Satu sindrom baru dalam politik Sabah menjelang PRU 13 ini ialah rakyat mula sudah 'berani'menyatakan kemahuan dan kehendak mereka dalam pemilihan calon atau wakil rakyat mereka. Sebelum ini di Kimanis, rakyat telah cuba menunjukkan keprotesan mereka dengan mengadakan beberapa demontrasi secara aman menolak kepimpinan Datuk Anifah Aman di kawasan parlimen mereka.
Di Beaufort pula, UMNO Bahagian itu bertindak untuk tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk Azizah Mohd Dun pada PRU 13 akan datang. Insiden ini seperti yang dilaporkan oleh blog dan fcb mendakwa ada kaitan dengan tindakan ADUN KLIAS itu menentang ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dua tahun lepas sekalipun menang ketua Wanita UMNO dengan kelebihan 40 undi.
Apa mesej yang cuba ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Beaufort apabila Setiausaha Bahagian Beaufort mengumumkan UMNO Bahagian Beaufort tidak mahu mencadangkan Azizah Mohd Dun sebagai calon Dun Klias Beaufort?
Musa dan Azizah bertemu- Kenapa pula Nurnikman
pemimpin buangan ini turut sama?
Nampaknya polemik politik Bahagian Beaufort berterusan lagi sejak Azizah Mohd Dun menentang Lajim Ukin sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort semasa pemilihan 2 tahun lalu. Azizah yang dikatakan sebagai tunggangan Musa Aman bertarung merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian telah tewas dan hampir tewas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian dengan jumlah 40 undi.
Semua orang tahu Azizah memang tidak sebulu dengan Lajim Ukin. Lantaran itu majoriti AJK Bahagian UMNO Beaufort sangat tidak menyenangi Ketua Wanita UMNO ini yang ghairah mahu menumbangkan Lajim Ukin yang dianggap Janang Gayuh oleh kaum Bisaya di Sabah.
Permusuhan Musa Aman dan Lajim Ukin di Sabah bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Sejak Lajim Ukin digugurkan sebagai Timbalan ketua Menteri oleh Musa Aman, dan usaha menjatuhkan Lajim dengan pelbagai cara termasuk terbaru mengarahkan semua Pegawai Daerah di Parlimen Beaufort tidak menjemput Timbalan Menteri itu merasmikan majlis kerajaan (seperti penyerahan BR1M DLL) dan peruntukan PPN Sabah di Beaufort dibekukan. Kerja siapakah ini?
Kenapa Azizah mempersoalkan peruntukan PPN Sabah yang dikatakan tidak wujud dipohon oleh Lajim Ukin ini? Apakah niat sebenarnya sehingga arahan pembekuan oleh Musa Aman? (Sila semak dengan Matusin Pengarah PPN Sabah mengenai arahan ini).
Arahan ini dikatakan telah diselesaikan apabila YAB PM mengarahkan projek pembangunan seperti masjid dan kemudahan infrastruktur di teruskan. Apakah Musa dan Azizah menganggap Lajim Ukin ini bodoh?
Mereka bukan seperti Jumat Idris yang mengampu. Dapat
projek KKLW berjuta tapi menjilat Musa Aman.
Oleh itu kemelut yang berpanjangan ini tentu ada sebabnya. Justeru pengumuman oleh SU Bahagian UMNO Beaufort itu bukanlah sesuatu yang menghairankan dan menjanggalkan tetapi sudah dijangka.
Apakah UMNO Bahagian Beaufort takut dengan Musa Aman?
Apakah agaknya reaksi SB, BTN, Kemas dan JASA di Beaufort? 4 agensi dibawah ketiak Musa ini tentu tidak akan berpihak kepada Lajim Ukin dan kumpulannya. Baca saja komen di Facebook sewenangnya mereka menganyang Lajim, SU Bahagian dan UMNO Beaufort kerana mendedahkan di media massa secara terbuka.
Apa pilihan? Kalau sudah semua sumber Musa Aman kuasai? Hanya yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dengan UMNO sahaja akan takut dengan Musa Aman.
6 ulasan :
kadang2 ada isu yang sengaja dihangat2kan bagi memecahbelahkan parti lawan atau lebih tepat lagi bertindak sebagai batu api.. tidak mustahil selepas ini akan timbul lebih banyak isu2 recycle seperti konflik antara LDP dengan Musa..
dicalon atau tidak yang penting teruskan beri sokongan pada agenda parti.
Tidak dipilih calon DUN tapi mungkin dipilih untuk calon Parlimen?
Lepas Shafie sokong Musa, timbul pula lagi Musa dan Lajim tidak sefahaman. Banyak betul gosip politik ni.
Government is making continuous efforts to ensure that people's lives are comfortable and assist those still in grasp of poverty to better themselves
Dicalonkan atau tidak yang penting adalah usaha beliau yang benar-benar prihatin terhadap penduduk Beaufort.
Post a Comment