Wednesday, March 21, 2012



" Datuk Salleh tidak pernah bertaubat dari politik yang mencemaskan". Begitu antara luahan Ajk UMNO KB sejurus selepas mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian itu pada minggu lepas . Dalam mesyuarat Bahagian ini, antara isu yang diperbincangkan ialah mengenai calon-calon pilihan yang bakal 'dicadangkan' oleh Bahagian UMNO KB yang diketuai oleh Datuk Salleh Tun Said sendiri.

Namun apa yang memeranjatkan sebahagian besar AJK UMNO Bahagian itu ialah apabila Datuk Salleh dikatakan cuba membawa 'pemimpin politik' luar untuk disenaraikan sebagai calon pilihan UMNO KB pada PRU 13 yang sedikit masa lagi akan melabuhkan tirainya, paling lama pun pada hujung tahun ini atau lebih awal dari itu.



Sedikit kekecohan hampir tercetus apabila AJK UMNO KB menolak 'kemahuan' Datuk Salleh itu. Tetapi  kemudiannya dipersetujui oleh beliau apabila, isu itu dibahaskan dan kesepakatan AJK UMNO mengenai perkara itu sangat kuat. AJK UMNO KB merasakan keperluan nama beberapa orang yang dikenalpasti terlebih awal dijadikan 'calon' pilihan UMNO KB pada PRU 13 akan datang.Walaupun kekecohan itu dapat diredakan, melalui semangat pemuafakatan dalam parti itu, namun masih ramai yang percaya, tindakan Datuk salleh itu seolah-olah mempunyai agenda sendiri demi kelangsungan politik peribadinya, tanpa memikirkan natijah sokongan rakyat pada PRU 13. Apakah Datuk Sallleh yakin sesungguhnya , bahawa pemilihan calon yang tidak sesuai akan memenangkan UMNO di KB?

Berikutan itu, insiden tersebut mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat di Kota Belud, terutama dari pemimpin kelas pertengahan suku Iranun. Jika sebelum ini masyarakat Iranun menunjukkan protes secara senyap pada PRU 12, maka sentimen calon ini melalui formula 2:1:1 kembali mengambil tempat. Datuk Salleh yang sebelum ini dalam mesyuarat UMNO KB tahun lepas menunjukkan penerimaan kepada Formula tersebut, namun  pada akhir-akhir menjelang PRU 13, formula itu mula dilupakan.Membawa pemimpin luar yang tidak punya 'auta' dalam UMNO KB termasuk baktinya kepada parti itu, hanya akan menjerumuskan UMNO dan BN di Kota Belud ke lembah kekalahan pada PRU 13 nanti. 

Antara senarai calon yang diputuskan dalam mesyuarat UMNO KB itu adalah seperti berikut:

N6 Tempasuk : Datuk Musbah Jamli,Sdr Barur Sawi (ketua Pemuda), sdr Roslan Hj Manshor dan  Sdr Marali Adim.

N8 Usukan : Datuk Japlin Akim, Datuk Salleh Tun Said,dan sdr Jap Omar.

P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan, Sdr Awadnir Matanggal,sdr Roslan, Sdr Tungking dan sdr Marali.

9 ulasan :

Hinamori said...

Datuk Seri Musa Aman telah menekankan kepentingan untuk semua Umno dan komponen BN untuk memberikan sokongan kepada mana2 calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan bagi PRU13 yang akan datang

thinaj said...

UMNO/BN may need to listen to their members too in order to avoid in-fighting and conflict. The opinion of their members should also be considered.

thinaj said...

However, i do believe that there is a good reason why a certain leader is chosen to be represent the party.

ferlo said...

ahli2 UMNO-BN perlu ada kata sepakat dalam pemlihan calon mereka dan meberi sokongan sepenuhnya pada calon yang dipilih.

Karin-nah said...

Calon luar atau bukan yang penting sekali calon itu mampu memberikan yang terbaik untuk penduduk Kota Belud.

Karin-nah said...

Biarkan calon yang dipilih itu adalah yang terbaik untuk semua. Kerana calon sebegitulah yang diperlukan.

me gusta said...

Tidak tahu apa motif Salleh mahu menyenaraikan pemimpin luar namun kesepakatan dalam parti itu penting. Ia adalah asas kepada kekuatan parti untuk mencapai kejayaan. Tahniah kepada UMNO KB kerana sudah selesai dengan senarai nama untuk dicalonkan pada PRU13.

me gusta said...

Musa mengatakan perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan seorang individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon pembangkang.

evan medhousky said...

buatlah perbincangan secara tertutup supaya tidak ada isu kontroversi yang dibawa keluar dari bilik menyuarat..