Dari Kiri sdr Roslan (tim.Presiden PERISA), Sdr Almudin Kaida ( Presiden PERISA ), wakil dari ROS, sdr Razak Rakunman ( setiausaha PERISA )
Dengan nama Allah swt, tuhan sekelian alam yang maha berkuasa mengatur alam ini dengan cukup sempurna, maha berkuasa menyatukan hati-hati para hambanya. Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat di serata alam ini.
Artikel ini saya tulis ekoran dari rasa teruja yang amat sangat apabila saya mengetahui Pertubuhan Iranun Sabah atau PERISA telah mendapat kelulusan dari ROS melalui FCB sdr Roslan yang juga Timbalan Presiden PERISA. Maka itu terdetik dalam sanubari saya, perkongsian idea ini, dalam melihat PERISA menjadi satu pertubuhan yang relevan kepada anak-anak muda Iranun dan generasi yang akan datang. Mungkin perkiraan dan cetusan idea ini boleh diperbaiki melalui penganjuran minda yang lebih terurus sifatnya dan tidaklah melalui ruang maya ini. Dan seperti kebiasaannya saya tegaskan bahawa artikel ini tidak bersifat dan tidak bertujuan menerbitkan perpecahan dalam suku Iranun. Ia sekadar satu perkongsian idea .Tidak lebih dari itu!!!
Melihat PERISA menjadi satu pertubuhan yang besar dan berkeupayaan dalam menggalas kepentingan suku Iranun, dalam semua bidang rasanya memang itulah matlamatnya. Namun begitu terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam waktu terdekat dan jangka panjang. Antara yang berlegar dalam minda saya ialah :
1. PERANAN PERISA.
Walaupun PERISA baru dilahirkan, tetapi ia tidak harus dijadikan sebagai isu besar. PERISA bukan sahaja berperanan sebagai wadah penyatu yang bebas dari belitan fahaman politik, tetapi juga PERISA sewajarnya jelas dengan peranan besarnya terhadap suku Iranun setelah ketiadaan PISBA. Pada pandangan saya PERISA tidak harus dibayangi oleh PISBA. Dan PERISA sewajarnya bersedia jika PISBA dapat dihidupkan semula. PERISA akan menjadi satu entiti kepada PISBA. Mendukung dan bernaung di bawah pertubuhan tertua bagi suku Iranun itu. namun seandainya, berlaku sebaliknya iaitu PISBA mati tanpa bernisan, PERISA telah lebih awal bersedia menggalas tugas yang disempurnakan oleh PISBA.
2. PERISA DAN BELIA IRANUN.
Kebanjiran golongan berpendidikan dalam suku Iranun bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. PERISA berhadapan dengan ratusan golongan muda Iranun yang berpelajaran. Cabarannya tentu jauh daripada apa yang pernaj dijadapi oleh PISBA suatu ketika dulu. PERISA lebih kreatif dalam menyusun gerak kerja menarik sebanyak mungkin penyertaan golongan ini dalamusaha menggembleng tenaga muda sehingga dapat menyumbang kepada pembangunan suku Iranun. Keperluan dan permasalahan golongan ini seperti isu pengangguran dan persepsi non-partisan lebih kerap dibahas dan diperbincangkan. Pada waktu yang sama cabaran bagi PERISA ialah bagaimana mengumpulkan intelektual-intelektual Iranun yang bertebaran di negeri Sabah ini. Cadangan, pandangan, response dan idea mereka sangat diperlukan.
3. PERISA DAN ARISTOKRAT IRANUN.
Tidak dapat dinafikan, bahawa sumber kewangan adalah modal terbesar dalam sesebuah pertubuhan. Maka cabaran besar bagi PERISA adalah mendapatkan dana dari pelbagai sumber termasuk dari aristokrat Iranun yang berupa kontraktor yang berjaya serta usahawan yang telah mencipta nama dalam dunia perniagaan. Masyarakat Cina misalnya tidak banyak mengaharap peruntukan kerajaan tetapi bergerak atas bantuan modal dari anggota pertubuhan mereka. Bolehkan minda masyarakat Iranun dapat ditarbiyah seumpama ini? PERISA menghadapi cabaran ini !
4. PERISA DAN ISU EKONOMI
PERISA tidak hanya bebas dari cengkaman fahaman politik, tetapi ia harus dapat menjadi jalan penyelesai kepada beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Iranun. Bukan sahaja berkaitan dengan budaya dan sosial tetapi juga isu pendidikan terutama yang melibatkan keciciran dikalangan anak-anak muda Iranun. Apakah strategi dan kaedah penyelesaian berkaitan dengan hal ini? PERISA berupaya menghadapinya jika, PERISA tidak menjadi pertubuhan inklusif kepada golongan tertentu sahaja.
5. PERISA DAN POLITIK
Satu rasanya yang unik bagi masyarakat Kadazandusun ialah kesepaduan mereka duduk semeja dalam pertubuhan (KDCA) sekalipun berlainan fahaman dan naluri politik. Apakah Iranun berupaya 'menyerap' peradaban sosial itu? Tambahan lagi bila AJK Penaja PERISA adalah terdiri daripada politikus Iranun. Penyisihan kepentingan politik dalam PERISA sangat-sangat dituntut, bahkan 'melupakan' idea-idea politik dan kuasa demi Iranun sangat dihargai. Oleh yang demikian adalah lebih 'manis' jika sebelum atau selepas pelancaran PERISA, peneraju kepimpinannya dapat melakukan kunjungan kepada Tan Sri Pandikar Selaku pemimpin Iranun yang utama. Membawa obor dan semangat juang supaya PERISA tampak lebih bertenaga dan berkeupayaan menarik penyertaan keahlian dari seluruh ceruk rantau perkampungan Iranun.
Sebagai penutup artikel ini, harapan menggunung buat PERISA menjadi wadah baru bagi masyarakat Iranun. Semoga yang dikejar akan dapat diperolehi dan yang dikendong tidak akan berciciran. tahniah buat PERISA !
8 ulasan :
salam saudara/i ku,
KEPADAMU PERISA
TAHNIAH SEADANYA
KEPADAMU PERISA
TAHNIAH KERANA TELAH BERJAYA
KEPADAMU PERISA
TAHNIAH KERANA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
KEPADAMU PERISA
TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH
Salam,
Faktor utama yang akan menentukan samada pertubuhan ini bakal mendapat tempat dimata dan hati masyarakat Irranun khususnya ialah:-
1. Keikhlasan, ketelusan serta kesungguhan pucuk pimpinan untuk benar-benar berusaha memperkasakan kualiti kehidupan masyarakat dan bukannya mencari populariti untuk kepentingan diri sendiri. Pucuk pimpinan perlu membuktikan bahawa mereka "rela" mengorbankan fahaman dan ideologi politik mereka untuk perjuangan ini.
2. Kemampuan pucuk pimpinan untuk "mengotakan apa yang dikata" dalam tempoh yang terdekat kepada semua pihak yang berhak. Tanpa "penyampaian" sebenar , perancangan yang baik tidak akan membawa apa-apa makna.
3. Pucuk pimpinan perlu mengatasi masalah "sumber kewangan" yang terbukti telah menjadi penghalang terbesar kepada persatuan-persatuan sebelum ini untuk bergerak. Begitu juga, sejauhmana pucuk pimpinan berupaya menggembleng tenaga sukarela secara berterusan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang kelak.
Walaupun agak "reserved" dengan semua ini, Saya tetap mendoakan semoga usaha murni PERISA ini menjadi kenyataan.
Salam dari
BELUM PENDEKAR
Salam Hormat semua,
Semoga dengan kewujudan PERISA ini akan dapat merangka kesinambungan perjuangan asal PISBA yg telah tenggelam dihanyutkan dek arus yg deras....penyatuan sesuatu kaum itu akan berfungsi dgn baik dan tersusun jika sekiranya dasar atau akar umbi bersatu teguh demi perpaduan yg jitu, kita semua tentu pernah dikejutkan dgn kelahiran USBO beberapa tahun yg lepas, dan saya pernah meramalkan bahawa USBO hanya tempat bersandar untuk mendapatkan sesuatu yg belum tercapai oleh tangan ketika itu, gempak seluruh warga dibawah naungan USBO ketika itu, gegak gempita seluruh alam negeri Sabah dgn deruan rombongan USBO keseluruh pelusuk Negeri di Bawah Bayu ini, mencanangkan perbagai aktiviti, matlamat,merangka pelan ekenomi dan bermacam-macam lagi janji yg ditaburkan demi untuk menarik keahlian berpuluh ribu bangsa yg terlibat dan bersangkut paut...NAH! sekarang apa sudah terjadi dgn USBO? sunyi sepi bak menunggu kehadiran malaikat Mungkar dan Nangkir di alam kubur, siapa yg harus menjawap semua persoalan ini.....SUDAH LAH.yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan.
Semoga PERISA dapat menentang cabaran yang akan mendatang. Terus dan terus berusaha..
setiap etnik atau kaum di Sabah mesti mempunyai persatuannya. tidak ketinggalan juga kaum Iranun, namun apa yang menjadi kerisauan bagi kaum ini adalah kemampuan persatuan tersebut untuk terus berfungsi sesuai dengan matlamat yang digariskan untuk satu tempoh yang lama. tidak seperti persatuan Iranun sebelum ini seolah-olah hanya tinggal kenangan sahaja. Ibarat mati tapi tiada kuburnya... semoga persatuan baru ini membawa sinar baru kepada kaum Iranun di Sabah.
diharapkan PERISA akan dapat membantu menjadikan suku Iranun menjadi lebih maju pada masa akan datang.
PERISA adalah persatuan untuk kaum Iranun. ia berperanan dala menyatukan dan membangunkan kaum2 Iranun. semoga PERISA dpt melaksanakan misinya dgn berjaya.
Tahniah kepada penubuhan PERISA.
Post a Comment