Saturday, March 17, 2012


Beberapa khabar angin bertiup kononnya Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing akan meninggalkan parti itu setelah bertindak menyertai Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) iaitu sebuah NGO yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bumburing sebelum ini adalah antara pemimpin Sabah yang begitu lantang mendesak penubuhan RCI mengenai PATI di Sabah.

Namun khabar angin itu dinafikan oleh Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau. Kenyataan berikut dipetik dari laporan BERNAMA:

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) hari ini (16 Mac) menafikan spekulasi bahawa timbalan presidennya Datuk Wilfred Bumburing telah keluar dari parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata perkara itu tidak benar sama sekali kerana Ahli Parlimen Tuaran itu kini menghadiri persidangan Dewan Rakyat di sini.
“Beliau tidak meninggalkan parti kerana ada seseorang telah membuat spekulasi, “ katanya ketika di hubungi Bernama.


Sejak dua minggu lepas, spekulasi timbul bahawa Bumburing, yang mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, telah keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bumburing merupakan timbalan pengerusi penaja NGO itu yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.-Bernama

0 ulasan :