Friday, March 9, 2012





Sebelum ini sdr M.D Mutalib seorang penulis penuh kontrovesi dalam beberapa bukunya mengenai ISU PATI di Sabah telah banyak melakukan pendedahan demi pendedahan mengenai kewujudan PATI di negeri ini. . Dan  semalam pengendali Protal Sabahkini.net itu sekali lagi mendedahkan seorang guru Kanan di sebuah sekolah menengah di Tawau memiliki dokumen  keterangan yang meragukan. Dalam artikel 'RCI, sehebat epik Merong Mahawangsa:,penulis bebas itu mendedahkan nombor  kad pengenalan lama seorang guru di SM K Balung Tawau bernombor H0740273 adalah kepunyaan orang lain iaitu milik A. Ramlee@Ramli Bin Rasim, seorang penduduk Asal Sabah berketurunan Bajau dari Kg,Kuala Abai, Kulambai,Usukan Kota Belud.

Pendedahan yang disertakan dengan lengkap dokumen berupa slip gaji,serta rujukan melalui lama web SPR, membuktikan tuduhan MD. Mutalib ini berasas.Sambil menyifatkan betapa perlunya disegerakan penubuhan RCI di Sabah untuk menangani kes PATI, MD Mutalib juga mempersoalkan bagaimana guru terbabit boleh terlepas dari tapisan keselamatan dan di lantik ke jawatan perkhidmatan Awam.

"Persoalan yang menarik untuk dikaji oleh 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 65 Senator yang menggubal Akta Pendaftaran Negara 1959, bagaimana Arsad boleh dilantik ke Perkhidmatan Awam tanpa tapisan keselamatan; sedangkan mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara kad pengenalan yang digunakan oleh Arsad iaitu H0740273 milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim, seorang penduduk Asal Sabah berketurunan Bajau dari Kg Kuala Abai, Kulambai, Usukan, Kota Belud."



Sementera itu AJK PKR Silam sdr Djapri Kodusat telah membuat laporan di balai polis Kunak mengenai perkara ini: Lihat laporan berikut:



PARTI Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius kes warga asing yang menggunakan dokumen palsu untuk menjadi kakitangan awam sebagaimana yang didedahkan Sabahkini.net melalui artikel RCI, Sehebat Epik Merong Mahawangsa?

AJK PKR Cabang Silam, Djapri Kudosat, yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kunak menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) tanpa berdolak dalih kerana isu kerakyatan songsang sudah mendarah daging di Sabah.

"Kita amat kesal kenapa sistem saringan keselamatan Kerajaan tidak telus sehingga begitu mudah rakyat asing (jika benar) memperdaya dan menembusi sistem keselamatan negara, terutama memasuki perkhidmatan awam sebagai guru dan menerima gaji daripada cukai yang dipungut daripada rakyat," ujar Djupri dengan nada kesal.

Sehubungan itu, Djupri menggesa agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas menggantung tugas guru berkenaan sehingga siasatan selesai dan pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang kerana isu ini amat memalukan negara yang sudah mengaplikasi ICT dalam Sistem Keselamatan dokumen pengenalan diri.

"Apalah ertinya jaringan keselamatan negara jika Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen yang sudah menggunakan Sistem Biometrik, tidak dapat mengesan ada orang lain yang menggunakan kad pengenalan penduduk tempatan untuk bekerja dengan kerajaan dan dalam masa yang sama menerima gaji melalui sistem komputer Jabatan Akauntan Negara," kata Djupri yang kecewa kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga gagal mengesan penipuan ini.

Walaupun kes ini kata Djupri mungkin kes terpencil, namun kata Djupri amat serius dan boleh berlaku di jabatan kerajaan lain disebabkan kebocoran sistem maklumat dan hilangnya integriti dan kredibiliti JPN dan Imigresen akibat Sistem Maklumat Pusat yang bercelaru.

Dalam pada itu, mengikut laporan polis yang dibuat Djupri sebentar tadi melalui KUNAK/000641/2012, Djupri mendakwa bahawa;

"Pada lebih kurang jam 1.50 petang, 09 Mac 2012, saya bagi pihak PKR datang ke Balai Polis untuk membuat laporan berkenaan kes yang telah disiarkn oleh portal Sabahkini.net bertajuk 'RCI,Sehebat Epik Merong Mahawangsa? baru-baru ini dan meminta agar pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara menjalankan siasatan dengan seberapa segera terhadap individu yang terlibat dalam kes tersebut selaras dengan tuntutan RCI yang dicadangkn oleh berbagai pihak sebelum ini. Sekian laporan saya."

0 ulasan :