Tuesday, March 20, 2012


Jika bersandarkan kepada analisa politik mantan menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, SABAH bukan lagi Fixed deposit bagi BN dan UMNO selepas PRU 13. Sebelum ini Tun Daim menjadi tumpuan media apabila pada PRU12 lepas, "orang yang paling dipercayai" oleh Dr Mahathir itu meramalkan UMNO dan BN akan kehilangan beberapa negeri termasuk selangor. Dan itu menjadi kenyataan akhirnya.

Beberapa minggu lepas Tun Daim juga meramalkan negara akan menghadapi situasi "Hung Parliment" atau Parliment tergantung berdasarkan perkembangan politik parti pemerintah dan parti pembangkang.Jika BN menang maka ia tidak akan mampu meraih majoriti 2/3 di Parlimen.

Di saat, pelbagai penyelidikan dan kajian dilakukan oleh pelbagai agensi dan NGO yang memihak kepada peningkatan populariti Najib dengan ramalan kononnya Bn akan meraih kemenangan yang besar pada PRU 13 akan datang, Tun Daim pula mengeluarkan analisa yang bertentang dengan senario itu.

Bagi Tun Daim, UMNO Sabah sekarang berada pada saat perpecahan yang kronik. Dan ini adalah satu kebenaran. Baik diperingkat cawangan atau Bahagian, bahkan di peringkat negeri, UMNO Sabah dilihat berpuak-puak. Jika UMNO Sabah mahukan kemenangan, perselisihan faham dan proses penyatuan harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh.


Kenyataan Tun Daim:

Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

0 ulasan :