Tahun 2011 banyak mencatat sejarah 'kebangkitan' rakyat. Yang lebih besar dan 'mendebarkan' ini apa yang berlaku diluar negara. Dunia Arab dan Afrika telah mengalami ledakan politik yang maha besar. Isu pengangguran, kenaikan harga barang dan juga isu inflasi menjadi motivasi' dalaman kepada rakyat Arab dan Afrika untuk bangun menggulingkan kerajaan sedia ada. Negara demokrasi terbesar di dunia, INDIA juga mengalami situasi yang hampir serupa. Chinaebuah negara Komunis juga tidak terkecuali mengalami kenaikan harga barang yang menyaksikan beberapa barang keperluan berkurangan dalam pasaran sehingga rakyat mengalami kesukaran untuk mendapatkannya.
Di negara kita isu kenaikan harga minyak begitu mempunyai kaitan rapat dengan kenaikan harga barang keperluan. Seagai sebuah negara yang masih bergantung kepada import barangan keperluan, Malaysia tidak terkecuali merasa bahang kenaikan harga barangan yang berlaku dengan beberapa negara dagang. Misalnya kenaikan harga dan kekurangan Bawang, menyebabkan negara kita juga turut merasa pedihnya.
Walaupun begitu, kerajaan tidak harus 'menutup' mata dengan kenaikan harga barang ini. Sebolehnya kerajaan harus meminimumkannya berdasarkan kepercayaan pasaran kapitalis, dimana kerajaan boleh melakukan campur tangan. Jika masalah kenaikan harga barang berterusan sehingga menimbulkan kesengsaraan kepada rakyat, maka tidak mustahil akan berlaku 'kebangkitan' rakyat untuk menuntut status hidup yang lebih selesa. Mungkin kebangkitan atas rasa ketidakpuasan hati pada senario politik dapat dibendung, namun tidak bagi isu memenuhi keperluan asas manusia. Bagaimanakah dapat meringankan ribuan rakyat yang bergelandangan dan bergentayangan akibat harga barang yang parah dan tinggi? Tentu isu kenaikan harga barang ini akan menjadi isu besar pada PRU13 akan datang.
2 ulasan :
salam
artikel ini menarik perhatian untuk saya berikan sedikit pandangan kerana ianya berkaitan dengan ilmu ekonomi sepertimana saya adalah seorang penuntut ekonomi.
KM, untuk menganalisa isu kenaikkan harga barangan ataupun inflasi, maka adalah lebih ideal jika perkara pertama yang kita bincangkan adalah apa itu inflasi? inflasi merujuk kepada kenaikkan harga barangan yang berlaku akibat banyak faktor. antaranya, kenaikkan harga sumber mentah akibat terhadnya sumber tersebut, kenaikan kadar matawang yg mempengaruhi nilai import eksport serta kekurangan pengeluaran barangan tersebut yang menyebabkan pengeluar asal mampu memonopoli harga.Inflasi juga boleh berlaku sekiranya terlalu banyak wang didalam ekonomi.
Untuk mengawal inflasi bukanlah perkara yang mudah kerana ianya bukan hanya bergantung kepada kuasa politik ataupun dasar kerajaan, tetapi lebih banyak bergantung kepada keupayaan dan keadaan ekonomi. Dalam sistem ekonomi, inflasi boleh dikawal dengan meningkatkan kadar bunga pasaran sekaligus menurunkan pertumbuhan wang(kerana wang terlalu banyak). Namun tindakan ini ada kesan negatifnya kerana sekiranya kadar bunga pasaran ditingkatkan, maka kos peminjaman wang bagi tujuan pelaburan oleh sector swasta akan meningkat dan pemilik modal lebih cenderung untk menyimpan daripada membuat pelaburan kerana keuntungan daripada faedah simpanan. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur Negara adalah statik, yakni tidak berubah, maka Negara tidak akan dapat mencapai status Negara maju menjelang 2020.
Satu lagi kaedah untuk mengawal tingkat inflasi adalah dengan menghadkan permintaan sesuatu produk kerana inflasi juga berlaku sekiranya permintaan melebihi penawaran. Tetapi ianya terlalu radikal dan oleh kerana Malaysia tidak mengamalkan sistem ekonomi sosialis dan komunisme, tindakan ini tidak bernas.
Maka langkah bagi kerajaan adalah dengan mengawal tingkat harga secara terus, tetapi sepertimana kaedah-kaedah yang saya sebutkan tadi, tindakan ini juga mempunyai kesan negatif dalam jangka panjang kerana jika kerajaan mengawal harga terlalu ketat dan lebih rendah dari harga pasaran, pengusaha akan memberhentikan operasi dalam jangka panjang, maka siapa yang akan membuat pengeluaran.
oleh itu, kita tidak boleh terlalu memberi tekanan kepada kerajaan. Malah, jika dibandingkan dengan Negara lain seperti china(4.9%), new Zealand( 4%) philipine(4.5%) dan Indonesia(6.8%), kadar inflasi malaysia jauh lebih baik (2.7%).
Inflasi sukar untuk dikawal, tetapi tekanannya boleh diserap, yakni dengan meningkatkan pendapatan perkapita. Kerajaan telah berusaha dengan banyak dalam hal ini, dimana berdasarkan statistik, pendapatan perkapita Negara adalah yang ke-62 tertinggi di dunia, dan ke-3 tertinggi di Asean dibawah singapura dan brunei dengan pertumbuhan KDNK ke 15 tertinggi.
(**Malaysia kini kuasa ekonomi ke 17 terkuat global dan kuasa sistem perbankan islam terbesar dengan nilai aset perbankan islam melebihi USD109 bilion. sekiranya kesemua negara lain menghentikan perdagangan dengan malaysia, kita mampu bertahan melebihi 6 bulan dalam membuat perbelanjaan seperti biasa. keupayaan ini jauh lebih tinggi berbanding negara lain.)
Oleh itu, kita juga harus mempersoalkan peranan kita sendiri kerana walau apapun tindakan kerajaan , akhirnya ia bergantung kepada kita untuk berusaha bagi meningkatkan pendapatan secara personel. Bergantung kepada kita untuk menentukan berapa peratus daripada KDNK Negara yang ingin kita perolehi . Jangan terlalu menuding jari kepada kerajaan kerana percayalah, sekiranya anda mempelajari ekonomi dengan lebih mendalam, anda akan berbangga dengan kecekapan sistem ekonomi campuran yang digunakan kerajaan Malaysia kini. Malah, Negara-negara lain seperti Negara arab turut cuba memodifikasi model yang dikenali sebagai sistem ekonomi Mahathirisme ini.
Sekian. Maaf jika penerangan terlalu ekonomik.
salam,
syabas Saizal....pandangan akademik seperti inilah wajar dijana dan menstrukturkan semula idea2 yg sedia ada..akan tetapi bagi golongan yg sering merasakan dirinya lebih tahu tidak mudah menerima pendapat seperti ini....(masih mengamalkan tradisi "makan garam terlebih dahulu")....saya rasa pandangan sdr Saizal sudahpun menceritakan keadaan yang berlaku dalam situasi ekonomi negara..jadi masa untuk kita fikirkan bersama...
wsalam...
P/S : Sdra..teruskan perjuangan...
Post a Comment