Monday, June 27, 2011


Dalam sebuah negara demokrasi 'kebebasan' bersuara, berpersatuan dan menyatakan pandangan dan pendirian adalah nadi utamanya. Sebab itu di negara ini, keluhuran demokrasi itu termaktub dalam piagam perlembagaan. hak kebebasan bersuara di jamin sepenuhnya. namun begitu syarat kepada pernyataan pandangan itu ialah tidak harus menganggu gugat hak dan kebabasan orang lain, apatah lagi jika hak dan kebebasan itu mewakili golongan majoriti. Jika situasi dan keluhuran ini dicabar maka akan mewujudkan situasi huru hara dan anarki. Sebab itu dalam memerjuangkan apa-apa pun idealogi politik dan roh persatuan, ia harus mengambil kira ketenteraman dan hak asasi golongan majoriti yang menerima prinsip demokrasi keseluruhannya. Jangan wujudkan perjuangan memertabatkan kehendak minoriti sehingga melanggar hak majoriti. kalau ini pun dicabuli, tunggulah keadaan anarki yang berpanjangan dan kalau ini juga berlaku, sesebuah negara akan bergolak , keharmonian dan kesejagatan hak akan terlucut.

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diwar-warkan akan diadakan secara besar-besaran dengan sasaran lebih 30 ribu orang memenuhi jalan raya utama di Kuala Lumpur, 9 Julai ini adalah dirancang dengan kepercayaan bahawa pernyataan keinginan dan pandangan dapat disuarakan untuk 'membersihkan' apa yang disifatkan oleh golongan ini sebagai bahan kotor dalam proses pilihanraya di negara ini. walaupun golongan majoriti 'tetap' berpendirian bahawasanya, pernyataan pandangan itu tidak harus berlaku dalam suasana demonstrasi jalanan yang mengundang banyak impak kepada kestabilan politik, ketenteraman awam dan pemacuan ekonomi negara. barangkali golongan ini telah lama 'muak' dengan dalih dan alasan pihak pemerintah berkenaan 'kebersihan' dalam suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekalipun pelbagai jenama sabun cuci telah digunakan,namun kekotoran masih tampak kelihatan.

Disaat inilah kerajaan di bawah Najib harus memikirkan jalan alternatif berkesan dalam menangani apa yang dilaporkan oleh media asing sebagai 'kebangkitan baru' demokrasi di malaysia. walaupun 'kebangkitan' itu tidak membawa perubahan besar kepada sistem sedia ada. apa yang utama ialah najib tidak sepatutnya mengikut budaya lama politik negara dengan mengamalkan prinsip "diagnos" dan 'potong"dengan menakut-nakutan rakyat yang mengalami kebangkitan itu dengan lagu-lagu undang-undang dan tangkapan alah mafia.. yang harus difikirkan ialah mencari punca bisul dan kemudian merawatnya supaya akar-akar kanser kecil itu tidak berakar umbi pada badan pesakit.

Amalan "lewat' dan kemudian 'rawat' ini telah dipaktikan di Thailand sebelum ini. Perakan baju merah berlarutan sehingga menimbulkan kekacauan dan beberapa nyawa turut melayang, maka barulah pintu rundingan dibuka. Bukankah 'kelewatan' itu telah mengundang banyak implikasi negatif? Najib tanpa segan silu, harus membuka ruang perbincangan supaya 'kelewatan' itu tidak berlaku. Bak kata orang 'ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya". kemudian adakan reformasi dan transformasi dalam badan bebas SPR itu. kalau tidakpun dapat menerima lebih 20 tuntutan BERSIH, najib harus mengemukakan beberapa plan serta cadangan lain supaya rakyat nampak dengan jelas bahawa bukan sahaja pembangkang yang hendakkan "KEBERSIHAN" SPR , bahkan kerajaan juga turut mendukungnya. Barulah kredibiliti Najib akan melonjak.

Apa yang kelihatan sekarang ialah Najib tidak bertindak kearah itu, malahan menafikan pula sekeras-kerasnya bahawa SPR tidak mempunyai kekotoran walau secalit. Mungkin benar pada pandangan pihak kerajaan, tetapi mendengar dan mengambil kira pandangan pembangkang dalam meja bulat , rasanya tidak salah. pertama untuk meredakan kebangkitan golongan minoriti ini, kedua untuk mengelakkan campurtangan asing yang lebih parah, kerana sudah kedengaran kononnya BERSIH menerima dana dari pihak luar. Sentimen agama pula ditiupkan, walaupun itu sebenarnya tidak signifikan dalam tuntutan BERSIH.

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Isu mengenai Berseh 2.0 dan demonstrasi jalanan secara aman ini, telah saya postkan juga dalam blog saya, sebelum ini. Cuma saya tidak rumuskan punca tuntutan Berseh2.0 kepada SPR ini secara detail. Apa yang saya perhatikan ia lah tuntutan utama mereka terhadap kredibiliti SPR dalam mengendalikan tanggung jawab mereka dalam Pilihan Raya secara adil dan telus. Terutama sekali mengenai isu undi post.

Dalam pada itu, saya juga telah membaca pandangan NGO yang tidak setuju dengan tindakan Berseh 2.0 untuk meneruskan aktiviti mereka untuk berhimpun di KL dan mungkin diseluruh negara. Antara lain disifatkan perhimpunan ini sebagai tidak melambangkan budaya Malaysia(tidak bermoral), menjatuhkan kreadibiliti negara di kaca mata dunia sehinggakan menjejaskan industri pelancongan negara. Disamping ia nya boleh menghuru harakan situasi di jalan-jalan yang berkenaan diseluruh negara nanti.

Beberapa orang pemimpin kerajaan juga telah mempertikaikan motif dan missi Berseh 2.0 ini. Termasuk kenyataan Datuk Shafie Afdal yang mencabarkan 4 negeri di bawah pemerentahan PR untuk dibubarkan. Kerana kata nya, kemenangan PR di negeri tersebut ada lah kerana ketelusan dan kejujuran SPR dalam melaksakan tanggung jawab mereka.

Antara yang menarik perhatian saya, ada lah pendapat beberapa orang brothers saya yang merasakan tindakan demonstrasi jalanan Berseh 2.0 ini ada lah salah. Walau pun pada hakikat nya brothers saya ini bukan nya terlalu pro kepada kerajaan.

Menurut mereka, tindakan Berseh 2.0 ini ada lah semata-mata untuk mencabar kewibawaan dan kelemahan kerajaan BN dalam kebolehan mengawal ketentaraman negara di mata dunia ( ala-ala Mesir, Libya, Tunisia, Syria dll).
Isu tidak ketelusan SPR itu, semata-mata mereka gunakan sebagai batu loncatan untuk tujuan di sebaliknya. Kerana mereka tahu SPR atau pun kerajaan tidak dapat berkompromi dengan permintaan Berseh 2.0 itu.

Apa yang merunsingkan brother-brother ini, ia lah effect sampingan kepada rakyat biasa yang tidak tahu menahu kebaikan sebenar nya dan objektif perhimpunan Berseh 2.0 tersebut.

Malang nya kata mereka, kemungkinan besar banyak juga orang yang terpengaruh dan akan turun untuk bersama Berseh 2.0 pada 9 julai ini. Soal Kenapa ? brother-brother ini pun tidak tahu.

Justeru itu, kita terpaksa tunggu dan lihat juga kesudahan episod yang hampir-hampir di kira ‘stalemate’ diantara Berseh 2.0 dan kerajaan pemerentah ini. Harapan kita ia nya, tidak meletop sehingga mengancam keselamatan negara pada keseluruhan nya.

Apa-apa pun, semuga sukses dan salam dari saya.