Monday, May 30, 2011


Walaupun Kota Belud tempat lahir UMNO di Sabah, walaupun Kota Belud telah melahirkan banyak pemimpin bertaraf nasional. Walaupun Kota Belud menjadi tempat tanah tumpah darah para pejuang terdahulu, namun semuanya itu bagaikan satu 'pukauan' yang sangat mengaibkan. Kerana lebih dua dekad bahkan mencecah 4 dekad, pekan kota Belud tidak pernah 'menikmati' manis-manis para pejuangnya yang acapkali menjejak kaki di pekan koboi ini. Pekan kota Belud terus terpinggir, rakyat Kota belud terus tidak terbela. Banyak masalah asas yang bersarang di pekan ini gagal disempurnakan oleh kebanyakkan pemimpin yang datang dan pergi. Masing-masing membawa kesempurnaan dan keuntungan peribadi mereka. Pekan kota Belud terus dibelenggu oleh pelbagai rencah masyarakat yangt terpedaya dengan laungan pemimpin yang berretorik setiap masa kononnyaq hanya parti yang mereka wakili akan dapat membela. Kononnya hanya pemimpin seperti mereka yang mendapat 'kuasa magic' persis filem Harry Potter.

Masalah keperluan air bersih, jalan raya yang masih tidak berturap di kebanykkan perkampungan.dan masalah kesesakan jalan umpama dibiarkan 'tergantung' tidak bertali. Kesesakan jalan menuju ke pekan koboi yang dihuni oleh sapi-sapi liar yang dijinakkan oleh lambakan sampah sarap akhirnya tidak pernah diselesaikan.

Jalan raya byapass yang diwar-warkan kononnya untuk mengelakkan kesesakan teruk di pekan ini nyata adalah mainan politik dan retorik pembangunan yang berselindung atas kepentingan rakyat. Masalah kesesakan di pekan ini terus menjadi 'hantu bangkit' dikalangan masyarakatnya termasuk masyarakat luar yang datang berkunjung di pekan yang terkenal dengan tamu mingguannya ini.

Masalah kesesakan ini berlaku disegenap pelusuk memasuki pekan ini. Dari kedamaian, dari Tempasuk dan dari Usukan terutama sekitar pukul 8.00 pagi hingga tengah hari setiap hari. Para pemimpin di dan wakil rakyat seperti mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. Bila keadaan ini akan berakhir? bila PRU 13 muncul nanti, ikutilah kempen0-kempen pemimpin yang bertanding, pasti akan kedengaran dodoian si kaduk yang mahu menjadi hero menyelesaikan kesesakkan ini. selepas PRU, dodoian itu akan samar menjadi janji basi dan busuk. Wahai rakyat Kota Belud! bukalah minda! bukalah mata! kapan kamu menjadi kunang-kunang menerangi si pemimpin yang semakin buta matanya?

5 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar

Membaca artikel KM kali ini, walau pun nampak terlalu serius, namun membuat saya rasa tergelak dalam kesedihan. Kerana isi kandungan yang tersurat atau mungkin juga tersirat pada am nya amat menyayat hati. Apa lagi bila mengingatkan realiti masaalah yang harus dibendung oleh pengguna harian jalan di pekan tersebut.

Pada hakikat nya, rumusan yang agak emosi dari KM, memang ada juga kebenaran nya. Apa lagi bila memikirkan masaalah saperti ini telah berlarutan sejak berkurun lama nya.
Namun seakan-akan tiada petanda kearah penyelesain dalam masa yang terdekat atau pun masa akan datang. Lain lah kalau pemimpin-pemimpin yang sedia ada atau pun yang akan datang mempunyai 'kuasa magik' persis filem Harry Potter, kan?

Walau pun saya memahami hasrat KM dalam penulisan ini, tapi beberapa perkara yang ditekankan agak mengelirukan. Maksud saya, KM terlalu memikirkan bahawa masaalah kesesakan disana semudah itu diselesaikan hanya dengan bermain politik (pada pandangan saya).

Sebagai seorang ‘intellectual’, mungkin KM lupa bahawa banyak lagi elemen-elemen lain yang perlu diserapkan bersama dalam usaha untuk mengatasi masaalah kesesakan trafik di pekan KB, antara lain;
1) Keadaan alam sekitar yang mengongkong situasi(land use and location) pekan KB
2) Pandangan Pakar Perancang jalan dan pekan dari kontek geoimetri yang terhad dan opsen
3) Kos sebenar yang di gunakan untuk perubahan Jalan KB secara menyeluruh. Saperti pembinaan ‘fly over’ dsn.
4) Kuasa maksima kemampuan agent politik disana ketika ini dalam usaha untuk mengubah konsep jalan yang sedia.

Jesteru itu, rasa naya ada lah tidak adil kalau kita hanya semata-mata fokuskan pandangan kita pada yang satu. Ia itu, kegagalan ahli-ahli politik atau pun organisasi politik yang sedia ada.
Persoalan nya, kalau lah kita tukar ahli-ahli politik atau pun kerajaan yang sedia ada, atas nama ‘pembaharuan’; mampukah ‘pembaharuan’ itu merubah situasi yang sedia ada di KB dalam kadar yang segera? Fikir-fikirkan lah

Apa-apa pun semuga sukses

Sniper said...

salam,

saya amat bersetuju dengan pendapat solymone...

getah lastik said...

komen km ni mcm agak ketinggalan la,tidak berpijak d bumi yg nyata dan tidak peka kpd perubahan.kalau komen km ni 20 tahun yg lepas mungkin boleh la d terima.mungkin km tak panjangkan fikiran knapa perkara tu terjadi, contohnya masalah trafik jem, ini d sebabkan oleh keadaan struktur smulajadi pelan pekan kota belud ditambah pulak dgn pertambahan kereta,mengikut kajian purata rumah d kb ada mempunyai 2 buah kereta.dgn pertambahan harian kereta d kb dan keadaan jalan d pekan kb yg jumud maka tak heran la perkara jem ni berlaku.d mana2 pun bandar yg membangun di dunia ni mengalami perkara yg sama.pasal air,takungan air d kg.bayayat siap sedia utk digunakan cuma ada masalah teknikal sj dan d fahamkan oleh Mp dard masalah ini akan selesai pada tahun 2012.masalah jalan2 masuk kg plk,agak tdk kterlaluan klu d katakan jalan2 utama d kg2 d kb telahpun d naik tarafkan dan ada yg rancak sdg dalam pembinaan.so, olehkrana km menetap d kb dan da biasa dgn keadaan d kb ni, maka tak nampak la perubahan ini.cuba tanya la dgn org yang dah lama tak turun kb, mmg mrk agak terkejut dgn perubahan yg ada d kb.fikir2kan

BELUM PENDEKAR said...

As Salam,
Masalah kesesakan lalulintas di KB memang Ada kebenarannya. Ianya sungguh merimaskan. Pun demikian, bak kata Solymone, puncanya bukan politik semata-mata. Banyak factor lain yang menyumbang kepada keadaan tsbt. Bilangan kenderaan yang bertambah, tanah untuk jalanraya yang terhad, susunatur bangunan kedai serta budaya pemanduan kita sendiri juga banyak menyumbang kepada masalah ini.

Pada saya, apa juga kekangannya, pentadbiran daerah perlu mencari alternatif yang terabit seperti mengkaji aliran atau pergerakan kenderaan yang boleh mengurangkan kesesakan ketchup yang minimum kalaupun tidak dapat diselesaikan. Selain itu, kesesuaian bulatan Dan segitiga jalan yang agak banyak yang nyata menyempitkan lagi jalanraya disekitar pekan perlu dilihat semula. Sebagai alternatif garisan kuning mungkin boleh digunapakai. Andai ianya masih sukar, saya mencadangkan supaya khidmat Perancang Bandar berpengalaman diperolehi untuk menilai semula Dan merancang pergerakan kenderaan yang telah sedia banyak Dan Akan terus bertambah lagi pada masa Akan datang.

Saya Kira pandangan orang berpengalaman dan profesional spt sdra Solymone juga amat perlu untuk dikongsi bersama.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

Baca blog saya http://mpkotabelud.blogspot.com untuk komen saya mengenai isu ini. Terima kasih

DARD