

Setiusahanya, Lahirul Latigu berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 18 November tahun lalu.

“Kita lancarkan sekali lagi gerakan ini, dengan satu perhimpunan aman besar-besaran di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri akan dilakukan sebelum penyerahan memorandum dibuat.

“Tindakan ini tidak bermotifkan politik tetapi berdasarkan momentum dan ketumbukan oleh empunya tanah. Sudah cukup rasanya dengan penderitaan, keluhan dan janji demi janji dibuat. Sudah lama rakyat bersabar, dan ini kali lah... rakyat sudah hilang sabar,” katanya.

Menurutnya, himpunan aman dengan akronim 123 Bangkit itu merupakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat juga akan digerakkan di seluruh pelosok Sabah.

“Himpunan 123 Bangkit ini adalah di ambil sempena himpunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac ini dengan kebangkitan rakyat Sabah secara besar-besaran,” ujarnya ketika mengadakan sidang media pelancaran 123 Bangkit di Pejabat PAS Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya, kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat terutama dalam masalah tanah sedangkan puluhan janji dan memorandum dihantar bagi mengatasi masalah ini.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 2005-2010 turut mencatatkan masalah itu sudah terlalu kritikal. Tindakan kerajaan yang terus berdiam diri dan banyak berjanji ini terus mengundang rasa tidak puas hati dan tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan kerajaan itu yang tidak menerima pandangan serta pendapat orang lain.

Banyak tanah-tanah yang dirampas, yang masih tidak terbela... ini tidak pernah ada penyelesaian yang begitu konkrit yang menunjukkan Sabah, kerajaan yang begitu prihatin kepada rakyat.

“Sebab itulah, kita mahu lihat rakyat bangkit dalam himpunan kali ini. Kita mahu pihak kerajaan pandang serius isu ini,” ujar Lahirul.

Lahirul berkata, perhimpunan yang bakal diadakan berhampiran Wisma Innoprise dekat sini akan melibatkan beberapa NGO negeri termasuklah wakil-wakil parti politik.

Beliau turut menjangkakan 5,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan pendirian terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat gagal melaksanakan amanah rakyat terutama dalam isu tanah.

12 ulasan :

thinaj said...

It better be a peaceful demonstration.

thinaj said...

Police must be present during the demonstration to make sure it wouldn't go out of hand.

Anonymous said...

perhimpunan seperti ini tak harus dilaksanakan, ia takkan selesaikan masalah.

Anonymous said...

apapu, moga ia tak menimbulkan kekecohan.

Green Sabah said...

The Sabah state government has been discussing this NCR issue in the cabinet, and I hope they will come up with a good solution for this NCR problem.

Green Sabah said...

I don't think a demonstration is the best way to resolve any problems. We should find a better channel to let our voices heard.

Sanih Alias said...

Perkara ini telah dibawa oleh Kerajaan dalam perbicangan dengan pihak berkaitan. Maka kita tunggu dulu apa keputusan mereka mengenai rampasan tanah adat ini.

Sanih Alias said...

Demo Aman ini tidak semestinya membawa kebaikkan dan keputusan yang menyebelahi kepada para perhimpunan tersebut.

Kris Jr said...

Salam,
Lebih baik buat memorandum saja dan serahkan pada Jabatan Ketua Menteri. Berapa banyak demo yang berakhir dengan tidak aman.

Anonymous said...

Dengar2 perhimpunan itu dijalankan dengan aman namun memorandum tidak dihantar kerana bukan KM yang sendiri datang turun untuk menerimanya. Mungkin akan ada perhimpunan sekali lagi. Di sebalik kebebasan yang kita ada, gunakan ia secara betul. Ia akan lebih menampakkan kematangan untuk mengawal situasi yang dihadapi.

Anonymous said...

kalau soal demonstrasi, PAS memang cepat bagi respon.. siap menghulurkan bantuan dalam mengumpulkan peserta.. tapi bila penduduk kampung menghadapai masalah tanah, tidak ada pula mereka jengkuk2 melihat sendiri situasi di kampung itu..

Anonymous said...

bukankah dalam Pakatan juga ada peguam?? malah sekiranya ada pemimpin2 mereka didakwa dimahkamah, boleh pula mereka mengupah peguam handalan.. kenapa bagi kes yang dihadapi rakyat, mereka tidak pula hulurkan peguam untuk mewakili penduduk kampung yang menjadi mangsa ini?? kenapa sekadar membawanya dijalanraya?? agaknya sekadar mengambil kesempatan disebalik kesempitan kot..