Thursday, March 15, 2012



Isu kerakyatan PATI di Sabah terus menjadi polimek para pemimpin politik di negeri ini. Masing-masing cuba mernjadi 'hero' dalam isu yang telah berlarutan lebih 3 dekad di Sabah. Dari era parti BERJAYA kepada pemerintah PBS dan kemudiannya UMNO, isu kewarganegaraan PATI tidak pernah selesai.

Beberapa hari lepas Timbalan Ketua menteri Sabah yang juga Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan dipetik sebagai berkata bahawa tidak wujud sebarang bumiputera baru yang memperolehi status anak negeri di Sabah ketika menjawab pertanyaan wartawan dalam majlis penutupan seminar di Dewan  Hongkod Koisaan ,Penampang.


KOTA KINABALU: Kenyataan yang dibuat oleh Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa tidak wujud sebarang Bumiputera baru yang memperoleh status anak negeri di Sabah adalah amat membimbangkan, kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun.

"Kenyataan pemimpin agung KDCA itu adalah amat merunsingkan tanpa mengambil kira apa yang berlaku di sekitar Sabah, terutama pengeluaran taraf anak negeri kepada warga asing hanya kerana mereka mempunyai MyKad yang diragui di bawah Ordinan Tafsiran Anak Negeri.


"Di setiap penjuru Sabah, ia berlaku setiap hari. Tiada gunanya untuk mempunyai KDCA jika status anak negeri tidak dipelihara,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Majimbun turut memberi peringatan kepada Pairin mengenai satu contoh dalam buku tulisan MD Mutalib dimana seorang warga asing menjadi guru di Tawau dan memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan.

Beliau berkata Pairin bersikap penyangkalan, mungkin untuk menutupi kegagalah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin dan pengeluaran kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Chong Eng Leong, sementara itu, berkata bahawa komuniti KDM adalah kumpulan Bumiputera terbesar di Sabah sebelum pembentukan Malaysia iaitu 54 peratus.

Beliau berkata populasi KDM meningkat 201 peratus dari 1970 hingga 2010 tetapi peningkatan kumpulan lain adalah luar biasa, menyebab komuniti KDM hanya 34 peratus daripada jumlah Bumiputera di Sabah pada 2010.

“Dapatkah Pairin memberi penjelasan kepada kami, rakyat Sabah pada 2010?" soalnya.

Sementara itu, Ketua Umno Sepanggar, Datuk Jumat Idris bersetuju dengan Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri yang bertanggungjawab ke atas ehwal Bumiputera.

"Mereka yang datang dari luar boleh dia negara tidak boleh dianggap sebagai Bumiputera," katanya.

Pairin dalam ucapan Penutupan pada seminar KDCA di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabtu lalu menjawab soalan daripada penonton dimana adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk memberi jaminan kerana ia sudah dilindungi oleh undang-undang.

0 ulasan :