Monday, March 12, 2012



Jika sebelum ini, bibit-bibit ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap beberapa langkah kerajaan negeri dalam menangani skandal Tanah Adat atau NCR hanya berkisar di daerah masing-masing di mana kes itu berlaku dan ada yang berani membawa ke muka pengadilan, TETAPI kini rasa tidak puas hati rakyat itu mula merebak hingga ke seluruh negeri di bawah bayu itu. Buktinya ialah semalam telah berlaku demontrasi secara aman di hadapan pejabat Ketua Menteri yang di hadiri oleh ratusan rakyat Sabah yang menuntut supaya satu tindakan drastik dan berkesan dibuat oleh kerajaan Negeri dalam  mengenai kes tersebut.

Dalam sejarah politik Sabah, aktiviti demontrasi ini tidak menjadi 'asas' perjuangan . Namun sejak kebelakangan ini trend penduduk Sabah mula berubah. Mengadakan demontrasi secara aman menjadi pilihan terakhir untuk menyatakan ketidakpuasan hati apabila sesuatu isu ingin diketengahkan. Sebelum ini di Kimanis juga berlaku demontrasi secara aman untuk menyatakan ketidaksetujuan rakyat dalam soal kepimpinan mereka. Kes pembinaan empangan Tambutoan, kes padang ragut kuala Pintasan, kes Tanah adat di Kg Rampayan di Kota Belud adalah antara beberapa contoh di mana rakyat turun membuat bantahan secara aman.

Demontrasi secara aman yang dilakukan semalam dianjurkan oleh sebuah NGO iaitu BELA TANAH RAKYAT SABAH ( TABAH). 



Sudah jelas gelombang kebangkitan rakyat telah sampai ke negeri Sabah. Ini kerana ratusan rakyat Sabah telah berani untuk turun berdemo untuk membantah pencerobohan tanah adat oleh Kerajaan BN Sabah selain membantah pelbagai masalah yang dilakukan oleh kerajaan BN di Kota Kinabalu.

Demonstrasi 123 bangkit ini telah disertai oleh beberapa NGO termasuk mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan. Demonstrasi ini telah dianjurkan sebuah NGO, Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum berarak ke Wisma Innoprise yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perhimpunan ini bermula pada pukul 7 pagi tadi dengan berarak terus ke bangunan berkenaan . Pada pukul 9, peserta bercadang untuk menghantar memorandum yang menuntut agar tanah adat diberi kepada rakyat dan pemilik asalnnya.

Menurut Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor, mereka berasa kesal kerana tiada wakil himpunan dibenarkan untuk memsuki wisma berkenaan untuk menghantar memorandum tersebut sebakinya mereka hanya dibenarkan untuk berhimpun di sebatang pokok berdekatan bangunan tersebut.

"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja. Jadi pihak TABAH telah mengambil tindakan untuk membatalkan penghantaran memorandum kerana Ketua Menteri hanya menghantar wakil. Jelas beliau lagi, TABAH akan menentukan semula tarikh untuk perhimpunan yang lebih besar pada masa akan datang.

Menurut Setiausaha TABAH, Lahirul Latigu masalah yang dihadapi oleh mereka seperti tiada penghujungnya selepas 977 aduan yang dilakukan oleh rakyat dan masih banyak lagi kes berkenaan yang kini masih dalam perbicaraan.

Saya percaya masalah ini akan menjadi pencetus kepada kejatuhan Kerajaan BN Sabah. Rakyat kian mula sedar berkenaan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan Negeri. Lenyapkan penguasaan BN di Sabah....

0 ulasan :