Wednesday, May 18, 2011




Dalam jadah politik, tidak ada istilah pengikut yang setia pada satu pemimpin. Yang berlaku ialah pengikut sering beralih arah mengikut arus kepimpinan. Justeru itu dalam teori politik menyatakan bahawa rasa 'terancam' yang sentiasa dirasai oleh pemimpin politik akan membawa kepada percaturan luar jangka. Ini juga dikhuatiri akan menjangkiti penyakit 'mengkhianati' ketua dan seterusnya membawa kepada kelompok puak dalam sesuatau parti organisasi.

Di Sabah istilah puak dalam parti memang wujud seawal merdeka lagi. Dalam USNO, membawa kepeda perpecahan teruk yang menjadikan BERJAYA sebagai parti serpihan. Kemudiannya PBS juga adalah serpihan kaca BERJAYA yang berkecamuk pada waktu itu. Seketika apabila PBS memerintah Sabah setidaknya mencecah 3 penggal, perpecahan puak dalam parti agak kabur.

Kemasukan UMNO di Sabah lewat 90-an secara jujurnya membawa kepada perpecahan dalam parti USNO. Seperti yang dikatakan oleh Allahyarham Tun Mustapha, 'beralih dari perahu kecil kepada perahu Besar' tidak membawa ap-apa makna dalam politik penyatuan bumiputera Islam Sabah. Pertama kerana kemasukan UMNO turut membawa dasar "Pecah perintah' melalui kuasa yang digilirkan. Kedua kerana ketika USNO dimatikan, ramai pemimpin dalam USNO yang turut 'tidak dibenarkan' berpindah perahu. Ada yang segaja dimatikan dan ada yang halang dalam kompas politik Sabah. Tentu masih ada yang ingat nama-nama seperti Karim Bujang, Datuk Askalani, Dayang Mahani , Datuk Amir Kahar dana banyak lagi. Dimanakah kedudukan mereka dalam UMNO Sabah. Bukankah pemimpin ini adalah antara pemimpin hadapan dalam Parti USNO yang terpaksa 'disembelih' untuk upacara pengorbanan demi kemasukan UMNO.

Kini beberapa hari lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mengingatkan ahali-ahli dan pemimpin UMNO dalam satu kenyataan bahawa harus menghindarkan kepuakan dalam parti. Seolah-olah perpecahan dan puak dalam UMNO Sabah sudah sampai seperti ibarat "bangkai Gajah yang tidak boleh ditutup lagi" Justeru Musa Aman menegur secara terus dan tidak berselindung.

Benarkah UMNO Sabah memang penuh dengan puak-puak atau team-team tertentu. Di sekitar beberapa bulan dan tahun kebelakangan ini terutama apabila UMNO mencatat detik paling malang dalam sejarah meraih sokongan orang Melayu pada PRU 12, UMNO di Sabah pada hemat penganalisis politik tempatan begitu nampak berpuak-puak. Lebih-lebih dengan kelahiran beberapa pertubuhan atau NGO Sosial yang berselindung pada bayang politik peribadi. Kewujudan NGO ini telah menyebabkan UMNO Sabah dilihat terbahagi kepada 2 kelompok besar.

Datuk Shafie Apdal yang dikatakan mempunyai keinginan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dilaporkan sebagai puak yang satu. Manakala Musa Aman pula berada pada puak lain. Kemudian wujud juga puak-puak kecil yang sedang berusaha mengorek perahu supaya yang lain turut tenggelam bersama. Itu belum lagi puak dalam BN yang nyata begitu kontra dengan Musa Aman.

Cabaran yang paling hebat bagi ketua Menteri Sabah untuk menyatukan puak-puak yang bertelagah dalam UMNO Sabah ini. Namun pada hemat saya proses penyatuan itu tentu sukar atas dua sebab seperti yang saya nyatakan di awal-awal penulisan ini. iaitu kerana budaya pecah perintah dan kerana penyisihan beberapapemimpin USNO terdahulu.

0 ulasan :