Thursday, March 15, 2012



Seorang rakan Fcb Kelapamawar menghantar mesej dalam inbox meminta kelapamawar mengupas isu kerelevanan Timbalan PBS Datuk Almudin Kiada untuk dicalonkan di Tempasuk. terima kasih atas kepercayaan itu. Namun rasanya sebelum ini sudah beberapa orang blogger telahpun menyatakan kewajaran Datuk Almudin Kaida diturunkan di Tempasuk. 

Sebagai permulaannya ,kawasan DUNB N6 Tempasuk pada era PBS adalah antara kawasan yang "panas' dan hampir-hampir  di kuasai oleh parti itu selain daripada kawasan KADAMAIAN. Pada PRU 1999, calon PBS Sdr  Abdul Salam Gibang dikalahkan oleh calon dari UMNO, Datuk Musbah jamli dengan kelebihan undi yang sedikit iaitu hanya 735. PBS memperolehi undi 4176, manakala datuk Musbah memperolahi undi 4911. Namun sebelum itu pada PRU 1994 juga calon BN (Akar) Tan Sri Pandikar Amin juga menang dengan majoriti kecil iaitu hanya 947. Waktu itu Tan Sri Pandikar memperolehi undi 4142 manakala calon PBS  Dausin Pangalin memperolehi undi 3195.Kedua-dua keputusan Pilihanraya ini adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana pada PRU 1990, DUN TEMPASUK dimenangi oleh calon PBS Robert Ripin Minggir memperolehi undi 2915 dengan mengenepikan dua calon iaitu kuat iaitu Datuk Musbah (USNO) mendapat undi 2572 dan Tan Sri Pandikar Amin (AKAR) yang memperolehi undi 1139. Majoriti hanya 343 sahaja.

Berdasarkan rekod itu, maka ramai yang berpandangan sekiranya kawasan N6 Tempasuk itu diberikan semula kepada PBS yang kini adalah parti rakan terkuat dalam BN Sabah, maka BN yakni PBS akan menang mudah di kawasan berkenaan, berdasarkan rekod sedia ada itu. Dan tentunya calon paling berkelayakan ialah Timbalan Presiden PBS, Datuk Almudin Kaida yang juga anak jati Kota Belud.


Kewajaran itu dikongsi oleh blogger Datu Sulaiman seperti dalam blognya : Calonkan Almudin di Tempasuk . Inilah pandangan beliau :

Kepada PBS, khasnya Datuk Pairin, saya mencadangkan supaya beliau meletakkan Almudin sebagai calon yang mewakili BN di DUN Tempasuk pada PRU 13 nanti. Janganlah memberi alasan mudah dengan mengatakan kononnya calon BN akan ditentukan kepimpinan pusat. Benar,darisegi formalitinya soal calon akan diumumkan oleh kepimpinan pusat tetapi pada permulaannya presiden parti komponenlah yang mencadangkan calon bagi kerusi untuk kuota parti masing-masing. Jadi pilihlah Almudin untuk kerusi DUN Tempasuk.

Tempasuk adalah kuota UMNO . Benar tetapi bukanlah dalam urusan politik ada konsep 'permuafakatan' dimana parti-parti komponen boleh berunding untuk melakukan pertukaran atas keperluan tertentu. PBS ada keperluan untuk 'bertukar' kerusi Tempasuk bagi memberi ruang kepada Almudin disebabkan Almudin sekarang adalah timbalan presiden. Kalau dua timbalan presiden PBS yang lain ada kedudukan sebagai ADUN dan MP, mengapa pula Almudin tidak diberikan peluang yang sama?

Apakah cara terbaik untuk menyediakan DUN Tempasuk kepada Almudin ? PBS boleh berbincang untuk bertukar kerusi Tempasuk dengan Kedamaian. Apa salahnya PBS meminta kerusi Tempasuk dan menyerahkan kerusi Kedamaian kepada UMNO ? Tambahan pula UMNO mempunyai tokoh yang amat berwibawa untuk dicalonkan di Kedamaian. Bukankah Awadnir Matanggal adalah timbahan ketua bahagian UMNO K.Belud ? Bukankah juga bahawa Awadnir merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan begitu berpandangan jauh, sesuai untuk memajukan DUN Kedamaian yang kelihatan agak kurang membangun ? Dengan memberi peluang kepada Awandnir akan membolehkan UMNO memberi penghargaan kepada kesetiaan dan sumbangan Awadnir kepada UMNO. Meletakkan calon Awadnir sebagai wakil BN dari UMNO untuk DUN Kedamaian merupakan satu perkembangan yang akan merelaisasikan lagi konsep 1 Malaysia YAB Datuk Najib.

PBS pun saya fikir tidak mempunyai sebarang sebab untuk tidak membenarkan Datuk Timbun Lagadan untuk 'berehat'. Tanpa menjadi ADUN Kedamaian pun Datuk Timbun masih boleh berkhidmat untuk PBS. UMNO juga saya percaya tiada sebarang halangan untuk merehatkan Datuk Musbah yang sudah dua kali menjadi YB Tempasuk.

Manakala seorang blogger Muraikb juga mengupas persoalan ini : 

Setakat artikel ini ditulis, politik Iranun masih berada dalam persimpangan, teutama apabila ketiadaan Tan Sri Pandikar Amin dalam struktur politik negara. Hanya berbekalkan kepada jawatan YDP Dewan rakyat,nyata TSP sudah tidak punya keupayaan utuh untuk memimpin politik Iranun. Di saat ini, sandaran terletak d pundak Almudin Kaida yang berjawatan Timbalan Presiden PBS bagi Kouta bumiputera Islam. Namun Almudin buknalah seorang wakil rakyat bahkan 'nasib' politiknya berantung kepada sejauhmana PBS mendapat 'kelonggaran' menambah kouta kerusi pada PRU 13 akan datang. Jika PBS masih dengan kouta asalnya, ada kemungkinan Alumdin Kaida juga hanya 'memanaskan' bangku simpanan pada musim itu.

Jika ini berlaku, Iranun sekali lagi akan terus kehilangan wakil dalam percaturan politik Najib, sekaligus suku minoriti di Kota Belud ini akan terus terpinggir. Inilah akibat dari tabiat telalu 'selesa' dengan pencapaian individu sehingga penyambung zuriat kepimpinan Iranun terbantut perkembangannya. Siapa yang patut disalahkan?


Kalau perkara sebaliknya berlaku yakni Almudin mendapat tempat dan dicalonkan, Iranun tentunya mempunyai harapan besar dalam mengikuti percatuan politik di Kota Belud. Itupun kalau Almudin dicalonkan di Kota Belud. Kalau tidak ,sukar untuk digambarkan keadaan politik Iranun seterusnya.


Justeru itu, Iranun tidak ada pilihan lain selain dari memberi sokongan kepada Almudin Kaida yang dilihat sealiran denga parti pemerintah. memang diakui bahawa ramai juga yang berjnak-jinak dengan politik pembangkang, namun Iranun raanya 'ditadirkan' untuk tidakmendapat tempat di persada politik pembangkang. Jika itu yang berlaku, Almudin Kaida satu-satunya wakil Iranun yang akan memikul beban bangsanya , sama ada akan membawa ke lembah 'kehinaan' atau ke mercu kejayaan dalam politik negeri Sabah.


Walaupun ada pihak-pihak tertentu dalam PBS menaruh harapan supaya Almudin dicalonkan di PRK Batu Sapi yang lepa, namun ia tidak menjadi kenyataan kerana yang lebih diutamakan ialah 'kemenangan' dan bukannya 'memberi peluang kepada pemimpin muda dan berjawatan dalam Parti PBS. Diramalkan, jika PBS tidak juga menurunkan Almudin pada pRU 13, ada baiknya Almudin memikirkan halatuju politiknya, supaya sokongan Iranun akan terus berkekalan. Itupun terpulang kepada empunya diri, kerana yang lebih merasa adalah diri sendiri.

0 ulasan :