Friday, June 17, 2011


Potensi Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin nombor satu negeri Sabah memang tidak dapat disangkal. Malahan pada hemat saya, sesiapa pun jua adalah berpotensi untuk menduduki kerusi itu, hanyasanya dukungan dan sokongan dari rakyat jelata.

Berkenaan dengan sambutan luarbiasa yang disifatkan oleh Musli Oli dalam blognya sekali ketuk terhadap Naib presiden UMNO dari pantai timur itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kerana sebagai pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin ketiga negara, tentunya Datuk Shafie dilihat oleh rakyat sebagai 'bayangan' Najib di Sabah, walaupun masih ada yang menganggapnya itu sebagai satu muslihat politik. Kerana orang-orang sebegini lebih berkecenderungan untuk meletakkan Musa Aman dikedudukan itu, apatah lagi kerana Datuk Musa Aman adalah KETUA MENTERI Sabah hingga saat ini.

Sokongan rakyat Sabah kepada Datuk Shafie Apdal, terserlah disegenap majlis yang dihadiri oleh Datuk Shafie. Baik di Kota Belud, ketika sambutan Hari Raya, tahun lepas, kunjungan Datuk Shafie begitu memukau rakyat Kota Belud. Walaupun sudah ada desas-desus ketika itu bahawa adanya arahan atasan untuk membiokot majlis berkenaan. Begitu juga dengan majlis di Kimanis yang juga menyaksikan gelombang sokongan rakyat yang tidak putus-putus.

Minat yang begitu mendalam rakyat kepada Datuk Shafie bukan sahaja pada majlis yang dihadirinya tetapi juga ketika Pemimpin ini pulang ke rumah keluarganya di semporna. Saya sendiri telah berkesempatan menyaksikan bagaimana sambutan yang begitu besar kepada Datuk shafie apabila berada di Semporna. Rakyat jelata berduyun-duyun di sepanjang jalaraya menuju ke rumah Datuk Shafie. Seorang rakan wartawan yang sempat saya temui ketika itu menggambarkan situasi tersebut sebagai "mengalahkan' orang kahwin.

Pembangunan di Semporna juga bertambah pesat. Ketika menjadi timbalan menteri Pertahanan, Datuk Shafie sempat 'membawa' Pangkalan tentera laut di raja Malaysia di Semporna. Ketika menteri hal-ehwal pengguna, beliau juga 'membawa' penubuhan cawangan kementerian Hal-Ehwal pengguna di daerah itu, di samping 'mengundang' pelaburan beberapa supermarket terkenal seperti Giant. Ketika berperanan dalam kementerian Kebudayaan dan warisan, datuk Shafie juga 'berjaya' meletakkan Perayaan regata lepa-lepa sebagai acara bertaraf dunia. Pada saya itu sudah cukup baik berbanding dengan pemimpin Kota Belud, yang nyata tidak berfikiran seperti Datuk Shafie. Lihat di Kota Belud, bukan sahaja rakyatnya dibelenggu oleh harga runcit yang tinggi, tetapi juga tidak mempunyai pilihan selain dari kedai runcit Gui Brothers yang menguasai sektor peruncitan di Kota belud berkurun lamanya.

Kerana itu saya tidak heran jika Datuk Shafie dianggap sebagai 'ancaman' besar kepada 'jerung-jerung' yang bergigi tajam. Apa yang benar berlaku ialah, rakyat Sabah terutama bumiputera Islam mahukan perubahan dalam landskap kepemimpinan di Sabah. Mungkin tidak lagi rahsia, kalau saya juga mengkehendakkan yang sama.

2 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

As Salam,
Terdapat beberapa perkara yang ingin saya kongsi untuk kita fikirkan bersama.

1. Saya tidak jelas, siiapa sebenarnya yang menganggap DSA sebagai ancaman?

2. Kalau DSA dianggap sebagai ancaman oleh pihak tertentu, bagaiamana pula dengan tanggapan DSA sendiri terhadap pemimpin yang menganggap beliau sebagai ancaman? Begitu juga, bagaimana pula tanggapan DSA kepada pemimpin2 yang lain? Andai beliau juga mempunyai tanggapan yang sama, apa bezanya dengan orang yang menganggap beliau sebagai ancaman?

3. Apabila seseorang yang mempunyai kedudukan Dan kuasa tertentu, menjadi lumrah pada hemat saya untuk individu berkenaan disambut dan diagung-agungkan. Pun demikian, adalah agak sukar untuk dibedakan samada kehadiran yang menyambut tersebut kerana rasa hormat terhadap ketokohan pemimpin tadi ataupun kerana adanya maksud tersirat yang lain. Sebagai contoh, habuan kuasa ataupun habuan projek.

4. Perbandingan yang dibuat oleh sdra KM terhadap apa yang dianggap sebagai pencapaian DSA dengan pemimpin KB saya fikir mcm tidak kena. Di semporna disebut ada pangkalan TLDM dsb sedangkan di KB disebut harga barangnya mahal. Adakah ini bermakna hargailah barang disemporna

5. Saya percaya bahawa DSA adalah pemimpin yang baik. Bahkan beliau boleh menjadi lebih baik jika beliau menilai dengan bijak laporan politik mana yang boleh dipakai Dan mana yang tidak. Begitu juga, beliau Akan menjadi lebih baik jika beliau menilai dengan lebih teliti siapa yang boleh dijadikan tongkat Dan siapa yang hanya ingin menjadikan beliau sebagai kuda. Janganlah kerana tohmahan liar pihak berkepentingan, maka jasa rakan-rakan seperjuangan lama dilupakan..

6. Akhirnya, mohon KM siasat benarlah Karim sangat sangat berkuasa di pejabat DSA?... Rakyat Sabah mungkin ingin mengetahuinya.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

Coverboy And Covergirl said...

bagus pak cik