Tuesday, March 27, 2012


Perlantikan Khairy Jamaluddin yang juga ketua pemuda UMNO dan BN sebagai pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April ini dilihat sebagai satu lagi percaturan saat akhir sebelum menjelangnya PRU13. Sebelum ini Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil "KJ" bukan sahaja tidak diberikan jawatan dalam kabinet Najib tetapi juga difahamkan telah menyatakan kesediaannya untuk tidak mempertahankan kerusi Rembau pada PRU 13 akan datang. Perlantikan KJ itu dilaporkan oleh media:

Kuala Lumpur : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada selesa mengumumkan perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusi baru berkuat kuasa 1 April ini.

Perlantikan itu dibuat oleh Yayasan pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat lembaga pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib pada 8 mac tahun ini.

Seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, politik dan ekonomi dari universiti of oxford 1997 dan memperolehi sarjana perundangan dan teori politik dari university college of London 1998.Menantu kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7 ulasan :

Anonymous said...

moga Khairy dpt laksanakan peranannya sebagai pengerusi PUNB dgn baik.

TuhauBam said...

Laksanakan tugas dengan penuh amanah

Anonymous said...

Hebat background pendidikan KJ ni. Gunakan kepintaran yang ada ke arah yang positif.

Unknown said...

Tahniah kepada KJ atas lantikkan tersebut.

Unknown said...

Semoga KJ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Hamdan Hadillah said...

Tahniah kepada KJ kerana diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan pengurusi dalam PUNB.

evan medhousky said...

jika Khairi mementingkan jawatan, sudah lama beliau keluar dari umno dan menyertai pembangkang..