Saturday, March 24, 2012



Bukan sedikit rakyat Sabah yang cintakan "UMNO" yang dianggap sebagai pengganti USNO, sekalipun ada pihak tertentu yang cuba menghidupkn kembali parti keramat USNO di saat-saat akhir menjelang PRU 13 ini, namun rakyat Sabah lebih 'selesa' dengan UMNO yang telahpun menghimpunkan ramai pemimpin USNO terdahulu.

Masalah utama di Sabah sekarang bukannya 'parti' tetapi pemimpin parti .Sejak UMNO di bawah pimpinan MUSA AMAN, pelbagai skandal melibatkan rakyat berlaku.Kes rampasan TANAH ADAT di Sabah sudah mencapai tahap kronik dalam sejarahnya. Di semua daerah di Sabah, kes ini berlaku. Kebangkitan rakyat dalam satu demontrasi secara aman di Perkarangan Pejabat Ketua Menteri beberapa minggu lepas, menunjukkan rakyat sudah tidak tahan dengan pendekatan Musa Aman  dalam menangai kes rampasan tanah adat di Sabah. Mana ada rakyat yang bangkit mengadakan demontrasi aman   dalam sejarah politik Sabah menuntut hak-hak mereka melainkan pada era MUSA AMAN. Itupun khabarnya media-media utama di Sabah dihubungi supaya tidak mengeluarkan berita berkenaan. Hanya laman sosial yang memaparkan perstiwa berkenaan.

Penguasaan Kroni MUSA AMAN dalam kek ekonomi Sabah bukan lagi rahsia bahkan telah diketahui umum. Projek-projek mega, sejak dulu seperti pemberian konsensi pembalakan, pembinaan jalan raya,pembaikpulihan lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan lain-lain lagi dikaitkan dengan prinsip kronisme dan nepotisme   MusaAman. Ketika dalam PKR, Datuk Jeffry Kitingan pernah membuat laporan salah laku dan penyalahgunaan kuasa MusaAman di Sabah, tetapi kes ini tidak pernah disiasat.

Kronisme politik juga berlaku di Sabah, selain daripada Musa Aman, Datuk Anifah Aman juga mula ditolak oleh penduduk Kimanis. Beberapa demontrasi aman dilakukan menolak kepimpinan dan pencalonan Anifah Aman di kawasan berkenaan. Isu ini juga tidak pernah dilaporkan oleh media kecuali medan sosial berupa blog dan Fcb. Rakyat Sabah sudah mula menolak pemimpin parti yang tidak telus tetapi bukan menolak parti.

Suatu ketika dulu heboh, tentang status Datuk Lajim Ukin dalam UMNO. Ada yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti itu berikutan namanya tidak tersenarai dalam pencalonan pada PRU 13. Kononnya kawasan Parllimen Beaufort akan ditandingi oleh anak MUSA AMAN. Jika benar, MusaAman sedang mempersiapkan kronisme politiknya di Sabah.

Najib kena sensitif dalam hal ini. Jika dua hari lepas Najib mengingatkan rakyat bahawa beliau sanggup kehilangan kawan karib dalam politik dengan tidak menyenarikan mereka yang tidak disukai oleh rakyat pada PRU 13, maka janji itu harus dikota. Di Sabah rakyat akan memilih UMNO kalau bukan Musa Aman menjadi ketuanya, paling tidak perubahan kempimpinan UMNO harus dilakukan pasca PRU 13, itupun jika rakyat memberikan mandat kembali.

8 ulasan :

Anonymous said...

Musa Aman’s attention was on the states economy, building roads, bridges, deporting and jailing illegals and arresting and charging anti-social elements and encouraging the education of native girls and native boys by providing them with school uniforms, shoes, and computers and empowering women.

Anonymous said...

Musa Aman has overseen heavy investment in modern roads, bridges and power infrastructure and jobs for Sabahans. He has even reiterated his call repeatedly to the national oil company Petronas to provide adequate opportunities to eligible Sabahans to participate directly in the oil and gas industry. He is monitoring and cooperating with Petronas on how to distribute projects from the oil company to local contractors in Sabah and he is serious to ensure Sabahans would not be merely bystanders to the development that is taking place in the state. Not many chief ministers in the past while in position dare to sound the national oil company Petronas, even though Petronas takes much more than give back to the state and its people.

TuhauBam said...

Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman dan kerajaan persekutuan bekerjasama dengan baik untuk membangun Sabah

TuhauBam said...
This comment has been removed by the author.
TuhauBam said...

Perdana menteri juga memuji Datuk Musa kerana berjaya mengubah kewangan negeri. Sebelum Datuk Musa menjadi ketua menteri pada 2003, perbendaharaan negeri mempunyai hanya RM168 juta. Namun selepas mengambil alih, Datuk Musa mengubah ekonomi yang lembab menjadi ekonomi bertenaga menggunakan strategi halatuju tiga serampang mata yang memberi fokus kepada pertanian, pelancongan dan pembuatan.
Simpanan kemudian melonjak hingga 10 kali ganda kepada RM1.7 bilion pada tahun 2011. Simpanan negeri kini ada kira-kira RM3 bilion. 7 tahun yang lalu, negeri ini mengalami defisit RM3 bilion dan menurut Datuk Masidi Manjun, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, perbendaharaan ketika itu tidak dapat membayar kontraktor binaan.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan kebolehan Datuk Musa yang mentadbir Negeri ini dengan baik. Maka pelbagai cara dilakukan bagi menjatuhkan Datuk. Tapi semua itu tidak akan berjaya kerana kita sedia maklum yang mana kerajaan telah pun memberikan yang terbaik untuk penduduk Sabah. Setiap masalah yang dihadapi akan diusahakan untuk mencari jalan penyelesaian oleh mereka. Seperti apa yang didakwa oleh pihak tertentu sebenarnya tidak benar sama sekali.

Anonymous said...

Pasti ada pihak yang tidak ingin melihat MA melanjutkan penggal pemerintahannya sebagai KM. Rakyat sepatutnya menyokong kepimpinan MA yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan di Sabah ni.

evan medhousky said...

tidak ada masalah dengan PKR, asalkan bukan Anwar.. tidak ada masalah dengan STAR, asalkan bukan Jeffrey.. tidak ada masalah dengan SAPP, asalkan bukan Yong Teck Liee..