Saturday, June 25, 2011


Kenyataan Najib bahawa hanya calon yang berupaya untuk menang akan dipilih pada PRU 13 akan datang dilihat sebagai satu strategi ampuh untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang hampir terlepas pada PRU 12 yang lepas. Justeru kenyataan itu turut mengundang spekulasi bari di daerah dimana UMNO sabah dilahirkan iaitu di Kota Belud.

Rakyat bukan sahaja mula menceritakan makna tersirat disebalik kenyataan itu tetapi juga turut mempetsoalkan kerasionalanya di peringkat Kota Belud. Kerana kata mereka jika berpandukan kenyataan itu maka semua calon yang lepas termasuk beberapa calon yang digugurkan pada PRU 12 adalah terdiri daripada calon-calon yang 'boleh ' menang. Senario di Kota Belud menggambarkan ,letaklah sesiapa jua pun asalkan berlambang "dacing' sama ada calon itu calon anak kota Belud atau calon import pasti berpotensi untuk menang.

Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Rahman dahlan, datuk Musbah dan Datuk Japlin adalah antara calon yang boleh menang jika di calonkan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian dijangka Najib akan pening kepala untuk melakukan pemilihan berhemah pada masa itu. Malahan diandaikan pada PRU akan datang pelung beberapa pemimpin muda untuk diketengahkan juiga akan bertambah tipis ekoran kenyataan Najib itu, kerana ada dikalangan mereka yang belum terbukti boleh menang sebagaimana yang dikehendaki oleh Najib.


4 ulasan :

AJAI62 said...

Assalam

Kekadang calo boleh menang pun tak cukup mantap kerana selain itu calon hendaklah yang boleh buat kerja... Sekarang ni pun calon BN yang menang PRU12 pun ada yang tak buat kerja...

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Walau pun post mu agak singkat, tetapi ia nya sangat bermakna kepada aktivis yang maseh minat mengikuti perkembangan politik, sama ada di Kota Belud atau pun semalaysia khas nya.

Syor yang di buat oleh Najib ada lah khas kepada bakal-bakal calon BN. Dan dari segi persepsi umum memang ada juga benar nya. Tak kan BN nak lantik calon yang kemungkinan banyak akan kalah. Sama ada muka lama atau pun muka baru, yang penting, 'normal probability' nya untuk menang besar kan?

Walau macam mana pun, saya tertarik dengan pandangan blogger ajai62, (pada interpertasi saya) beliau merasakan tidak guna melantik calon yang boleh menang tetapi tidak pandai buat kerja. Maksud nya, selaku seorang wakil rakyat ( bukan sekadar buat bising di parlimen/DUN) yang boleh merancang, mengatur, berinteraksi secara total dengan pentadbir daerah, negeri dan juga nasional. Dan tidak kurang juga penting nya, tahu membezakan mana-mana isu-isu yang berprioriti tinggi dan yang kurang penting .

Justeru itu, Kalau calon itu hanya setakat tahu bercakap besar di Parlimen/Dun tetapi tidak mampu membawa perubahan di daerah yang diwakili nya, kemungkinan besar perkara saperti ini hanya membuang masa dan tenaga rakyat untuk mengundi dia.

Disamping itu, selalu nya wakil-wakil rakyat ini banyak membuang masa di luar daerah; dengan alasan banyak kerja, pertemuan, masyuarat, dinner dsn. Wal hal boss mereka ada lah rakyat di daerah yang bertungkus lumus meletakkan mereka sebagai wakil rakyat.

Bagi saya, arena politik ini luas, bukan hanya sekadar mewakili rakyat melalui BN..Sebagai calon pembangkang pun boleh, kan? Sama ada bersama PR, parti-parti kecil dan sebagai calon bebas ..kalau berani?

Kan orang kata, kadang-kadang hal-hal saperti ini terletak pada rezki, nasib dan takdir? Namun populariti di mata rakyat serta pandai menjalankan tugas yang cemerlang disamping penuh bertanggungjawab itu perlu juga di utamakan.

So, tiada sebab nya anak-anak muda yang dirasakan berpotensi itu, merasakan disisikan atau pun mudah ‘give up’ begitu sahaja tanpa berjuang. Walau pun pada hakikat nya banyak yang akan berpendapat; kalau bukan bersama BN di KB, pasti akan kalah dalam PRU nanti.

Who knows..Contoh nya, Datuk Harris yang berbekalkan millions peruntukan serta bantuan kerajaan untuk mengekalkan kedudukan beliau di Tenom, akhir nya kerana rezki dan takdir tidak berpehak kepada beliau, tersunggur jua ditangan ‘the unknown giant killer’, Kadoh Agundong pada ketika itu.

So, andaikan lah kalau jalan yang satu menuju kearah menara gading itu sudah sesak dan jumud, fikir-fikirkan lah opsen yang lain..

Saperti biasa semuga sukses.

Unknown said...

sekarang PM fokus kepada "winnable candidate" dulu. soal boleh kerja belakang kira. tak guna pilih yang bijak pandai tapi tidak boleh menang! akhirnya parti lain yang berkuasa.

Untuk parlimen KB, saya difahamkan DARD akan bertanding DUN Kiarambunai menggantikan datuk zainab yang akan berpindah ke Tawau menggantikan tempat datuk Hamisa.

saya cadangkan calon MP yang boleh menang ialah Datuk Musbah Hj Jamli, seorang yg berpengaruh dan kerja menangkan beliau tidak sukar...

Unknown said...

salam KM,

Mohon izin, artikel ini saya siar semula dalam portal rontog daily. sila layari www.rontogdaily.com

terima kasih