Friday, March 9, 2012


En.Darman Shah Hj Asakil.



Beberapa hari yang lepas dunia pendidikan di Tawau , 'gempar' dan terkejut apabila menerima surat dari Pejabat Pelajaran Tawau yang di tandatangani oleh Pegawai Pelajaran Tawau, En Darman Shah Hj Asakil yang meminta ketua-ketua Jabatan di Sekolah iaitu Guru Besar merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka. Beberapa kelas warna di berikan sebagai lambang kepada 'kecenderungan itu".

 Warna "PUTIH" sebagai kecenderungan positif dan akur kepada  dasar-dasar kerajaan,kritis kepada dasar-dasar kerajaan dan bersyukur kepada kelebihan akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan. Warna "KELABU", petunjuk bagi kakitangan yang mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, dan mula mengkritik dasar-dasar kerajaan.Warna "HITAM" dikategorikan sebagai kakitangan yang memegang jawatan dalam parti pembangkang,Bergiat cergas dalam kempen menentang kerajaan,dan melakukan aktiviti mencuba mempengaruhi rakan sekerja untuk menentang kerajaan.

Dalam surat (diatas) yang diedarkan kepada sekolah-sekolah sekitar Tawau itu di salinkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Tawau, Pn Maimunah Hj Suhaibul.Berikutan itu, Pejabat Pelajaran negeri menerima pelbagai pertanyaan termasuk ada pihak yang meminta supaya satu kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai arahan terbabit.

Sebelum ini surat berkenaan dipostkan oleh pihak tertentu dalam fcb dan blog.Ekoran daripada itu akhirnya PPD Tawau menarik balik surat berkenaan seperti yang dilaporkan oleh Malaysikini seperti berikut:



Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.

Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakinihari ini.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.

Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. 

0 ulasan :