Tuesday, June 28, 2011


Antara kerusi paling panas pada PRU 13 akan datang di Kota belud ialah kerusi yang diduduki oleh Datuk Rahman Dahlan kini iaitu kerusi P169 Kota Belud. Kerusi ini dijangka paling panas kerana akan menyaksikan perebutan sengit antara calon-calon dari parti pemerintah sendiri sama ada dari kalangan pemimpin lama atau pemimpin baru. Walaupun berkemungkinan kerusi parlimen ini boleh 'diserahkan' kepada pemimpin luar seperti yang berlaku pada PRU12, menyaksikan Datuk Rahman dari UMNO Tuaran, 'diterbangkan' ke parlimen ini, namun rata-rata pemerhati politik di Kota Belud berkeyakinan pada era Najib kali ini, peratusan untuk pemimpin luar dari daerah Kota Belud menduduki kerusi parlimen adalah setipis kulit bawang. Justeru itu kerusi parlimen ini akan menentukan jatuh dan bangunnya BN di bumi pekan koboi ini. Malahan ada yang melapah harapan baru supaya kalaupun ada yang ditakdirkan DUN di Kota Belud berjaya direbut oleh pembangkang, asal jangan sahaja kawasan Parlimen yang menjadi tonggak kekuatan kesekuruhan UMNO KB.

Menyedari 'bahang' kepanasan yang melampau terhadap kawasan parlimen ini, tidak heranlah jika isu siapa bakal calon parlimen mendapat tempat di hati pembahas-pembahas dunia cyber di Kota belud. Malah ada yang begitu berani meramalkan bahawa Datuk Rahman perlu' digugurkan' dari Kota Belud, walaupun pada masa yang sama mereka ini mengakui dengan setulusnya bahawa mantan setiausaha BN Pusat ini telah menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan. Alasan mereka cukup mudah, bahawa Datuk Rahman sebelum ini, tidak punya langsung rekod bersih dan jasa besar dalam perjuangan politik di Kota Belud. Menyandar kepada prestasi pencapaian orang lain terutama pemimpin lampau, nyata tidak akan kekal lama. kerana yang lebih diingati oleh masyarakat Kota Belud adalah pemimpin yang celik mata politiknya sejak awal adalah di bumi Kota Belud.

Berdasarkan alasan sedemikian rupa. mahu atau tidak masyarakat Kota Belud perlu berani menyatakan pemilihan pemimpin peringkat parlimen selepas Datuk Rahman. Siapa dan harus bagaimana merealisasikannya adalah satu perkara besar yang perlu diperjuangkan. Namun dalam detik hati saya, seseiapa juga yang terpilih menggantikan Datuk Rahman di parlimen Kota Belud, beliau tentunya menggalas tanggungjawab yang maha besar, sekurang-kurangnya mampu mengatasi rekod dan pencapaian Datuk rahman sewaktu menjadi MP. Jika tidak, malahan rekod begitu-begitu juga, maka akan ada persoalan yang boleh ditimbulkan..Perlukah Datuk Rahman disisihkan dari Kota Belud?

Meneliti komenter sdr Musli Oli yang optimis melihat Datuk Musbah dialihkan ke Parlimen, mungkin boleh mengundang pelbagai spekulasi, kerana sebelum ini diketahui MO begitu 'sinis' terhadap pemimpin Tempasuk ini? Apakah kayu pengukur sdr MO untuk 'membentangkan idea' itu? Mungkin kah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah dalam membela nasib para petani melalui projek jelapang Padi menjadi penanda aras masyarakat Kota Belud? Atau apakah sdr MO sudah semacam melupakan niat dan hasratnya untuk bertanding pada PRU 13 di kawasan parlimen? Strategi politik apa yang diamalkan oleh sdr MO?

Ada pihak yang mahukan supaya Datuk Salleh diberikan mandat sekali lagi di Parlimen Kota Belud. walaupun ada yang menyedari bahawa setelah sekian lamanya DSSK bergelar MP Kota Belud, tidak banyak permasalahan rakyat yang dapat diselesaikan. selain daripada beberapa projek pembangunan yang tidak banyak menguntungkan masyarakat Kota Belud. wajah pekan koboi ini termasuk tamu minggunnya masih berada pada zaman 'Jepun". kalau DSSK menjadi MP sekali lagi mungkinkah akan ada perubahan dari segi pendekatan penyelesaian masalah rakyat di Kota Belud? Situasi inilah yang menjadikan kawasan Parlimen ini semakin panas dan bergelagak.

2 ulasan :

Unknown said...

KM, sebagai penganalisis politik dan pemimpin politik adalah dua entiti yg berbeza....sebagai penganalisis saya kata Datuk Musbah layak dan winnable candidate kerana dia masih berpengaruh terutama dikalangan penyokong KDM.

Sebagai pemimpin politik saya boleh bertanding kerusi parlimen kota belud....ada saya kata saya tidak bertanding?

kelapa mawar said...

Salam Sdr MO

ma kasih kerana mengambil kira artikel ini...sebagai pemimpin politik sdr MO ada ruang utk bertanding...saya menyokong utk itu..