Ketua Pemuda Bahagian dalam UMNO adalah pemuda-pemuda yang terpilih diperingkat bahagian melalui cara undian. Setiap kampung perlu mengahantar sekurang-sekurangnya 3 orang wakil ahli UMNO untuk membuat undian bagi memilih wakil yang bakal menjadi Ketua. Tugas sebagai Ketua Pemuda bahagian adalah penting dalam organisasi UMNO. Mereka adalah orang kedua dibelakang Menteri, juga jentera kepada pergerakan Ahli2 Parlimen dan ADUN dalam politik. Ketua Pemuda jugak adalah orang2 yg bakal menjadi pemimpin dalam bahagian/negeri/parlimen.
Pada awal bulan Januari 2010 saya telah menghubungi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang merupakan orang kuat dibelakang DS Shafie Apdal bagi menyatakan hajat yang disampaikan kepada saya oleh penduduk kampung. Saya mengenali beliau melalui laman sosial facebook dan saya sempat bersembang dan berkenalan dengan beliau melalui alam maya (online).
Sikap beliau yang peramah dan rendah diri ditunjukkan dengan melayan saya yang hanya merupakan seorang rakyat biasa dan tidak mempunyai apa2 jawatan tinggi dalam kerajaan. Saya amat mengkagumi beliau kerana memecahkan tembok komunikasi antara golongan yang berpangkat dengan orang kebanyakan. Dalam perkenalan dengan beliau saya mengambil kesempatan meluahkan/menyatakan permasalah2an orang kampung yang merupakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Orang2 kampung biasanya akan meminta bantuan kepada saya sendiri bagi mengatasi masalah2 mereka, namun kemampuan yang agak terbatas terpaksa saya lontarkan kepada pemimpin2 yang bertanggungjawab.
Berikut adalah 'screen shoot' aduan/perbualan permasalahan kampung kepada Ketua Pemuda Bahagian Umno Semporna:
Pada bulan November 2010, saya telah menemui beliau sendiri yang secara kebetulan berada di Restoran Terapung Semporna (Floating) dan sekali lagi saya menyatakan hajat dan permasalahan orang2 Kampung Terusan Tengah Lama.
Berikut adalah masalah rumah yang dihadapi oleh seorang Balu yang terlepas pandang:
Nama Pengadu: Indah Maseha
Status: Balu (Miskin Tegar)
Bil. Tanggungan: 1 cucu.
Bil.Anak: 3 (Berkeluarga dan Miskin Tegar)
Sumber Pendapatan: Menjahit.
Masalah yg dihadapi: Rumah.
Pendapatan menjahit hanya cukup untuk makan.
Rumah Sudah Usang...
Dinding papan sudah reput hanya mampu memandang...
Siling zink yg sudah bocor ditampal dgn zink 'ni tabak2"
Dinding dapur yang usang...
Kata pepatah melayu " Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul". Beliau merupakan seorang warna tempatan yang mempunyai sijil warganegara. Tanah yg diduduki beliau adalah merupakan tanah milik sendiri dan ada gran. Borang permohonan rumah PPRT telah banyak kali di isi, entah di mana silapnya sehingga pegawai banci yg ditugaskan untuk membanci penduduk hanya memandang sebelah mata.
Hari ini genap 2 tahun saya mengadukan permasalahan ini kepada Ketua Pemuda Umno Semporna. Dan pada kelmarin dan dua hari lepas YB DS Shafie Apdal dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia DS Muhyidin Yassin datang melawat Kg Terusan Tengah dan Semporna, adakah mereka menyedari kehadiran rumah usang dan insan yang perlu pembelaan ini? _Wallahualam!
Semoga dengan pendedahan ini, akan membuka mata para pembaca bahawa tidak semua orang yang pandai menulis dan pandai mengisi borang permohonan pembiayaan daripada kerajaan, orang2 seperti ini adalah tanggungjawab kita untuk memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk mendapat pembelaan seperti orang lain.
Kepada orang2 yg berkenaan; jika terserampak dengan maklumat ini, janganlah pandang ringan amanah yg diberikan oleh rakyat kerana ia adalah tanggungjawab yg harus dipikul bersama. Lihat2 dan pandang2 lah, kata orang " Menyusukan kera di hutan anak dirumah mati kelaparan".
Sekian;
Wrote By: Hamzah Ghafur.
1 ulasan :
asslamualaikum dan selamat sejahtera saudara. saya tertarik membaca komentar saudara untuk mengincar tanggungjawab wakil rakyat. satu permasalahan yang saya anggap besar yang perlu diselesaikan oleh pihak wakil rakyat ini ialah mengenai kajian saya tentang penerima bantuan kebajikan yang sewajarnya mendapatkan hak mereka. pada anilisis kajian saya, hampir kebanyakan penduduk di semporna terutamanya penduduk kampung di pulau bum bum wajar mendapat bantuan kebajikan seperti golongan kurang upaya, golongan balu, anak yatim dan golongan yang sepatutnya. tetapi apa yang membuatkan tuntas saya ini terbantut dan ada rasa kesal ialah, mereka yang wajar mendapat kebajikan itu tidak mendapat bantuan kebajikan yang sepatutnya. tetapi orang lain yang masih berkemampuan pula yang mendapat faedah daripada bantuan kebajikan ini. ini adalah tidak adil, kerana saya telah membuat dokumentasi permasalahan ini ialah apabila ramai yang mengadu bahawa mereka telah memohon bantuan tetapi hamir 3-5 tahun permohonan mereka masih pada tahap penilaian.. mohon saudara usulkan fakta kes ini kepada peringkat yang lebih tinggi
Post a Comment