Monday, May 16, 2011


Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud yang telah berlangsung beberapa hari lepas telah sebulat suara berikrar menyokong tanpa berbelah bahagi gandingan Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh Tun Said selaku Ketua Umno bahagian Kota Belud dan juga sebagai timbalan pengerusi Perhubungan Negeri. Sekaligus sebagai sayap kanan kepada UMNO Bahagian, berpatutan mengambil dan mempertahankan ketua Bahagian UMNO berkenaan.

Namun yang menimbulkan prasangka politik ialah apabila Ikrar itu hanya dilaungkan setelah hampir 2 tahun DSSK menjadi Ketua UMNO Bahagian setelah mencabar Datuk Musbah dalam satu pertarungan sengit yang menyaksikan DSSK dapat merampas kembali jawatan berkenaan. Sebelum ini dalam mesyuarat Pergerakan pemuda ucapan berapi-api tetapi 'lembab' sering mengambil tempat, namun tidak ada pula ikrar menyokong kepimpinan Musa-Salleh.

Dalam satu temubual penulis dengan beberapa orang perwakilan pemuda, penulis difahamkan ikrar itu agak longgar kerana atas alasan apa kapasiti Salleh berganding dengan Musa, sedangkan Salleh sendiri bukannya wakil rakyat dan bukan pula memegang sebarang portfolio dalam kabinet negeri. Selain itu ikrar tersebut juga disifatkan sebagai mengampu, berdasarkan andaian politik masa lampau pemuda, kononnya Ketua Bahagian 'mempunyai' kuasa simpanan untuk perlobian menjadi calon PRU. Sedangkan Najib dalam beberapa kenyataan menegaskan bahawa Jawatan dalam Parti tidak langsung menjamin seseorang 'diterima' untuk menjadi calon dan wakil rakyat.

Kenyataan Pemuda Kota Belud itu jugta dilihat mengenepikan peranan dan gandingan timbalan ketua menteri dari PBS, dan Umno sendiri. Seolah-olah Salleh digambarkan akan menduduki kerusi utama selepas PRU 13 akan datang. sepatutnya dalam parti UMNO sendiri di sabah, kepimpinan Musa Dan barisan kabinetnya harus disokong penuh untuk menjamin kelangsungan pembangunan di negeri bawah bayu ini yang mencatat sebagai negeri mundur dan miskin walaupun UMNO telah mentadbir negeri lebih belasan tahun.

Sekali lagi pendirian Pemuda Kota Belud diperkecilkan dan tidak harus menjadi tonggak idealisme pemuda harapan bangsa! Penulis sempat membaca ucapan Ketua Pemuda berkenaan dan dengan sinis dan yakin tidak ada apa yang perlu dipertahankan.

3 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar.

Agak lama juga saya tidak memberi komen di blog mu ini. Salah satu sebab nya, ia lah 3 post sebelum ini ia nya terlalu condong kepada isu yang menekankan peranaan, penampilan, keseimbangan dalam perjuangan politik masyarakat Iranun di Kota Belud, ya?

Dalam pada itu, saya luangkan juga masa sejenak demi untuk membaca apa yang tersurat atau pun barangkali yang tersirat dalam post-post tersebut. Namun, pada pandangan umum saya, artikel-artikel yang KM huraikan itu seakan-akan membayangkan suara hati dalaman KM dalam bentuk monolog. Jadi pada saya, agak rumit juga untuk menilai atau pun memberi komen yang tidak ketantuan.

Artikel KM kali ini, mungkin ada perbezaan nya sedikit. Kerana KM tidak banyak menyentuh tentang ‘racial politic’. Dari apa yang saya perhatikan, ada lah rasa tidak puas atau pun kurang setuju KM dengan ikrar Pemuda UMNO disana, ‘pertaining to’ gandingan Musa-Salleh.

Pada pandangan saya, istillah ‘mengampu, tidak suka atau pun kurang setuju’, tidak timbul. Kerana saperti juga yang ada pada KM, ini ada lah hasrat dalam kalbu masing-masing untuk memperjuangkan masa depan pemimpin mereka.
Dengan bahasa pasar, I say this, ‘pedulikan lah, itu hak mereka(dengan maaf)’.

Dalam kontek politik yang macam-macam ada ini, perkara saperti ini ada lah normal. Maksud nya, boleh terdapat dimana-mana. Kadang kala nya, dalam usaha untuk memertabatkan pemimpin mereka, setengah golongan sanggup bertindak extreme, sehingga melakukan sebaran palsu, surat laying, gossip, tunjuk perasaan, menayangkan video lucah dan sebagai nya. KM pun faham, semua ini termasuk dalam agenda politik.

Justeru itu, dengan memberi ulasan sinis dan provokatif yang luar jangka, tidak semestinya membetulkan situasi yang kita rancangkan. Mala ia nya bukan sahaja akan mengelirukan kita sendiri tetapi juga, mereka-mereka yang meminati perjuangan kita. Sehinggakan tujuan kita untuk memberi komen disalah tafsirkan sebagai'complain'.

Untuk itu, kadang-kadang tidak merugikan kalau kita nilai semula skop strategi kita dalam usaha untuk menyampaikan maklumt kepada golongan yang kita ‘target’ kan. Maksud nya sejauh mana kah keberkesanan nya mesaj-mesaj yang kita hendak sampaikan.
Walau pun pada hakikat nya, objektif kita ada lah murni, namun kalau ia nya hanya terkandas di pertengahan jalan , tidak bermakna perjuangan kita selama ini.
Apa-apa pun, itu cuma pandangan kerdil dari saya.

Saperti biasa semuga sukses dan maju jaya.

getah lastik said...

sekurang2nya pemuda ada pendirian yang berani dan jelas.
tahniah!

Anonymous said...

Salam 1Malaysia.....

Harap bloger dapat menulis artikel yg buli mmbwa manfaat utk semua.

Hidup KB!