Terlalu dekat, mungkin saja seperti dekatnya mata dengan hidung atau telinga dengan pipi, begitu perumpamaan tarikh PRU 13 di balik kaca mata masyarakat Kota Belud. Bukan lagi seperti menunggu buah akan jatuh,kerana buah pasti jatuh, Najib pasti bubarkan Parlimen selewat-lewatnya pun awal tahun depan sebelum tempoh Parlimen berakhir.
Justeru dekatnya PRU 13 ini, masyarakat Kota Belud sudah mula tidak lekang bercerita tentang Calon yang akan bertanding. Baik dari parti UMNO dan BN ataupun dari parti Pembangkang. Di Kota Belud selain dari parti pembangkang tempatan ,hanya PKR dan PAS yang masih menyelerakan masyarakat pekan koboi ini. Soal calon sudah mula kedengaran.Pemimpin politik yang 'digugurkan' pada PRU 2008 juga masih menambat selera politik masyarakat setempat. Dan yang begitu dialunkan lagu politiknya ialah ketua UMNO KB Datuk Salleh Tun Said. Ada yang meramalkan Datuk Salleh akan bertanding di peringkat DUN dan juga ada yang mula mencongak beliau akan menggantikan Datuk Rahman dahlan di Parlimen Kota Belud.
Namun cerita yang tidak enak di dengar ialah apabila Datuk Salleh dikatakan tidak pernah turun padang menemui ketua-ketua cawangan UMNO di pelusuk Kota Belud ini walaupun PRU 13 semakin dekat. Khabarnya sejak Datuk Salleh menjadi Ketua UMNO KB, rutin politik yang sepatutnya dilakukan oleh ketua bahagian UMNO ini tidak mendapat tempat dalam takwim politik Datuk Salleh.
Walaupun telah beberapa kali Najib mengingatkan supaya pemimpin turun padang merasa denyut nadi rakyat, namun ia semua tidak menjadi asas politik mantan Ketua Menteri Sabah ini. Kesibukan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri tidak memungkinkan datuk Salleh melaksanakan aktiviti menemui ketua-ketua cawangan mendapatkan feedback atau maklumbalas dan aspirasi peringkat akar umbi.
Mungkin kekuatan modal pilihanraya yang begitu teguh dan modal kejayaan prestasi yang membrangsangkan , membuatkan Datuk Salleh 'sengaja' membiarkan ketua-ketua cawangan ini 'bersendirian' sementara sebelum PRU 13 nanti.
0 ulasan :
Post a Comment